"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

03 June 2014

Trip Mencandat

As Salam untuk semua pengunjung sotonglaut. Semalam ambe berkunjung ke Kuala Terengganu di atas urusan kerja... di tengah perjalanan singgah kejap kat Marang nak cari keropok lekor untuk dibawa balik sebagai buah tangan. Lepas parking kereta seberang jalan terus nampak iklan kat bawah tu. Pakej Pesta Candat Sotong. Jika korang berminat... korang contact le nombor kat banner tu. Hehe... ambe dok kenal pun penganjur trip ni. Takde amik komisen pun... cuma ambe tolong promosi secara percuma. Niat ambe hanya satu untuk memperkenalkan eging sotong ini secara lebih meluas di seluruh Malaysia. Kalau ade trip macam ni... ambe meme sokong abih.

Apa lagi... ini le peluang untuk korang kenal apa itu mencandat sotong. Jangan lupa rebut peluang dan rakamkan memori indah korang semasa mencandat nanti. Kalau minat ... tunggu apa lagi telefon terus. Tanya diorang, jangan tanya ambe... ambe bukan penganjur. Selamat mencandat-Abe Din


Read more >>

01 June 2014

Trip 8/2014-Daratan

Salam kunjungan untuk semua. Pagi Ahad, selepas sembahyang subuh, ambe dah tarik selimut nak tidur semula tapi hati memberontak suruh bangun mencandat. Hati rasa tak begitu tenteram... bangun, ambil pancing dan alatan ala kadar terus ke lokasi mencandat di Pantai Kemasik. Ambe pergi seorang diri... sampai lokasi lebih kurang pukul 6.30 pagi. Tiada manusia yang kelihatan... bayang pun takde. Rasa macam seram jer...

Tangkapan sulung... balingan kali ke-2

 Semua hasil tangkapan menjelang hari cerah

Turun daripada kereta... nampak air masih surut. Timbul sedikit rasa kesal sebab selalunya ketika air surut, sotong tidak begitu galak. Alang-alang dah sampai, keluar juga dari kereta dengan sedikit rasa malas. Jalan kaki ke lokasi mencandat, lebih kurang 5 minit. Sampai terus baling candat.... tiada sambutan. Balingan kedua, baru ditarik sotong secara mengejut. Menjerit drag ambe... terkejut. Masa tu baru semangat mula datang. Takut... ntah hilang ke mana. 

Balingan ketiga disambar rakus seekor lagi haiwan lembut  yang serupa. Selepas beberapa kali balingan sotong ketiga berjaya dinaikkan. Ketika sotong ketiga berjaya di tawan, matahari mula keluar dan kawasan sekitar sedikit cerah. Balingan seterusnya tiada sambutan. Hati mula rasa nak balik... perut dah lapar. Balingan penghujung masa disambut seekor lagi sotong dalam jarak dekat tetapi terlepas. Balingan berikutnya gagal memujuk sotong tadi menarik semula jig udang... sakit kot. kihkh..


 Kawasan berbatu Kemasik


Kawasan mencandat yang cukup indah

Last sekali... kena balik. Nak makan lapar. Pagi tu... berjaya dapat 3 ekor jer... saiz kira sedap untuk dibuat hidangan. Cadang nak buat sambal nasi lemak. Best jugak... Jumpa lagi-Abe Din.
Read more >>

Trip 7/2014-Pulau

Salam kunjungan untuk semua pencandat dan pelawat. Trip terbaru yang ambe sertai ialah trip ke Pulau Ular yang merupakan trip ke-7 bagi tahun 2104. Tangkapan kali ini merupakan rekod terbaik 2014, dengan hasil yang berjaya didaratkan berjumlah 38 ekor sotong mabang. Walaupun begitu jumlah tangkapan ini masih belum mampu mengatasi tangkapan 2013. Mungkin belum rezeki lagi.

Tangkapan terbanyak setakat ini

Trip kali ini boleh dikatakan berjaya kerana sotong bersaiz lengan cukup rakus menyambar jig udang. Masa pertarungan sengit berlaku ketika penghujung petang dan awal pagi. Ketika sotong tengah galak, pancing ambe pula buat hal. Tali lama pada kekili telah bersimpul dan menyebabkan tali kusut. Ambe terpaksa potong tali yang bersimpul dan baki tali di gelendong hanya lebih kurang 30 meter lebih sahaja. Selepas tali dipotong... sotong pula kurang makan. Ambe hanya mampu menjerat 2 ekor sotong bersaiz lengan budak. Rakan yang lain lebih beruntung kerana telah berjaya mendaratkan sotong yang lebih besar ketika pancing ambe dilanda musibah. Nasib le...

Kembung segar yang dipukat oleh nelayan tempatan

"Memerang laut" dengan hasil tangkapan yang lumayan 

Trip kali ini turut disertai dua orang pemancing cilik yang datang bersama ayah masing-masing. Salah seorang daripadanya nampak cukup berbakat berbanding ayah sendiri. Melentur buluh biar dari rebung lagi. Walaupun sotong yang diperolehinya bersaiz tidak besar tetapi jumlah tangkapan boleh tahan juga. Ada bakat menjadi otai sotong pada masa depan.

Budak baju kuning tu le yang tewaskan ayah sendiri

Mungkin ini merupakan trip penamat sebelum bulan Ramadhan menjelang. Kalau sempat rasa macam nak buat satu lagi trip. Tengok lah kalau ada kelapangan, tidak mustahil. Jumpa lagi-Abe Din.
Read more >>

31 May 2014

Mari Ubah

Salam kunjungan untuk semua pengunjung. Pada post kali ni ambe nak sharelah dengan korang satu lagi cara baru untuk modified candat korang agar lebih interaktif. Sebenarnya ambe dapat idea ni ketika ambe sedang membeli-belah di sebuah pasaraya dekat rumah ambe. Ambe terjumpa di bahagian alat tulis menjual set pen marker yang bersinar ketika  keadaan gelap. Ambe beli satu set... ingat nak test dulu dan ambe nak tahu juga setakat mana idea ambe ni boleh diaplikasikan untuk dikongsi bersama pencandat.

Masih di peringkat percubaan

Mengikut tulisan yang terdapat pada bungkusan pen berkenaan... pen yang seakan-akan magic pen ini akan menyala dan bersinar tulisannya apabila diletak di dalam kawasan gelap. Warna yang disertakan dalam pek berkenaan ialah hijau, biru, pink dan kuning.

Macam pertandingan melukis jer..

Ambe bawak set berkenaan ke lokasi mencandat untuk dicuba oleh rakan-rakan hardcore sotong. Ketika di pulau baru-baru ini... kami semua pakat dok menconteng candat dengan pen yang ambe beli. Ketika tengah malam... air laut dah mula surut.. tidak banyak aktiviti yang boleh diadakan selain bersembang dan makan-makan. Inilah masanya bertandingan menconteng diadakan. ambe ingatkan pada gang-gang ambe bahawa sotong tidak melihat cantiknya contengan corak yang kita hasilkan... dia mana faham seni. Sotong hanya berminat kepada kilauan candat di waktu malam jer. 

Aktiviti larut malam-Mencorak jig udang

Walaupun begitu... ia masih di dalam peringkat testing lagi. Keberkesanannya masih belum diuji lagi. Bagi korang yang nak cuba-cuba... boleh beli dulu set ni di pasaraya. dari pemerhatian ambe... hasil contengan pen ini memang akan berkilau di dalam gelap tetapi kilauannya agak malap dan tidak begitu jelas. untuk memperbaiki kelemahan ini... ambe cadangkan agar corak yang dibuat perlu ditindan atau dilapis beberapa kali agar sinarnya lebih jelas. Perlu juga diingat... agar korang tidak menconteng atau kurangkan menconteng di kawasan perut candat yang putih. Sebab apa?? ambe pun tak tahu kerana ambe tak pernah conteng perut candat... hehe.

Selamat mencuba ambe ucapkan kepada korang semua. Testlah sendiri keberkesanan teknik ini. Mana tau hasil tangkapan korang boleh meningkat sedikit dari sebelumnya. Sebelum berpisah... selamat mencandat dan jaga keselamatan. Hingga berjumpa lagi-Abe Din.

Read more >>

Misi Menyelamat

Salam kunjungan untuk semua pengunjung. Pada kali ini ambe nak berkongsi dengan korang semua mengenai satu spesies yang sedang dilanda kepupusan iaitu penyu. Baru-baru ini, ambe bersama kumpulan hardcore sotong sempat mencandat sotong. Payah juga nak bercerita... takut orang kata kita mengancam spesies penyu pula. Ntah macamana tertangkap seekor penyu... mengikut nelayan tempatan, ia dari spesies penyu lipas. Penyu ni sangat cantik, sihat dan segar bugar. Corak badan penyu ni memang sangat menarik.. yang peliknya, kenapa dalam ramai-ramai tu... dia suka kat ambe sorang je...

Tetamu tidak diundang

Nak dipendekkan cerita, seorang daripada kami memegang penyu tu... tengok kot ada cedera atau sakit. Lepas kami berpuas hati memang penyu tu cukup sihat maka kami tanpa berfikir panjang terus memberi salam perpisahan kepada penyu tu. Penyu itu dilepaskan ke habitatnya semula. Tengok keadaan penyu tu... macam tak sabar-sabar dah nak masuk dalam laut. Sebaik sahaja dilepaskan, tetamu berkenaan berenang dengan sangat cepat ke dasar laut. Dah le tak ucap terima kasih... kipas kakinya sempat memercikkan air laut ke muka ambe.

Kesian dia... nampak macam meminta simpati

Walaupun apapun, ambe seronok tengok penyu tu berenang dan 15 minit kemudian penyu yang sama timbul lagi lebih kurang 8 meter dari bot. mungkin nak ucap terima kasih dan selamat tinggal. Lepas tu... terus hilang dalam laut. Ambe nak nasihatkan kepada semua pencandat dan pemancing... selamatkan lah spesies ini sedaya anda. Jika tidak kita, siapa lagi...? Jaring-jaring yang dipasang di laut banyak meragut nyawa penyu ini. Jika kita tiada rasa tanggungjawab... mungkin suatu hari nanti penyu akan pupus di perairan kita.

Operasi menyelamat serta merta

Harap berjumpa lagi di ruangan maya ini di masa mendatang. Selamat mencandat dan memancing... jaga diri dan utamakan keselamatan ketika beraktiviti. Jumpa lagi-Abe Din
Read more >>

Sotong Teluk Bidara

Salam kunjungan untuk semua. Ambe dapat kiriman WhatsApp daripada Zulkifly untuk share tangkapan beliau di kawasan dungun. Lokasi tangkapan: Tanjung Jara, Dungun. Tengok pada saiz boleh tahan. Bagi rakan-rakan yang tinggal berhampiran Dungun, bolehlah meninjau-ninjau lokasi berkenaan kalau nak rasa tarikan bapak sotong mabang.

Sotong Betina... nampak macam ada telur


Mengikut Zul, masa terbaik memikat sotong mabang ialah ketika waktu pagi dan petang. Jika kena keadaan air laut... boleh dapat rezeki lebih sikit. Kalau dapat banyak tu... jangan lupa kongsi rezeki bersama rakan dan jiran sebelah rumah. Moga-moga rezeki korang akan bertambah pada masa akan datang. Sehingga berjumpa lagi-Abe Din.

Candat putih menjadi pilihan.
Read more >>

30 May 2014

Candat Sabah

Salam pertemuan untuk semua pengunjung sotonglaut. Baru-baru ini, rakan sotonglaut dari Kuantan telah terjumpa beberapa orang dari Sabah yang sedang mencandat di kawasan pelabuhan Kuantan. Ambe minta bantuan beliau untuk mendapatkan sebanyak mungkin info untuk dikongsi bersama dengan pencandat melalui blog sotonglaut. Beberapa minggu kemudian, beliau berjumpa lagi dengan kumpulan orang sabah itu yang menurutnya mengambil upah mencari landak laut di kawasan berkenaan.

Candat buatan sendiri

Daripada maklumat yang diperolehi orang Sabah ni... buat candat sendiri. Mereka gulung tangsi pakai botol mineral je. Badan candat diperbuat daripada kayu pokok. Macam buat gewang ikan jugak le. Badan gewang dicat menggunakan cat minyak. Mata candat menggunakan manik. Tali tangsi saiz 12 dicucuk dan digam di bawah candat bagi meniru fungsi kaki udang.

Mata kail candat menggunakan candat lama atau diubahsuai dari mata pancing. Hanya 3 mata sahaja digunakan. Timah pemberat diubahsuai menggunakan timah yang digunakan pada tayar kereka. Candat hanya candat biasa dan tidak menyala.

"Made In Sabah"

Sudah beberapa kali beliau jumpa orang Sabah menggunakan candat buatan sendiri ni... tentu killer juga. Kalau tidak kenapa mereka masih setia menggunakan candat berkenaan. Maaf banyak-banyak... gambar candat yang diambil tidak begitu jelas... jika ambe jumpa orang sabah ni... ambe akan update gambar yang lebih jelas. Bak kata pepatah, "hendak seribu daya"... kita yang menggunakan candat mahal dan menyala, masih tidak mampu menawan sotong tetapi orang yang menggunakan peralatan yang sangat ala kadar sangat gigih dan mampu menjerat sotong di laut.

Ambe berharap, orang Malaysia sendiri akan lebih kreatif mencipta dan mengubahsuai candat yang ada agar lebih afektif dan berkesan. Jangan lupa berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Kalau tidak, ilmu yang korang ada hanya berlegar dalam diri korang jer... dan takde manfaat untuk orang lain. Semoga berjumpa lagi-Abe Din
 
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing