Salam kunjungan untuk semua. Pada kali ini ambe nak berkongsi satu peristiwa yang mengharukan. Seekor penyu telah dijumpai mati dibunuh berhampiran pantai di Kerteh. Ketika ambe menjalankan aktiviti di pantai berkenaan, Ambe terjumpa seekor penyu agar, betina yang telah pun hampir busuk terdampar di pantai.
Dari pemerhatian, penyu berkenaan mati disebabkan dibunuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Siripnya diikat dengan pelampung. Disebabkan gagal untuk menyelam ke laut mencari makan, penyu berkenaan mati kelaparan. Kemungkinan penyu ini terkena pukat nelayan di kawasan berkenaan. Selalunya jika penyu melanggar jaring, jaring akan rosak teruk. Mungkin ini adalah satu cara balas dendam yang tidak berperikemanusiaan.
Penyu betina yang dijumpai mati di pantai
Kasihan sungguh.
Kenapa ia diseksa sedemikian rupa
Ambe telah menelefon Pengarah Pusat Konsevasi Penyu Ma'Daerah Kerteh untuk memaklumkan kejadian berkenaan. Tidak berapa lama kemudian tiga orang kakitangannya sampai mengambil maklumat seperti saiz, jenis dan jantina. Mereka menanam bangkai penyu berkenaan di kawasan berhampiran.
Petugas Jabatan Perikanan menanam bangkai penyu
Penyu menangis siapa yang tahu
Ambe juga dimaklumkan pada hari yang sama seekor lagi penyu telah dijumpai mati di Paka. Beberapa hari kemudian seekor lagi penyu dijumpai mati di Kemasik. Kempen kesedaran perlu lebih dipergiatkan terutama kepada kumpulan sasaran seperti nelayan. Mungkin undang-undang perlu lebih diperketatkan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Mungkin masih yang belum memahami tentang peranan khazanah berharga negara ini. Jika hilang memang sukar dicari ganti. Sudah lama penyu menangis tetapi tidak ramai yang ambil tahu.-Abe Din
Read more >>
Salam kunjungan kepada semua pengunjung. Pada post kali ini... ambe nak share cara mengubahsuai jig udang yang biasa digunakan oleh pemancing Jepun. Pemancing Jepun menggunakan kepingan kertas aluminum nipis yang mempunyai pelekat di belakangnya. Kertas aluminum digunting bentuk empat segi yang agak lonjong dan dilekatkan di belakang jig udang sebelah atas berhampiran ekor. Ubahsuai ini mampu menarik perhatian sotong dalam jarak yang jauh. Selamat Mencuba-Abe Din
Contoh 1
Contoh 2
Read more >>
Salam untuk semua.. berjumpa lagi kita di siri 2016. Mencari pengalaman suka-duka eging sotong tahun baru. Senjata dah lama sedia... sotong masih belum nampak batang hidung lagi. Pagi tadi... Zul hantar gambar sotong yang pertama ditangkapnya pada tahun ini. Jangkamasa lesen sotong tahun ini mencecah sehingga awal bulan Mac.
Sotong Pertama Zul di Tahun 2016
Saiz yang memang boleh tahan
Tangkapan lesen pertama kumpulan tegar sotonglaut dipecahkan oleh Zul. Lokasi eging di Tanjung Jara, Dungun. Saiz yang boleh dikira memuaskan hati. Tangkapan berkenaan sudah cukup memberi isyarat bahawa musim sotong telah bermula di Pantai Timur Semenanjung.Tangkapan ini seakan-akan bunyi semboyan mengajak semua peminat eging memperkemaskan peralatan dan turun ke pantai menyambut sang lembut.
Ikhwan Dengan Lesennya
Saiz yang sesuai dibuat lauk
Selang beberapa jam, Ikhwan pula menghantar gambar sotong pertamanya. Memecahkan badi lesen sotong.. Ihkwan berjaya menipu dua ekor sotong mabang di Simpang Mengayau, Sabah. Nampak gayanya dua sahabat tegar dah bawa naik sotong dan lesen masing-masing... yang lain bila pula? Maklumlah... semua sibuk dengan tugas masing-masing. Trip pertama pulau akan diadakan pada minggu hadapan... diharapkan akan ada lesen-lesen dan rekod baru dicipta. Hingga berjumpa lagi-Abe Din
Read more >>
Salam kunjungan buat semua yang sudi singgah di sotonglaut. Pada kali ini... sekali lagi ambe nak share teknik modifikasi jig yang diperkenalkan oleh seorang rakan FB dari negara Jepun. Ambe sudah diberi kebenaran untuk publish ciptaan ni kepada pencandat-pencandat di Malaysia.
Cuma beliau minta diberitahu jika ciptaannya ini berjaya menipu sang lembut. Setakat post ini ditulis, ambe masih belum mengaplikasi ciptaan ini di lapangan. Ambe kongsikan juga di sini... kerana mungkin ada pencandat kita di luar sana yang ingin mencuba sesuatu yang baru.
Jig yang ambe kongsikan pada kali ini... ambe namakan "Jig Hantu". Nama ini dipilih secara spontan memandangkan rupa bentuknya yang tidak kemas dan tidak terurus. Bagi membuat "Jig Hantu" tidaklah begitu susah... anda hanya perlu mendapatkan seekor jig udang mengikut corak kegemaran masing-masing dan juga umpan soft plastic sotong seperti gambar di bawah. Sarungkan soft palstic sotong berkenaan pada bahagian kepala jig udang seperti yang di tunjuk dalam gambar.
Peralatan yang diperlukan: Jig udang dan
jig sotong soft plastic
Rupa "Jig Hantu" yang telah siap untuk digunakan
Untuk menambahkan lagi ciri interaktif pada "Jig Hantu"...anda boleh menggunakan soft plastic sotong yang mempunyai mata dan juga yang mempunyai badan berkilat atau luminous. Semasa membuat balingan, pastikan jejari soft plastic tidak mengganggu pengeluaran tali utama dari kekili. Jika keadaan ini berlaku... kerat jejari soft plastic agar ia lebih pendek. Selamat mencuba.
Dengan tersiarkan post ini maka tamatlah perbincangan berkaitan modifikasi jig seperti yang telah dijanjikan pada post pertama. Jika masih diberikan ilham dan tenaga untuk menaip... ambe akan kongsikan penemuan baru untuk kegunaan semua kaki eging di negara kita. Sehingga berjumpa lagi. Bye-Abe Din.
Read more >>
Salam semua... kali ini ambe hendak menyambung perbincangan tentang ubahsuai jig yang mungkin masih baru dan tidak ramai mahu mencuba iaitu teknik lekatan sticker di bahagian bawah jig. Teknik ini hampir menyerupai teknik yang dibincangkan sebelum ini bezanya... lekatan sticker di pasang pada bahagian bawah.
Seperti yang diketahui, sotong kerap menangkap jig dari bahagian belakang. Keupayaan kita untuk menambah ciri kreatif di bahagian belakang banyak membantu kita menipu sang lembut. Sekali pandang mungkin teknik ini tidak begitu berkesan kerana selalunya sticker dilekat di atas.
Di bawah ini beberapa gambar yang diperolehi dari rakan facebook dari Jepun. Ambe paparkan di sini untuk memberi idea dan menjadi satu perkongsian berguna kepada semua pencinta eging di Malaysia khasnya. Cuba korang perhatikan betul-betul...
Jig Udang Menggunaka Sticker Lekatan Bawah
Pandangan Di Kawasan Berkeamatan Cahaya Rendah
Pandangan Dari Sudut Belakang
Dari Arah Serangan Sotong
Sedikit ubahsuai pada tampalan sticker dilihat seolah-olah seekor anak sotong atau udang yang melarikan diri secara mengundur ke belakang. Gaya larian seolah-olah mangsa sedar akan kehadiran pemangsa.... mungkin ini satu sebab sotong menjadi semakin geram dan marah. Penggunaan sticker boleh dicuba secara meluas di perairan Malaysia. Sticker berkilat juga mampu menjadikan jig murah lebih efektif menangkap sang lembut.
Pandangan Beberapa Ekor Jig yang Diubahsuai
Di Kawasan Berkeamatan Cahaya Rendah
Jig yang Sama Di Kawasan Berkeamatan Cahaya Tinggi
Jig-jig di atas diubahsuai menggunakan gabungan sticker bawah dan hiasan cat luminous. Penampilan jig semakin menarik pada pandangan sotong apabila pencandat berani menggabungkan beberapa kaedah dan teknik menghias pada satu jig yang sama. Minggu depan, ambe akan tunjukkan satu lagi teknik yang sempat ambe kumpulkan melalui laman facebook rakan-rakan maya dari Jepun dan Australia. Hingga Jumpa lagi-Abe Din.
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua. Pada post kali ini, ambe nak share satu lagi teknik ubahuai jig yang semakin popular pada masa kini iaitu teknik melekat sticker berkilat pada bahagian atas jig.
