"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

10 May 2016

Penyu Menangis Lagi

Salam kunjungan untuk semua. Pada kali ini ambe nak berkongsi satu peristiwa yang mengharukan. Seekor penyu telah dijumpai mati dibunuh berhampiran pantai di Kerteh. Ketika ambe menjalankan aktiviti di pantai berkenaan, Ambe terjumpa seekor penyu agar, betina yang telah pun hampir busuk terdampar di pantai.

Dari pemerhatian, penyu berkenaan mati disebabkan dibunuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Siripnya diikat dengan pelampung. Disebabkan gagal untuk menyelam ke laut mencari makan, penyu berkenaan mati kelaparan. Kemungkinan penyu ini terkena pukat nelayan di kawasan berkenaan. Selalunya jika penyu melanggar jaring, jaring akan rosak teruk. Mungkin ini adalah satu cara balas dendam yang tidak berperikemanusiaan.




Penyu betina yang dijumpai mati di pantai


Kasihan sungguh. 
Kenapa ia diseksa sedemikian rupa


Ambe telah menelefon Pengarah Pusat Konsevasi Penyu Ma'Daerah Kerteh untuk memaklumkan kejadian berkenaan. Tidak berapa lama kemudian tiga orang kakitangannya sampai mengambil maklumat seperti saiz, jenis dan jantina. Mereka menanam bangkai penyu berkenaan di kawasan berhampiran.


Petugas Jabatan Perikanan menanam bangkai penyu


Penyu menangis siapa yang tahu



Ambe juga dimaklumkan pada hari yang sama seekor lagi penyu telah dijumpai mati di Paka. Beberapa hari kemudian seekor lagi penyu dijumpai mati di Kemasik. Kempen kesedaran perlu lebih dipergiatkan terutama kepada kumpulan sasaran seperti nelayan. Mungkin undang-undang perlu lebih diperketatkan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Mungkin masih yang belum memahami tentang peranan khazanah berharga negara ini. Jika hilang memang sukar dicari ganti. Sudah lama penyu menangis tetapi tidak ramai yang ambil tahu.-Abe Din

No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing