"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

06 August 2013

Pemilihan Tali

Selamat datang kepada semua pengunjung dan pencandat tegar sotong. Pada post kali ini, aku nak berkongsi sedikit berkaitan cara-cara untuk memilih tali bagi pancingan sotong mabang. Untuk pengetahuan korang bagi pancingan sotong di daratan, tali yang perlu digunakan perlu daripada tali jenis halus dan kuat. Tali yang dipilih juga perlulah sepadan dengan kekili dan joran yang digunakan. Semua faktor ini korang kena amik kira agar perlawanan dengan sotong menjadi lebih adil dan menyeronokkan.

Biasanye, aku menggunakan kekili bersaiz sederhana. Kekili udang pun bolek gak... tatapi masa lawan sotong... rase macam tak best sangat le. Aku guna kekili Shimano saiz kecil yang boleh memuatkan tali sepanjang 100 meter. Pancingan sotong mabang tidak perlu menggunakan tali yang panjang kerana ia akan memudahkan tali menjadi kusut. Pastikan juga tali yang korang guna hanya diisi lebih kurang 60 hingga 80 peratus sahaja daripada isipadu gelung kekili. Kalau korang degil... isi penuh-penuh, konon pro.. rase le sendiri. Aku taknak kabo, korang cube rasa dulu.. hehe. Belajar dari pengalaman lebih baik. Tak tau tanya, malu sesat jalan dan sotong tak dapat. kihkih.


Baca maklumat tali sebelum membeli

Sebelum korang beli tali pancing untuk mencandat sotong, pasti korang baca betul-betul maklumat yang ditulis. Aku syorkan korang cari tali yang mempunyai diameter antara 0.18 hingga 0.20 mm. Tali berdiameter kecil akan cepat tenggelam dan menjauhkan jarak balingan candat. Gunakan tali yang kuat.... mahal sikit pun takpe. 

Korang boleh juga guna tali benang.... bagi pencandat baru baik guna tali tangsi. Tali benang lebih kuat dan berdiameter kecil... kelemahan die mudah kusut di hujung joran dan kalau terbelit pada mata candat... kena potong tali. Paling malang mata candat boleh rosak. Satu lagi perlawanan menggunakan tali benang tidak begitu real. Keras semacam je.

Kalau korang degil gak nak guna tali benang ikut korang le... kalau dekat, aku ketuk kepala dah. Tapi apakan daya dok jauh. Takpe.. takpe jangan risau, buleh guna tali benang tatapi korang kena sambung tali tangsi lebih kurang beberapa meter sebelum cili dan candat diikat. Tujuannya ialah untuk menyerap tekanan dan menjadikan perlawanan real sikit. Jangan nangis batal pose.

 
Contoh jenama tali yang aku guna

Kat atas tu.. contoh tali yang aku pernah guna. Di pasaran memang banyak jenis tali dijual... tapi nak cari tali halus memang payah sikit. Sebelum korang beli... test tarik sekali, kalau putus, toksah beli. Sebelum test tengok tuan kedai dulu, biar dia tak nampak. Bukan ape... tali halus ni jarang dibeli. Akibatnya stok lama bertambun kat kedai. bile dah lame.. dia jadi reput sikit. Tu le sebab aku suruh korang test dulu.

Padankan tali dan kekili korang dengan joran halus dan ringan. Pencandat perlu membaling candat berulang kali tanpa jemu. banyangkan kalau joran korang berat dua kilo. Boleh patah tangan.

Sebelum aku blah, aku nak bagi tips yang last sekali. Korang jangan letak joran korang dalam kereta dalam tempoh yang lama. Apalagi jika korang parking kereta kat tempat panas. Tali akan mudah menjadi reput. Kalau rajin selepas guna, korang bilas tali menggunakan air tawar... bukan susah sangat, siram je dengan air mineral... Siap.

Cukup lah tu untuk kali ni. Aku ada kerja lain ni. Nak cari bahan-bahan mentah untuk masak berbuka nanti. Tutup pasar nanti. Terus tak leh masak. Jumpa lagi Selamat berpuasa untuk mereka yang berpuasa saje tau. Bye. Jumpa lagi..
Abe Din.
Read more >>

Gelora Sudah Tiada

Selamat datang kepada semua pengunjung. Beberapa hari sebelum ini air laut begitu bergelora. Aktivit mencandat tidak begitu sesuai. Banyak trip terpaksa ditangguhkan. Kekadang rasa bosan jugak asyik dok rumah je..

