PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

15 May 2014

Trip 4/2014-Pulau

Selamat datang kepada semu pengunjung blog sotonglaut. Semoga korang semua sentiasa dirahmati oleh Yang Maha Esa. Baru-baru ini ambe bersama rakan-rakan sotonglaut sekali lagi berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Ular, Cherating. Trip dirancang cukup singkat... dengan meneliti ramalan air laut pasang dan surut, kami berjaya juga sampai ke sana. Kesemua peserta mengharapkan trip kali ini akan memberikan rezeki yang lebih lumayan berbanding trip sebelumnya.

Kawasan pulau yang mendamaikan

Dengan bantuan tekong Nuar, kami mula masuk ke kawasan pulau selepas asar. Air mula pasang... sebaik sampai, candat dibaling bagi mengesan kedudukan sotong mengabang. Dari petang sehingga pukul 9 malam... ambe berjaya membawa 6 ekor sotong mabang pulang ke kawasan khemah. Beberapa orang rakan lagi berjaya menjerat dua tiga ekor mabang untuk menambah koleksi kami sebelum air laut surut.

Kawasan khemah di pulau

Tidak banyak aktiviti pada waktu malam. Kami banyak menghabiskan masa berehat dan tidur sambil menyimpan tenaga untuk menjelajah pulau esok hari. Selepas subuh, air laut sudah pasang hampir 70%. Kami mula membaling candat seawal pagi sehingga pukul 10.30 pagi. Beberapa ekor mabang lagi berjaya dijerat. Pada trip kali ini, ambe berjaya mencandat 12 ekor mabang. Dicampur dengan tangkapan empat orang lagi rakan... kami memperolehi 26 ekor sotong mabang kesemuanya. Tangkapan berkenaan adalah rekod terbaik setakat ini di tahun 2014. Rekod tangkapan paling tinggi pada tahun lepas ialah sebanyak 55 ekor.

 Antara tangkapan yang diperolehi

Kamal dengan hasil tangkapan peribadi

Semoga trip berikutnya... hasil tangkapan akan meningkat lagi. Kami semua pulang ke tanah besar lebih kurang pukul 11 pagi. Ketika post ini ditulis... ambe tengah berkira-kira untuk melakukan satu lagi trip. Masa dan ketika akan menentukan... hehe.... sehingga berjumpa lagi. Abe Din.

5 comments:

  1. kalau saya tidak sanggup rasanya kalu disuruh naik kapal laut, pasti deh saya mabuk laut hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Sekarang banyak ubat tahan mabuk. Cubalah dulu... carilah pengalaman di laut ciptaan Tuhan.

      Delete
  2. Salam,
    abg.din..adakah benar gewang candat yg mempunyai mata merah adalah lebih berkesan utk mendapatkan sotong?
    Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Payah juga nak cakap. Apa yang ambe tahu... mata candat yang paling berkesan sekarang dibentuk menggunakan teknologi laser 3D. Dua tiga tahun lepas... ambe selalu guna candat yang matanya mudah tercabut... walaupun tercabut.. masih boleh menarik perhatian sotong. Dapat banyak sotong. Bagi ambe.. cara candat dimainkan lebih penting bagi merangsang mood makan sotong. Faktor lain termasuklah warna candat, kejernihan air, suhu air, cuaca dan harga candat juga kadang-kadang penting. Hehe..

      Delete
    2. cara candat dimainkan amat penting...bereh a.din, pasni nk olah gaya egi uhuhuhu t.kaseh a.din

      Delete

Blogger Pancing