"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

12 July 2014

Trip 11/2014-Daratan

Salam pertemuan untuk semua. Selamat menjalankan ibadah puasa bagi semua pelawat Islam. Pada post kali ini ambe nak share dengan korang satu lagi trip mencandat yang diadakan pada hari ke-2 bulan ramadhan. Kebetulan esok hari cuti... 3 orang pencandat tegar sotong laut mula masuk ke lokasi pada pukul 10.30 malam selepas solat tarawih.

Air sudah mula menyurut ketika kami tiba di lokasi. Balingan pertama sudah bersambut... seekor sotong bersaiz sederhana berjaya dijerat. Pada malam berkenaan kami berjaya membawa pulang 19 ekor sotong pelbagai saiz. Lebih kurang pukul 2 pagi kami keluar ke kedai makan berdekatan untuk bersahur, Kami masuk semula ke lokasi selepas itu dan berjaya pula menjerat 2 ekor lagi bapak sotong. Trip tamat pada pukul 3.30 pagi.

Sotong yang berjaya ditangkap. 
Paling besar dan paling ganas


Seekor lagi bapak sotong

Seekor sotong yang terkena mata candat di bahagian ekor.
Tak pernah lagi jadi macam ni. kihkih

Tangkapan keseluruhan: 19 ekor
Berat juga nak usang balik ke kereta.

Satu peristiwa yang menarik... apabila seekor sotong terkena candat di bahagian ekor. Mula kena memang kuat tarik... selepas seketika, tarikan menjadi lemah dan semakin cepat sebaik sahaja karauan dibuat. Dalam kepala....sotong kecik je... bila naik semua terkejut. Tak pernah lagi dalam sejarah ambe dapat sotong macam ni. Tapi... tu semua rezeki di bulan puasa.

Kepada semua pencandat yang beragama Islam... selamat berpuasa, semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmatiNya. Inysaallah.... Hinga berjumpa lagi-Abe Din

Read more >>

12 June 2014

Simple Apps

Selamat datang dan terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke sini. Pada post kali ini ambe nak berceloteh sambil bercerita mengenai satu aplikasi telefon pintar yang sangat berguna kepada pencandat dan pemancing. Aplikasi bersaiz 1.8M dicipta bagi membantu pemancing melihat perubahan persekitaran yang secara tidak langsung berkait rapat dengan aktiviti mereka.

Apps diedarkan penama Anton Nikitin secara percuma tetapi dengan ciri yang terhad... hehe percuma le katakan. Kalau korang nak lebih ciri, korang kena dapatkan Pro Version yang dijual secara atas talian. Setakat ini... 100,000 hingga 500,000 Apps berkenaan telah dimuat turun bagi tujuan installasi.

Bagi korang yang ingin mendapatkan perisian ini... download terus dari Play Store dengan menggunakan akaun Google. Opps... lupa lak nak gitau... software ni dikenali dengan nama Fishing & Hunting Solunar Time. Gunakan maklumat dari perisian ini untuk meramal masa terbaik untuk korang pergi mencandat dan memancing. Suka ambe nak ingatkan... jangan asyik nak tengok Apps ni ketika memancing.... jatuh phone dalam laut... sendiri tanggung.
  
 
 Muka Depan Apps dan Ramalan Pasang Surut Air Laut

Ambe dah guna Apps ni dalam telefon pintar ambe... memang lama dah ambe cari perisian macam ni. Kalau dulu asyik rujuk air pasang surut dari majalah jika nak adakan trip memancing... sekarang semuanya ada di tangan dan hujung jari sendiri. Senang dan mudah... Apabila korang pasang Apps ni... ia akan detect secara automatik lokasi tempat korang berada. Alaaaa.... macam google earth tu lah.. buleh tengok bumbung rumah korang. Kihkih.... Apa yang ambe suka dengan perisian ini ialah keupayaannya untuk memapar keadaan muka bumi lokasi kita berada dan kawasan yang kita nak pergi.

Apps ini juga mampu meramalkan masa bulan dan matahari mula terbit, berada tegak di atas kepala dan ketika terbenam. Antara ciri lain termasuklah keadaan cuaca semasa, suhu, kelajuan angin dan macam-macam lagi lah... tak reti ambe nak cakap betapa bergunanya benda ni. Rujukan ambe selalu tertumpu kepada pasang surut air laut, kelajuan angin, kedudukan bulan, suhu dan cuaca semasa ketika itu. Semua faktor ini sangat membantu ambe ketika hendak turun mencandat dan memancing. Hehe... lupa nak bagitau, ambe guna yang free je. Maklumat Apps percuma pun dah banyak ciri yang berguna.


Calendar Dan Peta Lokasi Ada Juga... Bestttt....

Sebelum ambe terlupa... Apps ini dicipta untuk telefon pintar, Android. Kalau telefon korang cap ayam jangan nak salahkan ambe kalau korang tak leh install. Baca arahan betul-betul sebelum install. Kalau tak reti... tanya orang. Jangan nak tunjuk pandai. Satu lagi telefon korang mesti ada internet... kalau tidak lupakan saje cita-cita korang nak guna Apps ni.

Kalau pemancing dan pencandat atau siapa sahaja rasa Apps ni berguna... haaa.. install cepat sebelum tuan dia tukar Apps ni jadi berbayar. Kalau ok... share le dengan kengkawang. Suruh diorang install sama. Kalau tidak, diorang asyik tanya air pasang surut je bila nak buat trip memancing atau mencandat. Kalau diaorang ada Apps ni... bior diorang tengok sendiri. Kalau tanya jugak... kasi penampar satu das. 

Ok lah bro... letih dah ni. Ambe harap perkongsian ambe ni berguna. Selamat memancing dan mencandat. Jaga diri dan jumpa lagi-Abe Din.
Read more >>

11 June 2014

Trip 10/2014-Daratan

Selamat datang dan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi bertandang ke blog sotonglaut. Semoga korang semua sihat dan bahagia selalu hendaknya. Pada post kali ini... ambe nak share sedikit cerita tentang hasil yang diperolehi pada trip terbaru.

Trip terbaru diadakan pada sebelah malam. Ambe dan seorang rakan tiba di lokasi ketika azan maghrib sedang berkumandang dari corong masjid berhampiran. Selepas selesai solat kami bergabung dengan seorang lagi sahabat sotonglaut dari Kemaman.  Ketika mula sampai, air laut mula pasang. Dari graf jadual yang dirujuk, air laut akan pasang secara menegak daripada petang sehingga pukul 10 pagi esoknya. Air laut surut sedikit dan naik semula secara berterusan.


Berat giler...sakit tangan nak bawa ke kereta..

Sampai di lokasi air agak bergelora kerana air sedang pasang... nak mencandat pun rasa malas. Menjelang pukul 10 malam air mula beransur tenang dan kami mula berjaya memikat seekor demi seekor sotong mabang pelbagai saiz. Bulan pula sedang tegak di atas kepala... memang best giler malam tu.

Tangkapan ambe pada malam berkenaan berjumlah 22 ekor manakala dua lagi rakan mendapat sebanyak 18 ekor. Jumlah keseluruhan tangkapan mencecah 40 ekor merupakan rekod baru daratan bagi tahun 2014. Anak sotong bersaiz satu hingga tiga jari cukup banyak dijerat... rata-rata sotong kecil yang dilepaskan semula oleh kami mencecah sekitar 30 ekor. 

Rekod tangkapan daratan 2014
 
Malam tu memang malam bertuah kami kerana ada beberapa orang pencandat yang berjaya mendapat hanya dua tiga ekor sotong sahaja dan pulang lebih awal. Seolah-olah padang pancing pada malam itu kami yang punya.  Bapak dan ibu sotong berselang seli menyambar jig udang hingga drag ambe rosak. Hehe... kekili jenis murah le katakan...Ambe terpaksa menggunakan tangan bagi melancarkan pergerakan keluar tali apabila ditarik sotong besar.

Ibu-ibu..., bapak-bapak.. yang berjaya ditarik naik

Kami keluar dari lokasi lebih kurang pukul tiga pagi... sayang nak balik kerana sotong masih galak menyambut jig udang... apakan daya, esok nak kerja. Bersyukur kami atas rezeki yang diperolehi pada malam berkenaan. Bila ada free rasanya nak berkunjung semula... tunggu nak beli candat dulu. Harap rekod malam tu akan dipecahkan lagi dalam masa terdekat. hingga berjumpa lagi... selamat memancing dan mencandat-Abe Din
Read more >>

04 June 2014

Dakwat Makan Tuan

Salam sayang untuk semua pengunjung dan pencandat tegar. Pada post kali ini ambe ingin membincangkan satu tajuk yang agak asing dan mungkin juga pelik bagi sesetengah orang iaitu "Dakwat Makan Tuan". Teknik ini ambe pelajari secara tidak sengaja daripada otai sotong suatu ketika dahulu sebenarnya 4, 5 tahun lepas.

Dakwat yang dilepaskan oleh sotong mabang 

Masa ambe mula belajar mencandat... ketika tu sedang mencandat di sebelah orang lama atau otai yang banyak mengajar ambe tentang pancingan sotong. Tengah syok mencandat, pancing ambe terkena seekor bapak sotong... menjerit drag. Otai kat sebelah tu sibuk dok mengajar ambe itu dan ini agar sotong tidak terlepas dan berjaya dinaikkan ke pantai. 

Dakwat yang tidak habis dilepaskan di dalam air

Berkat panduan yang diberikan... dipendekkan cerita berjaya juga gaint sotong ditarik ke pantai. Selepas jig udang dilepaskan dari tantakel sotong... sotong disimpan di dalam plastik yang dibawa. Semasa hendak membaling semula jig udang, ambe ternampak jig yang kotor.. hitam habis terkena dakwat sotong. Secara spontan ambe bergerak ke gigi pantai dan terus basuh dakwat dengan bersungguh-sungguh. Pada fikiran ambe... kalau jig kotor, sotong tak nampak warna jig berkenaan.

Sisa-sisa dakwat pada sotong 

Huuu... terus kena marah. Otai kata jangan basuh. Dia sengaja picit dakwat sotong agar terkena ke candat kalau jig terlalu bersih. Ambe yang masih binggung terus bertanya dan bertanya. Menurut otai, jig yang masih terdapat sisa dakwat padanya adalah ciri mangsa yang terlepas. Sotong akan lebih geram pada jig-jig sebegini. Betul ke???

Peluk candat... sah candat kena dakwat


Dakwat yang kering sukar juga dihilangkan

Hingga kini... ambe masih mempraktikkan teknik ini. Kadang-kadang atau paling tepat selalu menjadi. Ilmu ini ambe turunkan pula kepada korang semua. Semoga sedikit sebanyak teknik ini mampu menambah jumlah tangkapan korang. Sebelum korang pergi test teknik ni... suka ambe ingatkan bahawa teknik ini merupakan pemerhatian semulajadi dari pengalaman otai-otai terdahulu. Teknik ini tidak dibuktikan secara saintifik dan hanya sekadar bukti dari kaedah cuba jaya. Jika teknik ini tidak menjadi... jangan frust. Tidak salah kalau mencuba benda baru. Hingga berjumpa jagi. Selamat mencandat-Abe Din
Read more >>

Menjerat Katak

Salam pertemuan kepada semua pengunjung dan pencandat tegar. Pada siri kali ini, ambe ingin berkongsi beberapa tips untuk menjerat sotong katak. Seperti yang ambe pernah katakan sebelum ini... sotong katak bukanlah sotong buruan utama kaki candat. 

Selalunya katak ditangkap secara tidak sengaja ketika pencandat memburu sotong mabang dan amat sukar ditangkap oleh pencandat-pencandat sotong torak. Ini disebabkan pencandat torak kerap mengunjun jig pada paras pertengahan air. Sotong katak selalunya ditangkap dalam jumlah yang banyak oleh nelayan-nelayan menggunakan bubu. Saiz tangkapan selalunya saiz yang hampir sebaya.


Gambar salah satu spesies sotong katak

Sebelum kita belajar tentang teknik menjerat sotong katak... terlebih dahulu kita perlu tahu tabiat sotong ini. Pengetahuan tentang tabiat katak akan memudahkan proses kita menjeratnya. Sotong katak merupakan sotong yang mencari makan di bahagian dasar. Jarang sekali sotong ini naik ke permukaan atas air kecuali di kawasan cetek. Sotong katak boleh dikategorikan dalam kumpulan sotong yang pemalu. Pergerakannya untuk melarikan diri juga agak lambat berbanding sotong-sotong lain. 

Sotong katak menangkap makanannya secara memeluk dan menekup. Ini kerana sotong katak tidak mempunyai dua tantakel seperti sotong lain yang memburu secara menyumpit dan memegang dengan laju. Disebabkan semua tantakelnya hampir sama panjang... setiap tantakel berpotensi untuk terkena mata candat. Selalunya candat udang akan dipeluk kemas di dalam semua tantakelnya.


Telur sotong katak yang hampir matang


Kat atas tu adalah gamabar telur sotong katak. Dulu ambe dah post gambar telur katak ni semasa ambe membincangkan isu belangkas. Cari gambar telur katak tak jumpa... terpaksa le amik kat google. Katak biasa bertelur di celah karang dan kerap juga dijumpai pada tali-tali bubu dan unjam laut. Telurnya berangkai-rangkai dan telur yang matang berwarna lebih gelap. Sebiji telur akan menetaskan seekor anak sotong katak.

Kat bawah tu pula... gambar tulang sotong katak. Ambe kerap post gambar tulang ni sebab ambe selalu cari untuk bagi makan burung kesayangan ambe.


Tulang sotong katak

Teknik Pancingan Sotong Katak

1- Warna candat yang digunakan tidak kisah.
Ambe pernah dapat sotong katak menggunakan warna jig hijau dan merah. Saiz di kawasan pantai 2.0 dan 2.5
2-Tarik candat secara perlahan atau kenjutan lembut
Jangan tarik terlalu laju. Badan sotong katak lebih berat menyebabkan ia gagal mengejar candat yang ditarik laju. Kalau boleh... tarik candat secara mengheret dan berhenti-henti.

3-Lokasi memainkan candat-hampir dengan dasar.
Agak sukar menjerat katak jika candat dimainkan di tengah atau permukaan air kecuali di kawasan cetek. Peratus tarikan di kawasan dasar adalah paling tinggi. Adakalanya tarikan berlaku ketika candat hampir hendak dinaikkan ke atas.


Melayan Sotong Katak
Sotong katak yang terkena candat sukar terlepas jika saiz candat sesuai dan mata candat tajam. Keadaan ini berlaku kerana lengan yang terkena candat lebih besar dan tusukan mata candat akan lebih kukuh. Jangan tarik terlalu kuat. Sotong katak tidak kuat melawan kecuali sotong bersaiz besar. Ketika ditarik, rasanya sangat berat seperti menarik plastik berisi air. Selalunya sotong katak mengikut sahaja tarikan pencandat dan membalas dengan tarikan lembut. Sotong katak selalunya akan lebih kuat ketika di tarik menghampiri permukaan air. Perlu juga diketahui, sotong katak mempunyai dakwat yang cukup banyak dan lebih hitam. Ada juga pencandat yang melengah-lengah untuk mendaratkan sotong katak sehingga dakwatnya habis dilepaskan di dalam air.

Perlu ambe ingatkan juga, sotong katak bukan sotong yang sedap di makan. Dagingnya lebih keras dan liat. Jika tidak kena cara masakannya memang tak best langsung. Jika anda bukan peminat sotong katak... ambe syorkan sotong yang berjaya dicandat dilepaskan semula ke habitatnya agar ia dapat memberikan pertarungan di lain kali.

Semoga apa yang ambe tulis dapat menjadi panduan kepada semua. Maaf jika ada maklumat yang terlepas pandang dan tidak tertulis di sini. Jika ada maklumat terkini... akan ambe  diupdatekan. Hingga berjumpa lagi, selamat mencandat-Abe Din
Read more >>

Mabang VS Katak

As salam untuk semua pengunjung. Pada post kali ini.. ambe ingin berkongsi dengan korang semua sedikit maklumat berkaitan dengan sotong katak dan sotong mabang. Mungkin korang pernah makan dua spesies sotong ini... paling tidak pun mungkin orang pernah tengok dijual di pasar-pasar ikan. Untuk pengetahuan korang di antara dua spesies sotong ini, sotong mabang paling sedap dimakan.

Ambe akan berikan beberapa perbezaan fizikal agar lepas ni korang dapat bezakan kedua-dua spesies ini. Mungkin gambar kat bawah tu boleh korang jadikan panduan. Kalau korang pergi pasar nanti taklah jakun sangat sampai sotong katak pun dok kenal. Semoga apa yang ambe share kat sini dapat menambah info baru kepada korang semua. Selamat membaca...

Sotong katak dan sotong mabang

Sotong Mabang @ Mengabang
Sotong mabang merupakan sotong buruan ramai kaki candat. Ranking buruan sotong mabang terletak paling atas selepas sotong torak. Sotong mabang mempunyai badan bercorak cantik ketika masih hidup dan berwarna putih setelah ia mati. Badan sotong betina lebih gemuk dan pendek berbanding sotong jantan. Badan sotong mabang lebih pejal berbanding sotong katak. Mabang mudah dikenali melalui jenis tulangnya... mabang mempunyai tulang yang diperbuat daripada sejenis bahan seperti plastik. Tulang mabang sama seperti tulang sotong ketupat, cumi-cumi, jarum atau torak. Mabang juga dikenali melalui dua tantakelnya yang lebih panjang berbanding tantakel yang lain.

Sotong Katak
Sotong katak bukanlah merupakan sotong buruan kaki candat. Selalunya sotong katak ditangkap secara tidak sengaja. Badan sotong katak mempunyai corak yang berombak-ombak berwarna coklat kehitaman. Selepas mati corak badannya lebih gelap kelihatan. Bahagian bawah perutnya putih dan tidak bercorak. Saiz betina lebih besar daripada jantan. Struktur daging sotong katak lembik dan kurang pejal.. tetapi apabila dimasak, struktur isinya lebih liat. Tulang sotong katak lebih besar dan terbina daripada kapur atau kalsium berwarna putih. Saiz tulang yang besar menunjukkan saiz sotong juga besar. Tulang sotong katak selalu dijumpai terdampar di pantai ketika air surut. Tantakel sotong katak hampir sama panjang dan tiada tantakel utama seperti sotong mabang.

Semoga korang mendapat gambaran yang lebih jelas tentang fizikal kedua-dua spesies sotong ini. Jumpa lagi-Abe Din
Read more >>

Trip 9/2014-Daratan

As salam kepada semua pengunjung. Trip terbaru kali ini diadakan pada waktu malam di pantai Kemasik. Masa mencandat... air pasang kecil. Keadaan ombak sederhana. Kali ini merupakan malam yang agak bertuah kerana hasil tangkapan 9 ekor sotong mabang termasuk seekor sotong katak. 

Hasil tangkapan-10 ekor

Sotong katak adalah antara spesies yang sukar untuk dijerat di luar musimnya. Sotong katak terkenal sebagai spesies yang pemalu, lambat dan selalu bermain di bahagian dasar laut. Saiz sotong boleh tahan juga.. paling kecil saiz lengan budak kecil.

Mabang 4 bersaudara dan seekor katak

Kemuncak air pasang pada pukul 12.50 pagi... memang letih nak berjaga. Tengah sotong galak tarik umpan... datang pula dua orang Mamat dengan lampu di atas kepala sambil menyuluh-nyuluh di dalam air. Abih sotong lari... sunyi sepi. Langsung tiada tarikan. Selepas berpindah lokasi... baru dapat dua tiga ekor sotong lagi sebagai pelengkap koleksi.

Warna katak yang agak gelap

Cadang trip berikutnya nak pergi Kijal... tapi saing-saing belum bagi respon lagi. Tengah bercuti lagi le tu.... Jumpa lagi pada trip akan datang-Abe Din.

Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing