Salam kunjungan untuk semua. Kali ni ambe nak kongsi resipi untuk orang bujang yang pemalas nak masak. Masak cincai-cincai je. Masakan kali ini...ketam masak sos tomato.
Mudah je nak buat... potong bawang besar dan bawang putih. Sediakan sos tomato, garam secukup rasa boleh juga tambah sos tiram. Jangan lupa bersihkan ketam berkenaan terlebih dahulu. Kalau korang beli ketam yang masih hidup...korang kena matikan dulu. Macam-macam cara orang buat. Ambe senang je.. basuh bersih-bersih, letak dalam beg plastik dan sumbat dalam peti ais. Tunggu setengah jam. Lepas mati baru boleh nak siang dan bersihkan
Cara untuk masak... senang je. Panaskan minyak sedikit... goreng semua bawang jangan sampai hangit. Masukkan sos tomato dan tiram dan tambah garam jika rasa kurang masin. Tambahkan air sedikit...selepas mendidih, masuk ketam dalam kuali. Masak jangan lama sangat...bila kulit ketam dah bertukar semuanya menjadi merah kira dah ok lah tu. Angkat. Kalau masak lama sangat, kemanisan isi ketam akan hilang ke dalam kuah. Gambar masakan macam kat bawah tu.
Kalu korang nak masakan korang lebih kaw lagi.. letak cili kering yang ditumbuk. Pastikan korang goreng dahulu cili berkenaan bersama bawang sehingga campuran cili menjadi pecah minyak... kemudian baru masukkan air dan ketam.
Sebelum ambe terlupa... sebelum ketam dimasuk dalam kuali... ketuk tangan ketam yang besar sekali menggunakan lesung. Ketuk sikit sahaja. Jangan ketuk sampai hancur pula. Ok lah selamat makan dan selamat mencuba... jumpa lagi-Abe Din
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua. Pada post kali ini...ambe nak tunjuk raja ketam air payau yang memang terkenal dengan ganasnya...ketam nipah. Ketam nipah kat bawah tu ambe beli daripada seorang pencari ketam nipah di sungai Kerteh. Masa tu ambe tengah memancing gelama.... tengah tunggu gelama tak nak makan pancing, lalu sebuah bot fiber baru nak pergi angkat perangkap ketam. Ambe terus tempah... dalam masa lebih kurang setengah jam..tuan tu datang semula bawa ketam macam kat bawah tu. Terus beli. Semua ada 6 ekor.. harga RM12. fuhh memang murah. Kalau kat tepi jalan tu, jangan harap nak dapat harga macam ni.
Semua ketam yang ditangkap... sudah siap diikat menggunakan tali pastik. Kalau tak ikat jangan harap le ambe nak pegang macam tu. Kalau sepit..boleh putus jari. Ambe dah kena dah sekali...tapi tak putus. Luka je...darah lagi. Ketam nipah ni orang kata boleh buat ubat denggi. Tak tau betul ke tidak... sebab ambe tak pernah nak test. Hobi ambe makan je..
Dalam perjalanan pulang... tengah dok pikir nak masak apa ketam ni. Semua hidup lagi. Nak tunggu dia mati satu hal. Camne nak buat eek. Kalau korang nak kenal ketam jantan dengan betina senang je... cuba korang tengok di bawah perut ketam... ada selaput seperti piramid...tiga segi. Betina selaputnya lebih besar dan lebar manakala jantan selaputnya lebih panjang dan runcing. Semoga ia dapat memberi panduan kepada semua.
Ok lah nanti jumpa lagi.-Abe Din
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua. Sotong yang ambe tunjuk kat bawah tu adalah hasil trip mencandat ke-2 ambe di Kijal. Alhamdulillah... dapat le 6 ekor semuanya. Lepas buat lauk minggu ini. Sotong memang sudah sampai ke perairan Terengganu. Jika kena cuaca dan keadaan air hasil tangkapan mungkin akan meningkat.
Pada lawatan kali ini... sotong tidak begitu galak menyambar jig. Kehadiran bulan yang terang menyebabkan sambaran berlaku pada kedudukan yang jauh dari tepi. Pada keadaan dan ketika ini... balingan jarak jauh sangat membantu. Joran paling sesuai digunakan adalah joran dengan panjang antara 7 hinga 9 kaki.
Harap-harap trip selepas ini akan membuahkan hasil yang lebih baik. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang...bye-Abe Din
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua pengunjung. Pada kali ini ambe ingin share satu jenis jig sotong yang ambe beli di Kuantan, Pahang. Apa yang menariknya jig berkenaan dilengkapi guli kecil yang dipasang di dalam badan jig. Apabila jig ditarik.. bunyi akan dihasilkan akibat daripada pelanggaran guli berkenaan. Bunyi yang dihasilkan dikatakan mampu untuk menarik perhatian sotong.
Goncangan yang menghasilkan bunyi
Untuk pengetahuan semua, jig ini dijual dengan harga RM4 bagi setiap unit. Harga yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan jig echo yang lain. Kebiasaannya jig yang boleh menghasilkan bunyi sangat mahal. Harganya diantara RM30-RM50 bagi setiap unit.
Dua jenis sahaja warna yang dijumpai
Saiz 2.0
Setakat ini, keberkesanan jig ini masih diperingkat ujian. Paling malang ketika ambe melakukan ujian di lapangan salah seekor jig ini telah ditelan batu karang...batu belah, batu bertangkup. Tak sempat dan dapat sotong. Ketika percubaan, ambe dapat rasakan jig ini adalah jenis yang mempunyai kadar selaman yang sederhana laju. Purata berat jig tertumpu pada bahagian tengah menyebabkan kedudukannya ketika di dasar dan semasa menyelam menjadi sedikit mendatar.
Pada post yang akan datang... ambe akan cuba paparkan keputusan ujian selaman jig ini... insyaallah. Sehingga berjumpa lagi-Abe Din
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua pelawat. Pada awal Februari baru-baru ini, ambe sempat berjalan-jalan dan ronda-ronda sepanjang laluan pantai di Terengganu. Singgah di sebuah kawasan di dalam daerah Dungun. Nama tempat tak ingat...hehe. Kawasannya cantik. Sebenarnya ambe singgah sembahyang di sebuah masjid yang kebetulan berhampiran dengan pantai. Selesai sembahyang...ambe menyusuri laluan belakang masjid menghala ke pantai dengan niat untuk melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Kat bawah tu.. ambe tepek sekali beberapa panorama cantik di kawasan berkenaan. Jumpa lagi-Abe Din
...................................
Read more >>
Salam pertemuan buat semua pelawat. Lama ambe tak blogging... rindu pulok. Asyik main FB jer. Bukan apa... bahan nak tulis dah tak ada. Sotong musim-musim tengkujuh memang payah nak dapat. Kalau ada pun saiz besar jari. ibu-ibu, bapak-bapak semua dah menghilang ke tengah laut.
Lama menyepi...haa, hari ini dan saat ini, ambe menjengah semula ke alam maya untuk berkongsi saat dan pengalaman menyotong di sekitar tempat ambe lebih tepat lagi di negeri Terengganu. Kalau korang tengok kat bawah tu... tu le gambar sotong pertama yang berjaya ambe jerat di tahun 2015. Kira macam renew lesen lagaknya. Sebelum tu... ambe dah pergi meninjau lesen ni kat kawasan ambe... tapi sekor pun tak dapat. Dengar kabo... dah ada orang yang dapat mencandat sotong mabang sejak dari bulan lepas lagi. Ambe je lambat dapat lesen.
Dengan kejayaan mendapat lesen ini... dengan ini ambe sahkan bahawa sotong telah mula kembali ke perairan Pantai Timut terutamanya di Terengganu. Kawan-kawan, saing-saing baru dan lama, hardcore sotong bolehlah mula mempersiapkan kelengkapan perang untuk bersama-sama kita mengharungi tahun 2015 ini dengan spesies-spesies sotong.
Jig biru yang jarang ambe guna
Lama sungguh tak menatap si mata hijau ni
Lebih manis lagi...lesen kali ini diperolehi bersama seorang hardcore sotong... Zul Dungun. Zul pun dapat lesen juga... tapi saiz lebih kecil lagi. Ahhh... tak kira lah janji sotong. Lesen tetap lesen. Lokasi tangkapan... Kijal, Kemaman.Nantikan info-info baru yang bakal muncul di dalam blog sotonglaut sepanjang tahun 2015 ini.
Di kesempatan ini juga... ambe ingin menjemput semua peminat-peminat sotong seluruh Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan lagi dua eging sotong di negara kita. Ekoran dari itu satu group whatsApp akan diwujudkan dengan ambe sebagai admin. Group yang telahpun diwujudkan itu diberi nama "Eging Club-Malaysia". Kepada yang berminat untuk bersama-sama dalam group ini bolehlah menghantar No. whatsApp kepada ambe melalui E-mail sahaja. Ambe harapkan dengan kewujudan group ini, info dan maklumat berkaitan sotong akan dapat disebar luas dengan lebih cepat dan pantas. Sekian dahulu untuk kali ini. Jumpa lagi-Abe Din
Read more >>
Salam kunjungan kepada semua pelawat. Akhir 2014 ini banyak suka-duka yang datang menjengah. Paling mengusik perasaan apabila rakyat di seluruh negara diuji dengan kehadiran musim banjir. Saudara-saudara kita terutamanya di Kelantan, Pahang, Perak dan kedah diharap sentiasa bersabar dengan ujian yang mendatang. Kepada semua penderma, sukarelawan, anggota keselamatan dan semua yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir di seluruh negara... semoga anda semua diberkati oleh Allah Yang Maha Esa. Teruskan membantu dengan penuh keikhlasan.
Di kesempatan ini... sama-samalah kita berdoa agar negara kita yang tercinta ini selamat dari sebarang bencana dan kita dapat hidup aman, damai dan sentiasa diberi pertolongan oleh-Nya. Pada post kali ini juga Abe Din ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada tulisan di blog sotonglaut ini yang menyentuh perasaan dan mengganggu emosi semua. Lupakan yang silam... kita buka lembaran baru 2015 dengan penuh keimanan dan berserah diri kepada yang Esa. Salam dari jauh-Abe Din.
Selamat tinggal 2014
Read more >>