Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut. Pada post kali ini ambe nak share dengan korang hasil yang ambe dapat pada satu lagi trip daratan. Trip kali ini masih berpusat di kawasan berbatu Kijal. Trip dijalankan pada waktu malam ketika air mula pasang.
Corak sotong mabang
Pada kali ini tidak banyak sotong yang berjaya di tawan. Hanya 7 ekor sotong mabang termasuk seekor sotong jantan bersaiz besar. Pada pengamatan ambe, malam berkenaan memang ada sotong bersaiz besar berlegar-legar di kawasan berkenaan berdasarkan keadaan air, cuaca dan beberapa ragutan kasar yang terlucut. Kalau tunggu lama memang sah bapak-bapak sotong tu akan jadi lauk. Malangnya kami terpaksa mengambil keputusan untuk pulang awal.
Sotong yang berjaya dicandat
Semuanya bertitik tolak dari beberapa orang pencandat yang tidak memahami etika ketika mencandat di tempat awam. Ambe ingin berkongsi dengan korang semua, mungkin peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran dan panduan ketika mencandat sotong. Ketika ambe dan seorang rakan sedang asyik mencandat, datang tiga pencandat termasuk seorang pencandat warga emas. Dari pemerhatian ambe, mereka mungkin orang baru. Mereka datang menyusur tepi batuan dengan menyalakan lampu di kepala dan tangan.
Seorang pencandat melewati kami ke hadapan. Seorang pencandat warga emas terus mengambil tempat di sebelah ambe manakala seorang lagi membaling candat melintang menghala ke laluan candat ambe. Memang geram sebab sotong sedang galak makan. Paling menyedihkan, pencandat kedua dan ketiga kerap bermain lampu suluh.. menyuluh ke dalam laut. Disebabkan tindakan mereka, sotong langsung tidak mahu menjamah jig udang. Ambe tidak menegur kerana ambe rasakan tidak sesuai memandangkan seorang daripadanya adalah warga emas. Kami mengambil keputusan untuk menamatkan aktiviti kami lebih awal.
Dalam penulisan ambe sebelum ini... selalu ambe nyatakan bahawa sotong mabang adalah spesies yang penakut dan tidak mengemari cahaya tidak statik. Oleh sebab itu penggunaan lampu yang kerap oleh pencandat akan menyebabkan sotong lari jauh ke laut dan peluang untuk mendapatkan sotong berkenaan adalah tipis.
Banyak ini sahaja yang diperolehi
Jika kita memancing berseorangan atau bersama kumpulan yang sama perangai macam kita... tidak kisah lah kalau kita kerap bermain dengan lampu suluh. Apabila mencandat bersama dengan orang lain yang kita tidak kenali, hormatilah hak mereka. Mereka juga nak cari rezeki. Selalulah mengamalkan etika eging sotong yang baik ketika mencandat di kawasan awam. Tidak salah kita menghormati hak orang lain dan dalam masa yang sama kita juga akan memperolehi manfaatnya. Jika kita mampu, sama-samalah kita menasihati rakan-rakan yang sebegini. Semoga eging sotong terus berkembang maju dan dijalankan secara beretika. Hingga berjumpa lagi-Abe Din.
Read more >>
Salam kunjungan buat semua pelawat dan pengikut sotonglaut. Semalam... ambe dan beberapa pencandat tegar sotong mabang telah berkunjung ke satu lokasi yang agak popular juga untuk menduga kehadiran sotong. Kami masuk ke lokasi pada pukul 10 malam dan pulang pukul 1 pagi.
Sotong yang ditawan menjelang pagi
Ketika sampai air sudah hampir memenuh. Bulan mengambang cukup cantik. Balingan awal disambut oleh beberapa sotong mabang bersaiz kecil dan seekor sotong jarum. Apabila air mula menyurut... bapak-bapak dan ibu ibu sotong mula rakus menarik candat. Beberapa sotong mabang bersaiz besar terlepas... mungkin mata candat yang sudah tumpul. Beberapa kali candat ditukar baru bagi menawan speseis lembut yang mula mengganas di bawah air. Dapat juga sekor dua sotong saiz "boleh tahan" sebagai pengubat duka pada malam tadi.
Kalau selalu macam ni... kan best
Semakin air surut... semakin besar sotong yang datang. Seketika awan mula datang menandakan hujan akan turun... kami terus mencandat sehingga kilat pula datang memberi amaran dan kami membuat keputusan untuk pulang. Kalau ikutkan hati memang tak nak balik lagi sebab sotong sudah mula galak. Apakan daya, kerana bimbangkan keselamatan... kami keluar dari lokasi mencandat menghala ke kenderaan masing-masing.
Sampai di kereta... kami membersihkan sotong lebih kurang... susun dan snap dua tiga gambar. Ambe berjaya menawan 14 ekor manakala seorang lagi rakan mendapat 6 ekor. Semua tangkapan menjelang pagi berjumlah 19 ekor sotong mabang dan seekor sotong jarum. Selepas hasil tangkapan di bahagi tiga... kami menuju ke kedai biasa untuk menghilangkan dahaga sebelum pulang ke rumah. Esok mungkin datang lagi kalau cuaca mengizinkan... hehe. Hingga berjumpa lagi. Abe Din.
Read more >>
Selamat datang kepada semu pengunjung blog sotonglaut. Semoga korang semua sentiasa dirahmati oleh Yang Maha Esa. Baru-baru ini ambe bersama rakan-rakan sotonglaut sekali lagi berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Ular, Cherating. Trip dirancang cukup singkat... dengan meneliti ramalan air laut pasang dan surut, kami berjaya juga sampai ke sana. Kesemua peserta mengharapkan trip kali ini akan memberikan rezeki yang lebih lumayan berbanding trip sebelumnya.
Kawasan pulau yang mendamaikan
Dengan bantuan tekong Nuar, kami mula masuk ke kawasan pulau selepas asar. Air mula pasang... sebaik sampai, candat dibaling bagi mengesan kedudukan sotong mengabang. Dari petang sehingga pukul 9 malam... ambe berjaya membawa 6 ekor sotong mabang pulang ke kawasan khemah. Beberapa orang rakan lagi berjaya menjerat dua tiga ekor mabang untuk menambah koleksi kami sebelum air laut surut.
Kawasan khemah di pulau
Tidak banyak aktiviti pada waktu malam. Kami banyak menghabiskan masa berehat dan tidur sambil menyimpan tenaga untuk menjelajah pulau esok hari. Selepas subuh, air laut sudah pasang hampir 70%. Kami mula membaling candat seawal pagi sehingga pukul 10.30 pagi. Beberapa ekor mabang lagi berjaya dijerat. Pada trip kali ini, ambe berjaya mencandat 12 ekor mabang. Dicampur dengan tangkapan empat orang lagi rakan... kami memperolehi 26 ekor sotong mabang kesemuanya. Tangkapan berkenaan adalah rekod terbaik setakat ini di tahun 2014. Rekod tangkapan paling tinggi pada tahun lepas ialah sebanyak 55 ekor.
Antara tangkapan yang diperolehi
Kamal dengan hasil tangkapan peribadi
Semoga trip berikutnya... hasil tangkapan akan meningkat lagi. Kami semua pulang ke tanah besar lebih kurang pukul 11 pagi. Ketika post ini ditulis... ambe tengah berkira-kira untuk melakukan satu lagi trip. Masa dan ketika akan menentukan... hehe.... sehingga berjumpa lagi. Abe Din.
Read more >>
Selamat datang kepada semua pelawat. Terima kasih kerana sudi melawat blog buruk ambe. Mungkin korang pernah menaiki bot untuk memancing ke tengah laut. Banyak cabaran yang korang tempuhi sepanjang perjalanan ke lokasi. Ada diantara pengalaman membuatkan sesetengah orang menjadi serik untuk ke laut.
Tidak sabar ke lokasi pancingan
Bagi mereka yang memang dah biasa.. pengalaman yang ditempuhi tidak langsung memberikan kesan. Bagi mereka yang pertama kali berjinak-jinak memancing di laut... rasa juga berdebar-debar ketika mula menaiki bot untuk ke lokasi.
Kawasan sungai yang masih tenang
Adakah korang pernah menaiki bot untuk ke laut? Mungkin korang tak tahu... saat yang paling mendebarkan ketika keluar ke laut adalah ketika bot cuba melepasi kawasan kuala. Biasanya kawasan berkenaan arusnya sangat kuat dan bergelora. Jika tekong bot tidak mahir mengendalikan bot... bot boleh terbalik. Tekong bot perlu pandai memotong gelombang yang datang dari arah laut.
Kawasan kuala yang memisahkan sungai dan laut
Gelombang sangat hebat, apalagi jika air laut sedang pasang dan sedang menyurut ditambah pula angin bertiup kencang. Tanpa kemahiran yang tinggi dari tekong bot... kecelakaan boleh berlaku. Dari pemerhatian ambe... ramai penumpang bot bersaiz kecil agak gugup ketika bot hendak melepasi kawasan kuala. Suara-suara riang pada mulanya semasa bot hendak berlepas... menjadi sunyi ketika di kuala. Semua senyap dan memegang erat badan bot. Mana tidaknya... pada waktu ini bot bergoyang begitu hebat di pukul ombak.
Melepasi kuala-Air laut semakin tenang
Mendekati lokasi lindungan angin
Tak sabar nak melabuhkan umpan
Tetapi sebaik sahaja bot menjauhi kuala... air laut biasanya lebih tenang sedikit... debaran pemancing semakin menghilang dan semuanya tidak sabar untuk melabuhkan umpan di lokasi pertama. Begitulah pemancing... debaran akan dilalui sekali lagi ketika bot hendak memasuki kuala. Walaupun kadang-kadang serik... tetapi bila diingatkan keseronokkan memancing di laut, semuanya cepat dilupakan dan selepas balik... trip baru mula dirancang. Bagi ambe... biar apapun perancangan anda, utamakan keselamatan diri. Sentiasalah memakai jaket keselamatan ketika berada di laut. Malang tidak berbau. semoga kita berjumpa lagi. Abe Din.
Read more >>
Selamat datang kepada semua pengunjung. Post kali ini ambe nak berkongsi sedikit cara-cara memasak sotong celup tepung ala orang kampung. Resipi ni simple je... semua ramuan adalah rekaan sendiri... hehe.. rasa dia boleh tahan juga.
Sotong Celup Tepung Orang Malas...
Untuk membuat resipi ini, pertama sekali korang kena pergi beli sotong spesies sotong mabang. Sekarang ni harga sotong mabang dah makin mahal. Lebih kurang RM20 sekilo. Kalau korang terer mencandat lagi bagus... jimat belanja. Bila dah ada sotong, korang kena bersihkan. Buang kulit, keluarkan mata, potong ikut kesukaan korang dan bersihkan dengan air. Jangan buang tulang plastik sotong kerana ia akan mengurangkan sotong membengkok setelah sotong digoreng.
Sotong yang sudah dipotong dan dibersihkan
Untuk menyediakan tepung menggoreng, korang sediakan tepung gandum, sedikit kapur makan, garam, serbuk lada hitam dan sedikit serbuk cili jika korang suka pedas. Campur semua bahan ke dalam bekas yang bersih dan tambahkan air. Gaul bahan campuran. Biar campuran sedikit pekat.
Bahan ramuan utama resipi
Gaul sotong dalam bekas yang mengandungi adunan tepung tadi. Panaskan minyak dan korang boleh mula menggoreng sehingga sotong menjadi sedikit kekuningan. Pastikan api tidak terlalu besar kerana ia akan menyebabkan sotong menjadi hangit dan tidak menarik.
Proses menggoreng- kuat meletup boh!
Angkat sotong yang sudah masak dan boleh dimakan bersama nasi atau dicicah dengan sos pilihan korang. Untuk lebih sedap... makan semasa panas. Masakan yang telah sejuk mampu menurunkan tahap kelazatan sotong berkenaan. Korang boleh cuba... resipi yang dicipta secara mengejut ni. Kalau korang nak lebih sedap... cuba modified, tambah apa yang patut. Mana tau masakan korang akan lebih sedap dan lazat serta disukai ramai. Selamat mencuba. Jumpa lagi-Abe Din
Read more >>
Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut.blogspot. Semoga korang semua sentiasa gembira dan success di dalam apa jua bidang yang sedang korang ceburi.
Sotong yang diperolehi di kawasan kuari
Pada post kali ini... ambe ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan pembaca dan pelawat blog ambe untuk bersama-sama ambe dalam trip eging sotong sama ada di daratan, laut atau pulau. Ambe sangat berbesar hati jika ada yang ingin mempelajari teknik eging atau mencandat sotong mabang. Ambe dan rakan-rakan sotonglaut sedia berkongsi serba-sedikit ilmu agar anda boleh mengembangkan pengetahuan di tempat anda. Ambe juga mengalu-alukan pencandat-pencandat mahir untuk ikut serta... sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi dan bertukar-tukar maklumat tentang teknik mencandat sotong. Kepada sesiapa yang berminat jangan segan-segan untuk menghubungi Abe Din melalui e-mail bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang trip yang bakal dijalankan.
Sotong yang menyambar Yamashita hijau
Baru-baru ini, ambe sempat mengatur trip eging sotong mengabang di sebuah kawasan kuari di Kemaman. Beberapa hari sebelum ini, hujan turun sebelah malam dan air laut sedikit sejuk. Dalam hati sudah meneka tentu sotong akan menjadi pasif dalam keadaan seperti ini. Nampaknya apa yang diramalkan betul-betul terjadi. Mabang kurang galak menyambar jig udang. Majoriti sambaran berlaku pada aras kedalaman yang paling maksimum. Maksudnya jig udang perlu ditarik betul-betul berdekatan dasar laut... barulah sambaran berlaku. Saiz sotong juga tidak begitu besar.
Jika pencandat gagal mengaplikasikan teknik ini... peluang untuk mendapatkan sotong sangat tipis. Ada beberapa orang pencandat yang ditemui di lokasi pulang awal kerana tidak berjaya menjerat sotong. Kelemahan kaedah ini ialah risiko jig tersangkut. Oleh sebab itu, kemahiran dan pengalaman sangat diperlukan bagi mengelak jig udang tersangkut pada karang. Pemilihan jig juga perlu diberi keutamaan ketika mengaplikasi kaedah selaman dalam seperti ini. Jig perlu dari jenis yang ringan dan ekor yang mendongak ke atas (rujuk post terdahulu).
Cukup untuk dibuat juadah.. jimat belanja...kihkih
Pada malam berkenaan ambe berjaya mendaratkan 10 ekor sotong mengabang pelbagai saiz. Cukup untuk dijadikan juadah makan tengahari dan malam. Disebabkan esok adalah hari kerja, trip terpaksa ditamatkan lebih awal iaitu sekitar pukul 1.30 pagi. Kami masuk ke lokasi pada pukul 10.30 malam dan mencandat lebih kurang 3 jam sahaja. Ketika kami meninggalkan lokasi sotong masih menyambar umpan. Jika esok tidak berkerja tentu masa mencandat menjadi lebih panjang dan hasil tangkapannya juga akan bertambah.
Trip berikutnya akan menyusul. Sehingga berjumpa lagi. Abe Din.
Read more >>
Salam kunjungan kepada semua pelawat yang sudi menjengah ke sini... blog sotonglaut.blogspot.com. Sebenarnya ambe baru balik dari satu trip eging sotong di Pahang. Badan masih letih lagi... gagahkan diri juga untuk buka laptope sambil mencoret serba sikit di dalam laman sotong ni.
Trip mencandat ini merupakan trip kedua bertujuan menduga kehadiran sotong mabang di pulau. Trip kali ini disertai dua pencandat baru... sebenarnya orang lama juga dalam bidang mencandat ni.... Mohd Zulkifly bersama adiknya yang ingin mencuba eging sotong di kawasan pulau. Keseluruhan peserta trip kali ini 5 orang. Kami mula masuk ke lokasi lebih kurang 7.30 malam. Air sudah pasang. Sebaik sahaja sampai ke pulau, barang-barang diangkut dan kami terus melakukan aktiviti mencandat dan memancing. Memandangkan air pasang hanya beberapa jam sahaja.... kami hanya akan menyusun dan memasang khemah selepas air surut.
Sotong yang dicandat oleh Zulkifly. WA dari Kuantan
Antara hasil pancingan di Pulau
Hanya dua ekor sahaja berjaya ambe tawan
Hasil malam tidak begitu memberangsangkan. Hanya Zul mendapat seekor sotong dan Amir berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan termasuk siakap merah saiz tapak tangan. Tengah malam hingga pagi hujun turun beberapa kali disertai angin. Masa banyak dihabiskan di dalam khemah sahaja. Aktiviti mencandat disambung semula pada pukul 7 pagi ketika air mula pasang. Lebih kurang pukul 9.30 bagi tiga dari ahli bertolak dengan bot untuk memancing ikan sekitar pulau bersama tekong Nuar.
Amir dengan hasil tangkapan Pulau
Operasi mengangkat bubu
Bubu yang kosong.
Tiada ikan yang boleh dijadikan lauk
Beberapa jam memancing hanya seekor pari, selar, kunyit dan sesirat sahaja berjaya didaratkan di atas bot. Mungkin ikan dah berpakat dengan sotong pulau untuk boikot candat jig dan umpan. Sebelum balik... tekong ajak melihat bubu yang dipasang. Mungkin ada kerapu seekor dua yang boleh dibawa balik. Selepas dua bubu diangkat hanya beberapa ekor ikan karang sahaja yang melompat-lompat di dalam bubu. Mungkin rezeki kami tidak banyak kali ini. Mungkin juga hujan semalam menyebabkan air laut menjadi tawar dan sotong serta ikan menjadi sedikit pasif. Kami bertolak keluar dari pulau lebih kurang pukul 12.30 tengahari sambil merancang untuk datang lagi pada waktu yang terdekat. Abe Din
Read more >>