PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

09 May 2014

Trip 3/2014-Daratan

Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut.blogspot. Semoga korang semua sentiasa gembira dan success di dalam apa jua bidang yang sedang korang ceburi. 

Sotong yang diperolehi di kawasan kuari

Pada post kali ini... ambe ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan pembaca dan pelawat blog ambe untuk bersama-sama ambe dalam trip eging sotong sama ada di daratan, laut atau pulau. Ambe sangat berbesar hati jika ada yang ingin mempelajari teknik eging atau mencandat sotong mabang. Ambe dan rakan-rakan sotonglaut sedia berkongsi serba-sedikit ilmu agar anda boleh mengembangkan pengetahuan di tempat anda. Ambe juga mengalu-alukan pencandat-pencandat mahir untuk ikut serta... sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi dan bertukar-tukar maklumat tentang teknik mencandat sotong. Kepada sesiapa yang berminat jangan segan-segan untuk menghubungi Abe Din melalui e-mail bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang trip yang bakal dijalankan.

Sotong yang menyambar Yamashita hijau

Baru-baru ini, ambe sempat mengatur trip eging sotong mengabang di sebuah kawasan kuari di Kemaman. Beberapa hari sebelum ini, hujan turun sebelah malam dan air laut sedikit sejuk. Dalam hati sudah meneka tentu sotong akan menjadi pasif dalam keadaan seperti ini. Nampaknya apa yang diramalkan betul-betul terjadi. Mabang kurang galak menyambar jig udang. Majoriti sambaran berlaku pada aras kedalaman yang paling maksimum. Maksudnya jig udang perlu ditarik betul-betul berdekatan dasar laut... barulah sambaran berlaku. Saiz sotong juga tidak begitu besar.

Jika pencandat gagal mengaplikasikan teknik ini... peluang untuk mendapatkan sotong sangat tipis. Ada beberapa orang pencandat yang ditemui di lokasi pulang awal kerana tidak berjaya menjerat sotong. Kelemahan kaedah ini ialah risiko jig tersangkut. Oleh sebab itu, kemahiran dan pengalaman sangat diperlukan bagi mengelak jig udang tersangkut pada karang. Pemilihan jig juga perlu diberi keutamaan ketika mengaplikasi kaedah selaman dalam seperti ini. Jig perlu dari jenis yang ringan dan ekor yang mendongak ke atas (rujuk post terdahulu).

Cukup untuk dibuat juadah.. jimat belanja...kihkih

Pada malam berkenaan ambe berjaya mendaratkan 10 ekor sotong mengabang pelbagai saiz. Cukup untuk dijadikan juadah makan tengahari dan malam. Disebabkan esok adalah hari kerja, trip terpaksa ditamatkan lebih awal iaitu sekitar pukul 1.30 pagi. Kami masuk ke lokasi pada pukul 10.30 malam dan mencandat lebih kurang 3 jam sahaja. Ketika kami meninggalkan lokasi sotong masih menyambar umpan. Jika esok tidak berkerja tentu masa mencandat menjadi lebih panjang dan hasil tangkapannya juga akan bertambah. 

Trip berikutnya akan menyusul. Sehingga berjumpa lagi. Abe Din.

4 comments:

  1. salam abe din...ambe g maen d kuari ari kamis ptg...buleh 10 ekor...pelbagai saiz jgk..nk maen mlm dop pnda lg...bimbg gewang sakut d batu..klu nk maen mlm kne g nuntut ilmu ngn abe din dulu lah ye...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pandai jangan takut hilang candat...hehe

      Delete
  2. boleh2 byk gini memang laaa, ada rezki lebih leh jual pulok...hrga sotong mabang pasar dungun td rm20 1kg uhuhu pg td g pasar, sje g tanya pok yg jual tu.. :D
    Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah... sotong mahal musim ni. Ambe kalau dapat buat lauk dan kongsi rezeki dengan kawan-kawan pun dah kira ok..

      Delete

Blogger Pancing