"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

15 September 2014

Trip 20/2014-Daratan

Salam kunjungan... Apa khabar semua? Kali ni, dah penat dah nak menaip. Errrr.. korang tengok je le hasil yang ambe dapat kat bawah tu. Tak banyak, 4 ekor je. Saiz boleh tahan juga. Lokasi Kerteh. Ok.. semua selamat mencandat dan jumpa lagi-Abe Din

Berjaya didaratkan dengan selamat di atas batu

Saiz boleh tahan juga... kuat tarik.

Si mata hijau. Cantik mata melirik..

Antara rezeki yang dibawa balik.
Read more >>

Trip 19/2014-Laut

Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut. Pada post kali ini... Abe Din nak kongsi sedikit pengalaman memburu sotong mabang di laut. Pada awal bulan.. baru-baru ini... ambe sempat mengikut trip memburu mabang di laut. Keluar rumah seawal 7 pagi dan naik bot fiber di Kuala Kerteh. Lama juga tak turun ke laut. Air laut cukup tenang... mujur le tak mabuk laut.


Sotong tak makan.. Tenggiri yang menyapa.

Tak disangka-sangka... saing yang melabuh umpan ikan kembong direntap kasar sang tenggiri. Ikan lari cukup laju.. sampai tersangkut di unjam dan terus lekat. Orang kata kalau dah rezeki... tarik-tarik sampai merah tangan. Dapat juga digaik. 4 kilo sekor... emmm. Lauk-lauk.

Ikan apa ni?... orang kata sedap

Haa... ni le tiga dari empat ekor mabang 
yang sudi menyambut salam jig udang

Sotong kurang menarik pada trip kali ini.... tetapi yang sudi, besar-besar juga. Berdebar rasa. Lama tak tarik sotong laut yang terkenal dengan besar dan ganas. Alhamdulillah... dapat juga 4 ekor. Seekor torak sempat menyambar jig udang tetapi berjaya melepaskan diri

Antara hasil pancingan pagi di laut

Sekali tarik... lekat juga dua tiga ekor ikan

Walaupun sotong tak begitu makan... dapat juga bawa balik ikan. Dua lagi gang atas bot cukup rajin memancing. Dapat juga ikan untuk dibuat lauk. Tentunya perairan Kerteh masih lagi menyimpan khazanah sotong yang besar-besar. Tunggu je masa dan ketikanya untuk kita bersua lagi. Kami bersiap balik lebih kurang pukul 12 tengahari. Hari Jumaat... kena balik awal. Ok... jumpa lagi di lain kali-Abe Din.
Read more >>

08 September 2014

Ubah Mata Jig

Salam kunjungan untuk semua pelawat. Pada post kali ini, ambe nak bagitau tips untuk mengubahsuai mata jig. Pada post terdahulu... ambe pernah cerita tentang jenis-jenis mata jig yang terdapat di pasaran. Mata jig jenis "V' adalah anatara mata jig yang paling kuat dan berkesan untuk memerangkap mangsa bersaiz besar. Mata jenis ini agar sukar diperolehi. Hanya beberapa syarikat pengeluar jig sahaja yang menggunakan mata jig jenis"V". Selalunya jig yang menggunakan mata jenis ini agak mahal daripada jig biasa.

Mata jig Yamashita yang belum diubahsuai

Walaupun begitu, kita perlu kreatif untuk mengubahsuai mata jig biasa kepada mata jig yang berkesan bagi tujuan memerangkap mangsa bersaiz besar. Kali ini ambe menggunakan jig Yamashita egi sutte atau biasa ambe gelar sebagai "killer 2014".

Sebelum korang ubahsuai mata jig... korang perlu sediakan playar muncung tirus supaya kerja membengkok mata jig menjadi lebih mudah. Jangan guna tangan... bahaya boh!. Keluarkan sedikit mata jig menggunakan playar muncung tirus secara beselang seli dari kiri ke kanan serta berselang seli atas dan bawah. (Rujuk gambar di bawah).

Ujian lapangan menunjukkan... penggunaan mata jig yang diubahsuai sebegini mampu menjerat mangsa bersaiz besar dan peratus sotong terlepas sangat rendah. Perlu diingat jangan muka mata jig terlalu luas kerana ia akan melemahkan kekuatan mata jig berkenaan.

Mata jig yang telah diubahsuai

Ambe syorkan agar ubahsuai menggunakan jig Yamashita kerana mata jignya dibina daripada logam yang lebih besar dan keras. Selamat mencuba dan selamat mencandat-Abe Din
Read more >>

Bola Lagi...

Salam kunjungan untuk semua. Pada post kali ini... ambe nak berkongsi satu lagi patern yang biasa ambe lakar pada candat sebagai penarik tambahan untuk sotong. Kebiasaanya ambe menggunakan patern bulat-bulat di bahagian atas candat. pada kali ini, ambe mencorak jig udang menggunakan patern tidak sekata.

Jig killer 2014 yang masih belum diubahsuai

Rupa jig yang di"bola"kan.
Nampak macam ganas jer...

Seperti biasa, ambe menggunakan cat luminous warna hijau dan putih. Warna kuning dah abis... nak beli takde jual dah kat kedai. Oleh sebab itu... ambe belasah je guna warna hijau dan putih. Kombinasi dua warna ini memang cukup berkesan menipu sang lembut. Jika korang nak mem"bola"kan candat korang... jangan sekali-kali korang cat di bahagian perut. Biarkan perut candat dalam keadaan warna asalnya... selalunya perut candat berwarna putih atau sedikit cerah.

Ambe cadang nak test terus kat pantai... tak sabar rasa...tapi sibuk kerja lagi. Tak sempat nak mencandat. Simpan dulu. Kalu korang nak tiru... cepat sikit dan terus pergi test kat tempat korang. Mana tau ada bapak-bapak sotong sedang tunggu jig bola korang. Selamat mencuba dan selamat mencandat-Abe Din
Read more >>

Gigih Cari Rezeki

Salam untuk semua... baru-baru ini ambe singgah di sebuah tempat rekreasi di Dungun. Sambil berehat... ambe terpandang beberapa orang sedang sibuk eging sotong secara mengharung air. Kalau tak silap ambe... beberapa post ambe sebelum ini... ada ambe bincangkan tentang bahaya eging dari dalam air. Nak jadi cerita... jumpa pula secara tidak sengaja. Mungkin diorang ni tak baca post Abe Din. Apa nak buat... diorang pun nak cari rezeki juga. Ambe nak bercakap dengan diorang pun susah.. sebab mereka bergerak semakin jauh dari pantai apabila air laut semakin surut. Harap-harap ada le orang tolong nasihat diorang ni... apa pun... berhati-hatilah. Carilah rezeki walaupun agak sukar... dah kalau tak ada cara lain nak buat macam mana. Selalulah utamakan keselamatan dan sentiasa berdoa kepada yang Maha Kuasa agar dilindungi dan dimurahkan rezeki sentiasa. Amin...
Jumpa lagi-Abe Din.

Gigih cari rezeki... tapi ..
keselamatan kena jaga juga
Semoga selamat dan dimurahkan rezeki
Read more >>

Trip 18/2014-Daratan

Salam kunjungan untuk semua. Pada post kali ini... ambe sekali lagi nak share tangkapan sotong mabang terkini. Lokasi tangkapan di sempadan Paka, Dungun. Alhamdulillah... hasil malam berkenaan boleh tahan juga. Saiz tangkapan pun besar-besar. Beberapa sotong bersaiz besar berjaya melepaskan diri. Nampak gayanya jig bersaiz 2.0 tidak mampu menjerat bapak-bapak sotong bersaiz besar. Kalau baling saiz 2.5... tak makan pula... nasib badan.


Tangkapan kali lebih lumayan dari trip sebelumnya

Tangkapan pada kali ini banyak dipengaruhi oleh keadaan air yang tenang dan sederhana jernih. Keadaan air penor masih lagi ada tetapi hilang sebaik sahaja air mula pasang. Masa sambaran yang paling tinggi direkodkan ketika air sedang menyurut. Selepas air surut sepenuhnya... tarikan sotong sunyi sepi. Kami jangkakan sambaran akan berlaku semula ketika air mula pasang... apakan daya esok nak kerja. Kena balik awal. Hasil malam ini membuatkan kami sangat teruja untuk datang lagi di lain masa. Bila yer....
Jumpa lagi di post akan datang. Selamat mencandat. Abe Din

Hasil dibawa pulang untuk dibuat lauk

Read more >>

Trip 17/2014-Daratan

Salam kunjungan kepada semua pelawat. Pada post kali ini.... ambe nak share lagi foto-foto sotong pada trip-trip terbaru yang ambe sertai. Dalam dok sibuk kerja... ambe cuba juga cari peluang untuk mencandat sotong mabang. Untuk pengetahuan korang semua, sekarang adalah kemuncak kehadiran sotong mabang di perairan Terengganu. Bagi otai-otai sotong... ketika ini adalah masa terbaik untuk menjerat sotong mabang bersaiz besar dalam kuantiti yang banyak. Sotong memang berselera nak pegang candat. Rezeki pencandat pun semakin banyak. Lokasi-lokasi tumpuan juga mula meriah dengan pencandat-pencandat tegar. Kepada pencandat semua, dinasihatkan agar sentiasa menjaga keselamatan dan mencandat dengan selamat. Hormati hak pencandat lain... semoga rezeki kita bertambah berkat. Hingga berjumpa lagi. Bye-Abe Din

Hasil yang diperolehi pada trip ini.

Berat juga nak angkat-Alhamdulillah.

Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing