PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

25 December 2011

Mitos Sotong

Salam sayang untuk sume palawat dan pengunjung.
Bertemu lagi di laman maya ini. Ketika musim angin dingin, hujan turun mencurah-curah dan banjir sana-sini.. sentiasalah berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku. Sentiasalah perhatikan anak-anak korang, barang-barang korang dan diri korang sendiri.. jangan asyik ngadap komputer je.

Pada kali ini dan beberapa post yang akan datang, aku nak citer berkenaan sotong-sotong raksasa yang terdapat di muka bumi kita ini. Korang pernah tengok lelaki kat bawah tu? Dia ni, kalau datang kat pasar malam..alamat tutup habis kedai. Anak gadis sume tak berani kuar rumah.. lebih bahaya daripada orang minyak. Watak Davy Jones kalau aku tak silap dalam filem Pirate of the Caribbean. Aku cukup minat filem ni... tapi aku tak minat dia... benci. Nape..ntah le.

Apa yang menariknya... janggut dia tu macam tantakel sotong. Ini salah satu mitos yang cuba ditonjolkan di dalam filem berkenaan. Dari pengamatan aku... penulis cerita ni cuba mengadaptasi lagenda Kreken di dalam tulisannya. Korang tau tak apa itu Kraken? Kraken dikenali sebagai sekor rasaksa yang tinggal dalam laut di wilayah Islandia dan Norwegia (kat mana..aku tak tahu le pulak). Perkataan Kraken berasal daripada bahawa Skandinavia yang bermaksud haiwan gila atau sesuatu yang aneh. Di dalam bahasa Jerman moden ia merujuk kepada sotong kurita rasaksa.

 

Binatang ini memang popular. Bukan sahaja telah di adaptasi ke dalam filem Pirate of the Caribbean sahaja tetapi di dalam filem Clash of The Titans (best juga cerita pelawok ni.. korang kena tengok). Kalau korang kaki wayang... mesti korang pernah tengok kemunculan binatang ini di dalam filem-filem yang merentasi pelbagai bahasa, budaya, dan bangsa. Jalan ceritan yang diketengahkan selalunya menggambarkan cerita dewa-dewa di zaman greek kuno.


Selalunya Kraken ni watak jahat le... yang selalu mengganggu pelaut-pelaut di zaman dahulu. Kalau ada kapal lalu maka muzik di dalam filem akan dimainkan secara menakutkan dan mendebarkan (pandai tul diorang pilih muzik). Seketika lepas itu, datang Kreken.. ntah dari mana. Dengan kebrutalannya maka ia berjaya menenggelamkan kapal berkenaan. Kalau gagal... dia akan lari dan tentunya akan kembali. Maka makin panjang dan lamalah filem berkenaan. Kalau Kreken mati, mana best...tak mencabar. Maka terus heboh sekampung, senegara dan orang jadi takut. Sapa tengok filem tu tentu fobia kejap. Nak gi ambik air kat dapur pun takut. Pakcik, makcik dan uwan yang gi tengok filem tu kat pawagam.. balik rumah je terus deman. Budak-budak toksah cerita le..



Mitos Kraken ini berkembang dan masih diperkatakan sehingga kini. Beberapa penemuan sotong besar oleh saintis masa kini juga mengembalikan nostalgia tentang Kraken. Ramai di antara kita yang menganggap kewujudan Kraken sebagai tidak lebih dari cerita dongeng yang sengaja dibuat-buat tetapi perkataan Kraken ini telah digunakan oleh Linnaeus pada tahun 1725 di dalam bukunya Systema Naturae. Linnaeus adalah orang pertama yang mengelaskan haiwan ini ke dalam golongan tertentu. Beliau mengkelaskan Kraken ke dalam kumpulan Chepalopoda dengan nama latinnya Microcosmus.


Dari pembacaan ambo... haiwan ini memang wujud. Dalam sains dia tak le namakan Kreken. Sekurang-kurangnya ada tiga kumpulan sotong raksasa yang terdapat di muka bumi ini. Sumenya adalah spesies sotong.. ada diantaranya sebesar ikan paus. Post-post aku yang berikutnya, aku akan tulis berkaitan dengan spesies-spesies ini. Aku nak habiskan tahun ni juga sebab tahun depan aku nak mula mencandat... hehheh.

Aku bimbang mitos Kreken ini akan jadi mitos juga bagi orang-orang kita. Nak gi ngaji takut, ke laut takut. Banyak kerja tak jadi... negara kita ni dah banyak sangat mitos. Mitos hok dulu-dulu pun dok setel lagi... jangan tambah pula. Jangan ada mitos larangan makan sotong dah le... rugi wooo... sotong kalau dibuat celup tepung memang sedap. Sambal...fuhh lagi sedap. Bakar... waduhh, hanya mereka yang makan je tahu. Sesapa tak makan sotong.. rugi sesangat. Jangan jeles lak ye..

Ok lah.. aku nak gi jumpa ketua Kreken jap...Oppss, ketua kampung. Besok aku sambung lak...tu pun kalau idup lagi. Moga ceria selalu...bye.
Jumpa lagi

8 comments:

  1. Oh cam Flying Dutchman, info menarik sob :D

    ReplyDelete
  2. Shah Rizar, Deganshah: Terima kasih sudi datang dan tinggal comment kat sini..

    ReplyDelete
  3. oh..kalau binatang mcm dlm filem pirate's ada kat pasar sure pasni xada yg berani nk makan sotong..hahaha.. oh.. nk jumpa kreken amek gambar sekali heh.. hahaha.. enjoy reading mitos nie..

    ReplyDelete
  4. oh..baru tau pasal ni..apa2 pun sy tetap suka makan sotong selagi tak ada tanda allergik..hehe

    p/s : tak suka ngan lelaki sotong kat atas tu..tengok misai duk bergerak2, geli tau x nak mkn...hehe smpai skarng tak tengok dah.. ^_^

    ReplyDelete
  5. aaa..memang ade pn kan sotong besar..penah tgk kat animal planet ke discovery channel tu..mmg besar jugak la

    ReplyDelete
  6. Cik Jingga: Kalau sotong cam dalam filem tu.. Ambo pasti bersara mencandat sotong...kih. 10Q 4yur Comment.

    ReplyDelete
  7. Ckin Kembaq: Kihkih.. ingat ke xsuke kat ambo.. debar rase.. wat suspen je la Ckin ni.. pepun mekasih datang bagi komen kat blog buruk ambo nih.. thanks alot.

    Misyamissyou: Memang btul.. nanti rase nak tulis juga tentang speseis tu.. Thanks sudi datang sini. Ambo doa Uall,moga2 terus success.

    ReplyDelete

Blogger Pancing