Sekarang ni .. sudah menghampiri masa puncak kehadiran sotong di perairan Terengganu. Dah beberapa hari bersara kerana air laut begelora. Dengar khabar daripada rakan-rakan di pelantar minyak, laut China Selatan, kerap juga berlaku ribut secara tiba-tiba. Kadang-kadang tu ombak naik sampai ke atas pelantar. Mungkin  juga kesan ribut di laut tempias ke kawasan pantai.


Laut kelihatan sungguh tenang

Baru-baru ni aku sempat melawat kawasan pesisir pantai di perumahan Rantau Laut. Sampai lokasi, aku tengok pantai dulu... wuhh, ombak dah reda. Hati mula berbunga-bunga. Pancing pulak tak bawak. Kalau ada dalam kereta tentu aku dah test. Air laut sungguh tenang. Hempasan ombak begitu lembut menyapa pantai.

Dalam diam, aku dah plan nak wat trip ke lokasi-lokasi pilihan. Mintak-mintak le keadaan seperti ini bertahan lama. Ketika ini, sotong banyak menyerang perairan Pantai Timur. Tinjauan aku di pasar-pasar sudah dapat melihat sotong mabang dan katak dijual.

Seorang rakan sotonglaut baru-baru ni yang turun ke laut sebelum laut bergelora sempat mencandat sotong torak lebih kurang dua puluh kilogram. Paling menarik sume sotong tu dicandat diantara pukul 8 hingga 11 pagi. Huhh... nape le aku tak ikut sekali masa tu. Mamber sampai jual kat pasar. Banyak sangat. makan tak abis katanye.


Bot nelayan sedang memancing ikan

Jika keadaan ini dapat bertahan... ia merupakan berita gembira bagi pencandat-pencandat tegar di Terengganu. Aku semestinya tidak akan melepaskan peluang. Mula-mula tengok air laut aku dah snap gambar, send kat mamber lain... Dalam masa terdekat aku pasti akan menjejak kaki ke port popular aku. 
Abe Din
Read more >>

05 August 2013

Tangan Sotong

Selamat datang dan Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Semoga mendapat keberkatan daripada-Nya. Pada post kali ini... aku nak share sedikit info berkaitan dengan tangan sotong. Tangan sotong adalah berbeza mengikut spesies. Sekali tengok macam sama je.

Ada orang yang cukup suka makan bahagian jari-jari sotong ni... diorang kata sedap. Emm.. ye ke? Korang boleh test kat rumah. Aku pernah jumpa sebuah kedai nasi lemak di Hentian Lebuhraya Karak yang menjual nasi lemak bersama sambal sotong. Paling menarik sambal sotongnya terdiri daripada bahagian tangan sotong sahaja. Aku dah test... memang best rupenya..


Struktur tangan sotong

Tangan sotong terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu lengan dan tentakel. Sotong selalunya mempunyai banyak lengan dan 2 tentakel. Sotong kurita mempunyai 8 lengan tetapi tiada tantakel.

Tentakel sotong bersifat flaksibel dan lembut. Terdapat banyak bulatan-bulatan kecil yang berfungsi sebagai penyedut. Fungsi utama tangan sotong adalah untuk memegang dan menyentuh. fungsinya kadang-kadang berbeza mengikut spesies. Bagi oktopus (sotong kurita), lengannya  berfungsi untuk bergerak dan merangkak. Polarisasi tangan mengambarkan keadaannya untuk berhenti, berenang, membelok, menyambar atau menangkap.

Pada tentakel sotong terdapat banyak penyedut yang mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antara fungsinya termasuklah memegang, menangkap mangsa, membantu ketika menggigit dan memindahkan kumpulan sperma kepada sotong betina semasa proses mengawan.


 
Tentakel sotong terbina mengikut fungsi tersendiri
 
Semoga apa yang aku share kat sini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan korang. Sehingga berjumpa lagi. Selamat berpuasa.
Abe Din
Read more >>

Awas Bahaya

Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut. Semoga korang sume sihat hendaknya. Pada kali ini aku nak berkongsi sikit berkenaan aktiviti mencandat sotong mabang. Semakin hari semakin ramai pemancing yang mula menceburkan diri di dalam pancingan sotong dari daratan. Pertambahan jumlah pencandat daratan ini tentunya akan memeriahkan lagi sukan memancing sotong di negara kita.

Kesimpulan yang aku buat ini adalah berdasarkan jumlah pertanyaan yang aku terima sejak akhir-akhir ini berkaitan teknik pancingan sotong. Banyak pertanyaan yang dihantar menggunakan cbox dan E-mail dari blog sotonglaut. Ada juga bertanya melalui komen-komen di artikel yang telah aku post. Aku dapati ramai yang bertanya adalah pemancing baru yang mula berjinak-jinak dengan pancingan sotong mabang. Majoriti mereka adalah pemancing landbase atau memancing dari kawasan daratan.


Batuan licin ketika air surut.
Mencandat sambil duduk.. mengurangkan risiko terjatuh

Bila bercerita tentang pancingan daratan, kita tidak boleh lari dari membincangkan tentang keadaan lokasi mencandat sotong mabang. Kebiasaannya kawasan mencandat sotong mabang adalah di kawasan berstrukur seperti kawasan batuan. Pemancing perlu biasa dengan kawasan sebegini jika ingin mencari sotong mabang.

Apa yang menjadi isu di sini ialah keadaan rupa bumi kawasan mencandat sotong ini sangat bahaya. Kawasan berbatu kebiasaannya licin ketika air pasang atau ketika air mula surut. Jika korang tidak berhati-hati kemalangan boleh berlaku. Apalagi jika kawasan batuan tersebut mempunyai teritip yang tajam. 


Peralatan mesti simple dan pergerakan perlu selesa

Memang tidak dinafikan... sotong -sotong bersaiz mega banyak bermain dan mencari makanan di celah-celah struktur berbatu. Dalam keghairahan kita mendapatkannya... pastikan juga keselamatan kita terjamin. Aktiviti mencandat di kawasan berbatu adalah satu aktiviti yang boleh diangkap lasak dan bahaya. Kemahiran korang meniti dan bergerak dari satu struktur batuan ke struktur yang lain boleh mendatangkan kecederaan.

Korang perlu mengambil beberapa langkah awal bagi mengelak sebarang kecelakaan. Pakai pakaian yang ringan dan selesa bagi pergerakan di kawasan berbatu. Jangan bawa barang yang terlalu banyak kerana ia akan menyukarkan pergerakan korang. Pastikan korang memakai kasut anti gelincir. Jangan pakai selipar atau kasut yang sudah haus.

Pastikan kedudukan korang stabil sebelum candat dibaling

Berhati-hati ketika berjalan di atas batu

Jika korang sume mencandat di waktu malam... bawa lampu suluh bersama-sama. Lebih elok jika lampu suluh berkenaan tidak dipegang dengan tangan. Gunakan lampu yang boleh di sangkut di kepala. Perlu diingat malang tidak berbau. Pastikan juga korang tidak mencandat bersendirian. Pergilah mencandat secara berkumpulan. Rakan-rakan lain boleh menolong jika korang berhadapan dengan masalah. 

Jadikan sukan mencandat ini sukan yang selamat. Sentiasa awas dan tingkatkan stamina korang sebelum menyertai satu-satu trip mencandat dari kawasan daratan. Semoga apa yang aku share kat sini sedikit sebanyak akan membuka minda korang... jangan asyik nak seronok je. Beringat sebelum kena. Jumpa lagi.
Abe Din
Read more >>

Uji Candat Anda

Selamat datang kepada semua pengunjung. Baru-baru ini, aku sempat berkungjung ke satu lokasi candat pada siang hari. Aku masuk ke lokasi bersama dua orang rakan seawal pagi untuk menduga tarikan sotong mabang di sini. Menjelang tengahari, sotong sudah mula kurang galak memegang candat..

Walaupun sotong sudah malas memegang umpan, kami masih setia membaling dan menarik candat... walaupun kami tahu peluang untuk mendapatkan sotong agak tipis. Apa yang hendak aku kongsikan di sini ialah pengalaman memerhati candat ketika air jernih. Selama ini banyak trip yang diatur ialah pada waktu malam. Cara dan kaedah mencandat hampir sama cuma pada waktu siang kita boleh melihat aksi candat kita dengan jelas.

Lihat renangan serta pergerakan candat anda

Renangan yang baik... pasti membuahkan hasil

Walaupun individu yang berbeza menarik candat yang sama dengan peralatan yang sama, belum tentu gaya renangan candat juga sama. Inilah yang meyebabkan sesetengah individu lebih dominan mendaratkan sotong berbanding individu lain. Kebolehan memainkan candat dengan baik banyak bergantung kepada pengalaman dan gerak hati seseorang. Gerak hati yang aku maksudkan ialah kebolehan menjangkakan kedudukan sotong, kemahiran menjangka kedalaman renangan candat dan kebolehan menggayakan lengok candat. Setiap individu pasti mempunyai perbezaan ketara.

Cari potensi yang ada pada candat anda

Anda Perlu gunakan kelebihan di waktu siang untuk memerhati tarian candat anda. Ketika sotong kurang galak memegang candat, gunakan masa berkenaan untuk menguji renangan candat anda. Anda boleh lihat aksi candat anda dari segi, lenggokkan, kedalaman, kecepatan renangan dan warna candat ketika berada di dalam air laut. Diharapkan dengan rentak yang anda perolehi ketika siang akan dapat diaplikasikan pada kegelapan malam tanpa rasa was-was.

Baling dan tarik... tidak semudah disangka

Seperti yang aku katakan sebelum ini, kemahiran mencandat sotong mabang di darat tidak sama dengan mencandat di laut dalam. Walaupun anda juara di laut, belum tentu anda akan mampu menaikkan seekor sotong di kawasan daratan. Pengalaman aku membawa beberapa otai sotong torak yang begitu gah di laut dengan kemampuan menaikkan sotong torak berbelas-belas kilogram semalam tetapi longlai ketika beraksi di daratan.

Kesimpulan yang aku boleh katakan di sini, belajarlah mencari rentak mencandat di  daratan.. jika anda rajin berusaha tidak mustahil satu hari nanti anda juga mampu menjadi otai baru di kawasan daratan. Jumpa lagi..
Abe Din
Read more >>

Umpan Sotong

Salam sejahtera dan selamat berkunjung ke blog sotonglaut kepada semua yang sudi bertandang ke sini. Pada post kali ini, aku akan menyentuh tentang umpan sotong. Seperti yang umum telah tahu, sotong biasa dijadikan umpan untuk memancing ikan kebiasaanya di laut. Umpan sotong memang popular dan mudah digunakan. Cara pengendalian yang mudah dan cepat merupakan satu sebab mengapa umpan sotong menjadi pilihan pemancing. Daging sotong yang liat juga sukar untuk tercabut dari mata pancing ketika disambar ikan.

Walaupun umpan sotong mempunyai kelebihan... ia juga mempunyai kelemahan tersendiri. Pada kali ini, aku akan cuba berkongsi beberapa tips penggunaan umpan sotong bagi tujuan memancing ikan. Maklumat yang aku list kat sini hanya beberapa kerat sahaja... mungkin korang ada pengalaman yang lebih banyak lagi... kongsi le sama. Jangan kedekut sangat.

Kelebihan
1-Daging yang liat sukar tercabut
2-Mudah dipotong mengikut bentuk disukai
3-Mudah dibeli di pasar
4-Cepat: Memotong dan mencangkuk
5-Tahan lama di dalam air
6-Boleh simpan lebih lama
7-Harga murah

Kelemahan
1-Umpan statik
2-Berbau jika lama terdedah
3-Dakwat: Kotor ketika dipotong
4-Lalat cepat tertarik
5-Sotong lama kurang afektif
6-Kulit sukar ditanggal dari mata kail



Sotong terbukti mampu menjerat pelbagai 
spesies ikan terutamanya spesies ikan karang

Kebiasaannya aku akan memotong umpan terlebih dahulu sebelum turun ke laut. Umpan yang dipilih adalah umpan baru dan berdaging keras. Umpan yang dipotong perlulah bersesuaian dengan saiz mata kail yang hendak digunakan. Potong memanjang serta asingkan bahagian kepala dan badan sotong ke dalam bekas yang berbeza. 

Potong umpan lebih awal banyak kelebihannya iaitu anda tidak perlu bersusah payah memotong umpan ketika berada di dalam bot. Memotong umpan sotong dalam bot akan mengotorkan persekitaran bot. Cuba korang bayangkan jika ikan sedang galak makan umpan. Semua pemancing tentu sibuk meminta umpan dan memotong umpan. Suasana dalam bot sedikit kecoh... tangan pula kotor dan tidak selesa untuk memegang umpan dan batang pancing. Memang korang boleh basuh tangan ... sempat ke?


Persediaan awal memudahkan aktiviti memancing

Lebih baik korang sedia awal... pastu asingkan ke dalam bekas mengikut jumlah pemancing... lebih senang dan korang boleh menumpukan perhatian korang kepada menurun dan menaikan tangkapan sahaja..... satu lagi ikat mata kail yang putus.

Aku juga nak share cara mencangkuk umpan sotong pada mata kail. Aku belajar kaedah ni daripada seorang nelayan tua kat tempat aku. Umpan sotong yang dicangkuk mestilah dipotong memanjang dan dicangkuk dalam keadaan menjurai. Dia kata, ikan besar selalunya akan menyambar bahagian pangkal.... berdekatan mata kail. Ikan kecil pula lebih cenderung menggigit bahagian ekor. Betul atau tidak... korang cuba sendiri. Aku?... dah lama dah praktis kaedah ni dan memang menjadi. Lagi satu cangkukan umpan dalam keadaan menjurai ini akan menjadikan keadaan sotong tidak begitu statik dan mampu menarik perhatian ikan.

Sampai di sini dahulu celoteh aku... jumpa lagi di lain masa. Selamat memancing.
Abe Din.
Read more >>

Sedamai Hati..

Selamat datang kepada semua pelawat. Pada minggu akhir sebelum ramadhan, aku sempat singgah di Pantai Telok Kalong, Kijal.... ketika itu aku dalam perjalanan pulang dari Chukai menghala ke arah Kuala Terengganu. Lama sungguh tak singgah ke sini... hati mengajak-ngajak untuk singgah barang seketika. Sambil merasa kelazatan otak-otak dan satar Kijal. Opsss... untuk pengetahuan korang "otak-otak" tu nama sejenis makanan popular kat sini. Jangan salah faham pulak..

Masa aku sampai air sedang menyurut dan suasana sangat tenang. Bot-bot nelayan sedang berlabuh di pesisir pantai. Ada juga pengunjung-pengunjung yang asyik mandi-manda. Di satu sudut yang lain kelihatan beberapa individu sedang asyik mencandat sotong. Rasa amacam nak test power kat sini.... tapi apakan daya, aku cuma singgah sekejap sahaja.

Deretan bot nelayan. Di hujung sana... 
terdapat beberapa orang pencandat sedang 
asyik mencandat sotong mabang.


Suasana yang indah dan mendamaikan

Nelayan tidak ke laut semasa air surut.

Ada juga yang bermandi-manda di sini.

Nampak gayanya... pantai ini memang menjadi tumpuan penduduk bagi banyak aktiviti. Semasa lawatan singkat ke sini... satu pertandingan karaoke sedang berlangsung berdekatan gelanggang futsal. Beberapa individu juga kelihatan sedang leka bermain futsal di kawasan yang disediakan. Suasana nampak agak meriah dengan orang ramai.

Aku tidak begitu tertarik dengan aktiviti orang ramai... aku lebih banyak memberi tumpuan kepada keadaan yang berlaku di pantai dan laut. Dalam benak fikiran... aku tertanya-tanya... ada sotong ke kat sini? Dalam diam aku sudah mula mengatur rancangan untuk datang lagi ke sini.... tapi... untuk mencandat sotong. Bile yer?... tak tau lagi.
Abe Din.
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing