"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

24 November 2011

Bersara Dulu !

Salam untuk semua pengunjung sotonglaut.blogspot.
Musim banjir dah tiba, air sungai dah mula naik di beberapa tempat, keruh dan laju. Kat tepi pantai takyah cerita le... ombak sampai atas kepala. Anda dinasihatkan sentiasa berhati-hati. simpan barang-barang penting. Kalau ada anak tu... haaa jaga betul-betul. Budak-budak memang suka main air banjir. Bimbang gembira bertukar tragedi. Beringat sebelum nasi jadi bubur.

Tinjau luar rumah hujan tak berhenti. Nak gi jalan-jalan pun tak de mood.. sejuk ooo... Nak gi candat sotong... jangan harap le. Last sekali, pergi buka kotak candat dan gewang... terubat juga rindu nak mancing. Terdetik dalam hati... kena simpan elok-elok. Tahun depan tak payah beli... harga candat bukan semakin murah, makin mahal ada le...


Haa... ni le kotak candat aku
Sume cute belaka...Banyak dah dapat sotong


Koleksi candat laut dalam
Sume tu memang berbahaya untuk kesihatan sotong


Candat mini yang cantik dan berkesan menangkap sotong
Jangan terkejut.. harga sekor RM 27..


Candat bola yang mengancam (pembunuh no-1)
Asal sekor RM15... bila disolek, RM27 pun aku tak jual


Ini le.. senapang patah untuk aku memburu sotong
Banyak jasa kalau korang nak tau..

Masa aku sedang create post ni, rupa-rupanye dah hampir ke penghujung tahun 2011. Sekejap je nak masuk 2012. Tanpa sedar umur yang dikatakan bertambah pada hakikatnya semakin tinggal sikit je... Aku juga berharap, apa yang aku usahakan di blog sotonglaut ini tidak sia-sia. Semoga aku dapat bantu dan berkongsi pengalaman dengan ramai orang. 

Selagi tengkujuh belum reda, kenalah bersara dulu. Diharap kehadiran musim ini akan memberi ruang untuk sotong dan ikan kat laut tu membesar dan membiak tanpa diganggu manusia. Bulan April depan...jika diizinkan-Nya, bolehlah kita cari rezeki semula. Pada semua kaki-kaki sotong dan ikan, inilah masa yang sesuai untuk menyelenggara dan membaiki peralatan memancing anda. Jangan dah rosak dan berkarat baru nak baiki. Jangan membazir.. tak baik. Kalau tokse... heh heh... bagi je kat aku... dapat gak pahala.

Musim ni jangan pula ngegada nak gi laut dengan bot kecil. Jangan korang nak tunjuk hero lak.. Kalau dah kena baru korang menyesal. Itu pun kalau idup lagi. Kat member baik, aku dah warning awal-awal. kalau jumpa... aku bagi penampor terus. Kih..kih, orang ganu kata "bekeng".

Kalau korang gian sangat nak mancing... pergi je kolam komersial. Duduk le  lapan jam pun takde orang marah.. tapi kena bayar le. Cari ikan sungai, memukat pun ok gak.. tapi berhati-hati sikit dengan air banjir. Kalau dah tahu diri tak reti berenang.. duduk le jauh-jauh sikit. Jangan berlagak, bahaya tau.. Orang yang reti berenang pun  ramai yang lemas.. hok dok reti lagi le ramai yang lemas, siap mati sekali. Aku nasihat ni sebab aku sayang kat korang.. kihkih. Fikir positif lah ye..

Semoga bertemu lagi. Utamakan keselamatan anda.
Abe Din
Read more >>

20 November 2011

Pindahnya Si Camar

Salam untuk semua pelawat dan pengikut setia blog sotonglaut.
Dah masuk bulan November ni... laut nampaknya sudah memberi tanda yang musim tengkujuh akan berkunjung tiba. Burung-burung camar laut yang kebiasaanya dijumpai di unjam dan laut terbuka sudah kelihatan berlegar-legar di kawasan hutan bakau. Tidur dan cari makan di situ. Sesekali terlihat kumpulan burung laut terbang dalam bentuk 'V' meninggalkan lautan menghala ke darat.