Teknik ini boleh diaplikasi pada jig udang berkulit platik, kayu atau kain. Bagi jig kayu dan plastik ianya lebih mudah.... hanya dapatkan pelekat yang sesuai dan lekatkan menggunakan gam yang kuat di bahagian atas ekor jig. Jika anda menggunakan jig berkulit kain ianya agak sukar untuk dilekatkan disebabkan permukaan kain yang tidak rata. Bagi menyelesaikan masalah ini, korang perlu memotong kain di bahagian yang hendak dilekat dan digantikan dengan sticker.
Salah satu jig yang menggunakan teknik lekatan sticker
Ada juga sticker yang boleh menyerap cahaya
Kelemahan utama teknik ini aialah lekatan yang mudah tercabut apabila jig berada di dalam air. Korang perlu menggunakan sticker yang kuat atau pun menambah gam kuat sebelum sticker dilekat pada jig udang. Jika faktor ini diabaikan, sticker akan mudah tercabut dan tertanggal.
Pelbagai cara melakukan lekatan atas
Mengapakah sticker dilekat di bahagian atas ekor jig? Salah satu sebab utama adalah apabila jig ditarik bahagian ekor jig akan terangkat ke atas dan ke bawah. Lenggokan jig ini secara tidak langsung akan menonjolkan kilatan sticker yang ditampal. Selalunya sotong akan menyerang jig dari arah belakang dan tepi jig. Warna dan cahaya yang terhasil dari sticker yang ditampal berupaya meningkatkan peratus serangan sotong pada jig berkenaan-Abe Din
Read more >>
Berjumpa lagi... perbincangan kali ini ambe akan lanjutkan berkisar tentang jig yang diubahsuai. Kali ini ambe akan paparkan beberapa contoh bagaimana sesuatu jig itu ditiru dari corak dan warna ikan yang terdapat di persekitaran sotong. Walaupun contoh yang ambe paparkan di sini tidak banyak, sekurang-kurangnya ia akan membuka minda korang untuk mencuba dan berkreativiti.
Pernah korang tengok ikan di atas. Ikan ini biasa bermain di keliling pulau dan batu karang. Selalunya ditemui berkawan dan berkumpulan. Jika kita memancing ikan waktu siang... inilah anatara spesies ikan yang pandai mencuri umpan. disebabkan mulutnya kecil, agar sukar untuk menangkapnya menggunakan mata kail biasa. Kalau jumpa ... tak payah susah-susah nak tangkap. Ikan ni bukan sedap pun.



Jig di atas adalah ubahsuai yang ditiru dari corak ikan. Jig diletak dalam pelbagai posisi. Corak dilukis mengikut pemerhatian dan kepekaan pereka pada persekitaran semulajadi. Pereka Jepun ini menggunakan cat khas yang dijual di kedai di sana. Kemudahan untuk mendapatkan bahan melukis (rujuk post pertama) akan mencambahkan kreativiti pereka. Di negara kita, bahan-bahan untuk berkarya seperti itu begitu sukar diperolehi. Keadaan ini akan menghadkan kreativiti. Sebagai penyelesaian.... ambe mencadangkan agar bahan yang biasa dijkumpai digunakan sebagai alternatif. Ambe syorkan bahan seperti cat kilat, spray paint, liquid paper, UV pen, lumonius paint, marker pen dan fabric paint.
Satu lagi spesies ikan karang di Jepun
Cuba korang perhatikan ketelitian pereka Jepun mencorak dan meniru rupa ikan. Keberkesanannya hanya diketahui apabila di cuba di lapangan. Pereka-pereka bagi syarikat terkenal seperti Yamashita sekali pun mempuyai unit R&D nya sendiri untuk mengkaji dan mencuba produk dan rekaan baru sebelum ia disahkan benar-benar sesuai untuk dipasarkan kepada pembeli.
Memandangkan harga jig yang semakin mahal... tidak salah jika anak Malaysia mencuba untuk menghasilkan produk yang sesuai digunakan di tempat kita sendiri. Ramai pereka kita lebih menumpukan kepada penghasilan rapala untuk menangkap ikan dan sememangnya anak Malaysia mampu mencipta dengan baik. Setakat ini hanya seorang pereka yang ambe jumpa di laman youtube... merekabentuk jig udang menggunakan bahan plastik. Kita memang ada kepakaran ini... cuma perlu dikembangkan dan dirangsang dengan idea-idea baru dan realistik-Abe Din
Read more >>