PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

10 December 2011

Tangkap Mangsa3

Selamat datang semua pengunjung sotonglaut.blogspot.
Perbincangan kita masih berkisar tentang cara sotong memegang mangsanya. Isu kali ini cuba mengupas serba sedikit berkaitan umpan ikan dan jig buatan manusia. Aku cuba mendapatkan beberapa lagi gambar dari laman youtube untuk memudahkan penyampaian maklumat aku kepada korang.

Gambar di bawah menunjukkan sotong sedang ghairah mendakap umpan ikan. Sekali tengok umpan berkenaan digunakan untuk memancing ikan bukannya untuk mencandat sotong. Nanti kalau aku ada masa aku kenalkan kat korang candat umpan pula (bagi yang dok kenal lagi le).

Untuk pengetahuan korang, sotong masih boleh ditangkap menggunakan pancingan ikan yang berumpankan ikan. Sotong sebenarnya memang suke giler dengan ikan. Ikan adalah menu KFC bagi sotong. Kenapa sotong berkelakuan demikian. Macam citer "Ombak rindu" je. Sebenarnya sotong sedang menarik badan  ikan ke bahagian mulut yang berada di tengah pangkal jejarinya. Sotong makan dengan cara menggigit daging ikan. Kalau korang pernah mancing kat laut berumpankan sengkor ikan... mesti korang pernah lihat, umpan ikan korang ada kesan gigitan kecil (bukan love bite) di merata tempat hingga menanggalkan kulit ikan berkenaan. Haa... tu kerja spesies lembut macam kat bawah tu... bukan "Alamak toyol"

Kalau umpan kecil macam anak udang atau anak ikan bilis... sotong saiz besar selalunya telan terus tanpa amaran. Kalau korang biasa membersihkan sotong jarum... mesti pernah jumpa ikan bilis atau anak udang dalam perut sotong. Memang ganas spesies ni..




Sebenarnya, sotong lebih sukakan ikan daripada candat udang. Walaupun begitu, peratus sotong yang dinaikkan menggunakan jig udang lebih tinggi kerana gerakan jig itu sendiri yang banyak menggoda nafsu makan sotong. Peluang untuk mendapatkan sotong berpandukan gambar di atas adalah rendah kerana kedudukan mata kail ikan yang dipasang menghala ke dalam. Cer korang lihat gambar mata kail ikan dalam bulatan. Sotong akan mudah terkena pancing jika kedudukan mata kail menghala ke luar. Mata kail Apollo ikan mudah mengenai badan sotong jika kena gayanya.



Sotong selalunya berkeadaan demikian dalam jangka masa yang lama sehingga kenyang. Jika korang menarik umpan ikan, sotong akan melepaskan pegangannya pada badan ikan. Ada juga sotong yang terlupa untuk melepaskan ikan hingga berjaya disauk pemancing.



Jenis ikan yang biasa digunakan untuk memikat sotong ialah ikan tamban, kembong, kunyit, atau selar kuning yang berbeza mengikut lokasi pancingan. Jika korang sedar sotong yang sedang mengacau korang memancing ikan... apa lagi cucuk ikan pada candat umpan atau turunkan jig udang bagi mendapatkan sotong. Jika penghuni di bawah adalah sotong torak alamat kaya le korang.... berpuluh-puluh kilo sotong boleh dinaikkan jika kena caranya.

Kadang-kadang sotong menyerang secara berkumpulan seperti sotong torak. Teknik candat yang sesuai ialah menggunakan jig udang atau jig mayat yang disusun secara Apollo. Kalau guna satu jig sahaja... rugi kerana tangkapan akan berkurangan. Korang boleh baca post sebelum ini bagaimana jig disusun secara Appolo. Bagi memaksimumkan tangkapan, aku cadangkan korang menggunakan susunan hibrid antara umpan ikan dan jig. Bila-bila nanti aku post cara nak buat susunan hibrid ini. 
Jumpa lagi.

16 comments:

  1. kalau dilihat dan dibaca, sederhana sekali caranya,, tapi kalau melakukan sendiri jadi tidak gampang :D

    ReplyDelete
  2. PutroeIntan: Bagi yang sudah biasa... tiada masalah besar. Pokoknya mau belajar. Salam persahabatan daripada kami di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Ooo, kena guna banyak jig tangkap byk yea

    ReplyDelete
  4. Dikirim nanti ya kalau pa cik sudah dapat tu ikan..hehe

    ReplyDelete
  5. Semuanya tentang sotong. Menarik betul! ^_^

    ReplyDelete
  6. comel pulak tgk mate sotong tu ..
    kalah mate CHP tauu . .

    ReplyDelete
  7. Backhrooy: Itu kalau nak cepat kaye..kih
    Ckin Kembang : Thanks Ckin...Selamat berkenalan.

    Cik Hijau : Kihkih...itu lum tengok mata Abe Din lagi..

    ReplyDelete
  8. IcahBanjarmasin: Pa cik?...kihkih. Bukan ikan, sotong lah icah... kalau di Indonesia bisa dikenali sebagai 'ikan nus'. Bila lagi Icah nak datang bertandang ke Malaysia?

    ReplyDelete
  9. berbaloi timba ilmu sotong kat sini :P cayalah abe din! :)

    ReplyDelete
  10. waduh..umpan ngail tenggiri udah dibelasah sotong mabang..meji

    ReplyDelete
  11. Renjer: Kongsi sikit2 je.
    AcanKetot: Kalau dah biasa senang je... tak caya tanya meji kat atas tu..kih

    ReplyDelete
  12. Anonymous: Kalau sotong dah berani sentuh umpan ikan kita... maknanya... ikan besar takde kat situ. Sebab sotong ni spesies penakut, kalau ada ikan besar berlegar-legar.. jangan harap dia nak kluar..

    ReplyDelete
  13. best ooo..candat sotong mabang...kalo tengah laut cari kawasan berbatu seperti tepi2 pulau berbatu,tukun dan kawasan batu karang...kalo sotong mabang stat membelasah umpan pancing,afdalnya campak candat teros...insyaallah bole dapat sotong mabang..meji

    ReplyDelete
  14. Anonymous : Sama2 kita promosi pancing sotong... ramai kat luar sana yang tak tahu.. mereka anggap susah. Sekali cuba.. memang nak gi lagi. Ketagih wooo..

    ReplyDelete
  15. tak susah nak candat sotong mabang.letak je candat..cukup time angkat da dapat sotong mabang..hehe..meji

    ReplyDelete

Blogger Pancing