Camar laut selalu dijumpai di boya-boya unjam


Kehadirannya di kawasan pantai memberi 
mesej bahawa tengkujuh bakal tiba

Penghijrahan burung laut ke daratan kerana mereka sukar untuk mencari makanan di laut disebabkan kelajuan angin dan ombak yang melampau. Kalau musim macam ni jangan haraplah nak mencandat sotong. Ombak sampai atas kepala. Kalau nak mati... gi le candat kat sana.



Selalunya time gini, Abe Din terpaksa bersara seketika dari mencandat sotong. Tahun depan bulan April.. baru start balik. Kami akan memilih untuk memancing ikan di sungai atau kolam-kolam komersial. Nak lepaskan gian le katakan.

Waktu gini seeloknya, baik pulih pancing dan menyimpan candat dengan baik. Moga-moga tahun hadapan boleh guna lagi. Nak beli bukan murah... kalau orang kaya takpe lah. Begitulah putaran hukum alam kekadang cuaca baik, kekadang tidak. Cuma mereka yang bersyukur dan berserah diri sahaja akan mendapat ganjaran daripada-Nya. Amin.

Jumpa lagi,
Abe Din
Read more >>

19 November 2011

Trip Kecundang

Salam untuk gang, rakan blogger dan pelawat semua.
Malam ni, rasa rimas duduk saja kat rumah. Tengah dok pening, kawan tipon ajak candat.. cantik. Bak kata orang pucuk dicita ulam mendatang.

Terus gi ambik saing dan terus ke port candat. Dalam kereta nampak macam takde orang kat lokasi. Kami dah mula tersenyum, baham kite sotong malam ni. Turun kereta..masing masing terlopong. Ombak boleh main ski. Alang-alang dah sampai gi juga leah campak sekali dua. Tau dah memang tak dapat, saje nak lepas gian.

Kesian pancing aku... 
tak dapat rasa tarikan sotong malam ni.

Lampu dari api menara Petronas


Sepasang pancing dan sebatang gaik sedang melepak

Nak buat macamana, rezeki di tangan-Nya. Kami duduk berdua di tepi pantai lebih kurang setengah jam bagi melepas rindu pada pantai dan angin laut. Lepas tu terus lepak kat kedai makan, kenyang balik. Huuu...
Jumpa lagi.


Read more >>

Tinjauan Lokasi 5

Salam untuk semua pelawat.
Tinjauan lokasi kali ini adalah di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Masa balik kampung dulu singgah kejap kat pantai ni... kononnya nak cari port baru sotong mabang. Kata orang, di sini banyak sotong.. tambahan pula orang kat sini tak pandai mencandat dari kawasan pesisir pantai.

Letih juga cari port. Rupa-rupanya, kat sini pantainya agak landai dan tiada kawasan berbatu. Selalunya kawasan begini kurang menjadi tumpuan sotong mabang kerana dia susah anak sembunyi jika ada musuh.

Masa tengah rehat.. ternampak pokok ni. Tak tau nama apa. Sekali tengok macam mengkuang je, tapi dia ada batang yang besar. Buah dia cantik. Tak tau samada boleh dimakan atau tidak. Ambo tak berani nak test.. takut masuk spital. Saja je aku post kat sini untuk share dengan korang. Kalu sapa-sapa ada info lebih tentang pokok ni, kabo le kat kitorang. Ambo dan pelawat tentu nak tau juga.


Buah yang cantik
Hijau (muda), Merah (masak), coklat (tua)



Akar pun unik jugak

Dahan pokok mampu menahan terjahan angin


Haa. nia anak dia. Cun tak?
Nampak macam mengkuang masa kecil

Banyak sungguh pokok ni di sepanjang pantai, berselang seli dengan pokok ru. Bila dipikir-pikir, mungkin pokok ni juga membantu menghalang angin laut yang kuat walaupun ia lebih rendah daripada pokok ru. Tengok batang dan dahannya memang besar. Agung sungguh ciptaan tuhan.

K, jumpa lagi di lain masa.
Read more >>

15 October 2011

Trip Mabang 15-2011

Selamat datang dan selamat berkunjung kepada semua pelawat. Lamanye rase... tak update info tentang sotong... Maaf bebanyak... sibuk sikit. Baru-baru ini.. sempat meninjau lokasi biasa di batu tambak. Cuaca nampaknya tidak begitu elok... maklumlah sekarang musim hujan dan ribut.. dengar khabar, beberapa negeri di Asia sudah menerima kesan dari ribut yang sedang melanda. Syukur...kita kat sini, dapat tempias sikit-sikit je. Angin, hujan dan gelora laut sangat mempengaruhi kawasan-kawasan pantai barat Semenanjung.

Walaupun cuaca tak berapa elok... aku dan gang pergi juga usung pancing dan candat ke pantai. Alasan nak buat tinjuan... Emm.. kalau dah kaki sotong tu... pantang nampak bulan cantik.. mana tahan beb... Nampaknya trip ke-15 kali ni kurang power seperti trip-trip sebelum ini. Aku dapat juga... kawan aku... kihkih.. kosong terus.


"Bola" Pink yang masih berkuasa


Yamashita Oren. Mabang bersaiz kasut

Yamashita yang belum di"Bola"kan.. Power gak..

Tangkapan hari tu. 
2  bapak mabang + 1 jarum

Ketika ini laut sedang bergelora dan airnya sedikit keruh.. warna oren memang menjadi pilihan ku. Kalau air keruh... warna candat lain susah nak harap. Silap haribulan candat mahal pun leh tewas. Masa aku dok merapu dengan blog ni, bulan sedang naik dengan anggun sekali... malangnya air laut pula sedang bergelora. Peluang nak dapat banyak sotong tipis sikit.. kalau makanpun dah dekat nak subuh. Sapa nak tunggu boss.. esok keje.. 

Emm.. bila le air laut nak berhenti bergelora. Aku jangkakan, air laut akan beransur tenang selepas ini dalam seminggu dua, lepas tu musim tengkujuh akan melanda. Boleh gantung pancing dalam tiga pat bulan. Peluang yang ada tentunya tak akan aku sia-siakan. Cepat le tenang air laut...
Bye..
Read more >>

30 September 2011

Buat Candat Bola


From : mad mavia<mavia_14@yahoo.com.my>
Sent: Tuesday, September 13, 2011 1:04 PM
Subject: nak tau cara buat candat bola


Assalamualaikum Abe Din,
Saya suka baca blog sotonglaut nie. gempak giler.
Saya berminat nak tau cara buat candat bola niee. kongsi la ilmu. Moga lagi berkat. Lagi banyak sotong dapat dicandat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Salam siber untuk semua pelawat dan bloggers. Baru-baru ini, aku mendapat satu soalan dari mad mavia yang bertanyakan cara membuat candat bola. Disebabkan aku tak kedekut ilmu..so.. ari ni aku nak citer camane nak wat candat tu. Sebenarnya taklah susah mane. Cume kena kreatif lah sikit. Antara kelengkapan yang korang kena ada ialah candat murah... aku suke guna candat Yamashita 2.0 dan 2.5. Warna candat ikut suke ati korang le. Kemudian korang kena cari cat luminous dan kertas surat khabar lama (untuk lapik). Ok, tuan-tuan sume dah ready nak belajar.

Candat Bola : Sudah diubahsuai

 Candat belum diubahsuai

 Corak melintang dan corak bulat
 
Ada dua jenis corak yang biasa aku buat iaitu corak melintang dan corak bulat. Corak bulat-bulat dinamakan bola oleh kawan baik aku sebab corak dia bulat-bulat macam bola. Perlu diingat jangan korang cat bawah perut candat. Biarkan perut candat korang dengan warna asalnya. Sebelum cat lapik dulu dengan kertas suratkhabar... bukan ape, takut menitik. Nanti mak korang marah..
 
 Peralatan utama : Cat Luminous

Aku citer lagi.. lepas tu korang cari cat macam kat atas tu. Cat luminous ni korang boleh beli kat kedai pancing. Rega dia RM35 satu botol. Tengok betul-betul. Jangan terbeli minyak gamat dah le. Warna yang biasa dijual ialah putih, kuning dan pink. Korang kacau dulu cat berkenaan dan korang boleh gunakan kekreatifan korang untuk menghias. Korang boleh campur lebih daripada satu warna pada candat yang sama. Sekali lagi aku ingatkan, guna candat murah yang kurang berkesan menarik perhatian sotong. Jangan guna candat mahal.. sebab candat mahal memang dah sedia best.

Testimoni penggunaan candat bola. Lebih interaktif untuk mengurat sotong. Kekadang beliau lebih best daripada candat yang mahal. Cer.. cuba. Gambar kat bawah tu adalah satu bukti forensik yang dianggap cukup kukuh siap dengan DNA dia sekali. Kah..kah

Hasil Tangkapan Candat Bola

Aku nak bagi sedikit ingatan, jika korang guna candat bola tak dapat sotong, jangan marah aku, marah korang sendiri. Mungkin korang tak pandai mencandat atau corak yang korang buat memang sotong tak suke dan menyampah giler. Korang cube le dulu... kalau dalam air tu ada sotong... mesti dapat punye. Kalau nak dapat memanjang.. jangan guna candat bola, guna candat mahal le.

Kot ada rezeki korang dapat sotong dengan candat bola yang korang buat... antor le gambar kat aku. Boleh aku publish gambar korang. Pe pun aku doakan korang berjaya. Bye.
Jumpe lagi.
Read more >>

Trip Raya-13/14

Salam untuk semua pengunjung sotonglaut. Berjumpa lagi selepas bercuti panjang. Sejak akhir-akhir ini.. sibuk sangat hinggakan nak update blog pun tak sempat. Maaf bebanyak kepada pengunjung dan followers yang ketagih nak baca citer-citer baru tentang sotong.

Walupun raye baru-baru ni cuti sesunguh... tetapi hati tetap ingat kat sotong. Sebelum cuti sotong mengamuk lak tu. Rase lame je cuti... dalam hati, habis lah sotong kena tangkap dengan otai-otai yang sememangnya siap sedia menyambut sotong yang sedang mengamuk.

Habis cuti.. cepat-cepat balik... call kengkawan.. rancang wat trip. Masa aku tengah taip entri ni, dah dua kali pergi test power kat lokasi biasa. Fuhhh... bulan terang. Tempat biase kami datang jadi cam pesta. Penuh kaki-kaki sotong.. nak baling jig pun susah. Dalam dok susah-susah.. hehe, dapat gak sotong mega. Aku upload gambar kat bawah tu bertujuan untuk menjelouskan korang sume..kih

 Mata yang cantik dan menawan

 Tangkapan trip pertama : 8 ekor

 Sebahagian tangkapan trip pertama

Tangkapan trip ke-2: 3 ekor sotong jarum

Tangkapan trip ke-2: 3 ekor mabang 


Tangkapan trip-1 sebanyak 8 ekor, Tangkapan trip ke-2 sebanyak 6 ekor. Sume dapat 14 ekor. Dah kira ok lah tu. Disebabkan sotong yang ditangkap banyak yang bersaiz besar.. aku and the gang telah menggunakan jig bersaiz 2.5. Kalau saiz kecik, memang lepas le jawabnya.

Ada satu peristiwa pelik dan ajaib aku nak share dengan korang. Masa mencandat baru-baru ni, pancing aku ditarik sotong, memang kuat giler... dalam hati sah besar punye. Bila sotong dah penat... aku tarik sampai tebing dan dalam keadaan malam yang samar-samar.. aku terus gaik badan sotong. Semasa sotong diangkat naik, candat masih di dalam air. Apabila candat diangkat pula... jeng-jeng... ada sekor lagi sotong besar terlekat pada mata candat. Maknenya.. aku dapat dua ekor sekaligus. Takleh nak amik gambar sebab dua-dua tangan pegang sotong... ni citer betul dan benar. Pertama kali terjadi sejak sekian lama aku mencandat sotong di pesisir pantai. Peristiwa ini juga telah menguris hati dan menjelouskan pihak musuh.

Ketika entri ini ditulis.. sotong sume dah habis. Makan, bagi kengkawan. Sekarang tengah berkira-kira nak wat trip ketiga lak. Member aku, Si Suhaimi ajak gi pulau ular. Sibuk sikit.. kalau trip jauh ni. Hiss.. kalau panjang umur aku mesti sampai ke sana.

Jumpe lagi..
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing