Selamat datang kepada semua pengunjung. Post kali ini ambe nak berkongsi dengan korang semua hasil tangkapan yang ambe dapat semasa trip sulong sotong mabang di Pulau Ular, Cherating baru-baru ini.
Kekuatan Ahli 7 orang. Pemancing 3 orang... yang lain asyik scuba je siang malam.. pastu makan, tidur dan scuba balik. Semasa sampai, air sedang surut. Tempat biasa mencandat kering hingga nampak batu karang. Malam tu kami banyak berehat je sambil bercerita lepas penat semua masuk tidur dalam khemah.
Lebih kurang pukul 3 pagi... air mula pasang. Suasana menjadi kecoh apabila sotong pertama berjaya ambe naikkan. Kaki candat terus bangun baling jig. Malangnya pada malam berkenaan air pasang kecil... sekejap sahaja dan mula surut balik. Hanya ambe sorang sahaja berlaya mencandat sotong mengabang... sikit je 4 ekoq.
Cantik sungguh... lama kita tak jumpa.. huuu
Seekor sotong mengabang tangkapan siang hari
Pada hari berikutnya, air laut mula pasang semula. Kali ini air pasang besar dan dijangka surut semula lebih kurang pukul 4 petang. Timing kali ni mungkin tak begitu baik... air pasang dalam keadaan cuaca yang cukup terang dan panas. Awan ada sedikit jer... menyebabkan sotong banyak bermain jauh dari pantai dan berada berdekatan dengan dasar. Banyak sambaran diperolehi dari gerakan paling hampir dengan karang.
Kerapkali juga sotong sotong kecil mengejar umpan hingga ke tepi. Dua ekor rakus memegang candat. Ambe lepaskan semula... saiz badan dua dia kali besar candat 2.0. Nak goreng pun dok sampai hati. Seekor bapak sotong sahaja dilihat mengejar candat tapi berpatah balik selepas melihat ambe. Balingan berikutnya mendapat sambaran sang bapak sotong tetapi terlucut. Takde rezeki le tu..
Tangkapan malam pertama: Spesies bermata hijau
Sotong yang berjaya ambe dicandat pada trip kali ini sebanyak 8 ekor kesemuanya. Seorang lagi pencandat berjaya mendapat seekor bapak sotong di saat-saat akhir ketika menunggu bot sampai. Trip kali ini boleh dikatakan berjaya dan ambe membuat kesimpulan bahawa sotong mengabang telah datang ke kawasan pulau. Beberapa faktor dikenalpasti sebagai penyebab kami gagal untuk mendapatkan lebih banyak sotong iaitu faktor air pasang besar yang berlaku pada waktu siang dan bukan pada waktu malam. Cuaca pula sangat cerah dan air laut sangat jernih menyebabkan sotong lebih sukar ditipu.
Ikan idaman: meragut keras umpan sotong
2 ekor berjaya dinaikkan dan seekor lagi terlepas... huuuu
Antara tangkapan sulung ambe yang dibawa balik
Trip berikutnya sedang dirancang dengan teliti dan ambe cuba mengambil kira faktor yang terlibat. Ambe harapkan trip kedua nanti mampu mengatasi tangkapan pada trip pertama. Bagi rakan-rakan maya yang ingin merasai tarikan sotong mabang boleh hubungi Abe Din dengan segera melalui e-mail. Tempat terhad. Hingga berjumpa lagi.. Abe Din.























