"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

15 May 2014

Cerita Laut

Selamat datang kepada semua pelawat. Terima kasih kerana sudi melawat blog buruk ambe. Mungkin korang pernah menaiki bot untuk memancing ke tengah laut. Banyak cabaran yang korang tempuhi sepanjang perjalanan ke lokasi. Ada diantara pengalaman membuatkan sesetengah orang menjadi serik untuk ke laut.

Tidak sabar ke lokasi pancingan

Bagi mereka yang memang dah biasa.. pengalaman yang ditempuhi tidak langsung memberikan kesan. Bagi mereka yang pertama kali berjinak-jinak memancing di laut... rasa juga berdebar-debar ketika mula menaiki bot untuk ke lokasi.
Kawasan sungai yang masih tenang

Adakah korang pernah menaiki bot untuk ke laut? Mungkin korang tak tahu... saat yang paling mendebarkan ketika keluar ke laut adalah ketika bot cuba melepasi kawasan kuala. Biasanya kawasan berkenaan arusnya sangat kuat dan bergelora. Jika tekong bot tidak mahir mengendalikan bot... bot boleh terbalik. Tekong bot perlu pandai memotong gelombang yang datang dari arah laut.

Kawasan kuala yang memisahkan sungai dan laut

Gelombang sangat hebat, apalagi jika air laut sedang pasang dan sedang menyurut ditambah pula angin bertiup kencang. Tanpa kemahiran yang tinggi dari tekong bot... kecelakaan boleh berlaku. Dari pemerhatian ambe... ramai penumpang bot bersaiz kecil agak gugup ketika bot hendak melepasi kawasan kuala. Suara-suara riang pada mulanya semasa bot hendak berlepas... menjadi sunyi ketika di kuala. Semua senyap dan memegang erat badan bot. Mana tidaknya... pada waktu ini bot bergoyang begitu hebat di pukul ombak.

Melepasi kuala-Air laut semakin tenang

Mendekati lokasi lindungan angin
Tak sabar nak melabuhkan umpan
Tetapi sebaik sahaja bot menjauhi kuala... air laut biasanya lebih tenang sedikit... debaran pemancing semakin menghilang dan semuanya tidak sabar untuk melabuhkan umpan di lokasi pertama. Begitulah pemancing... debaran akan dilalui sekali lagi ketika bot hendak memasuki kuala. Walaupun kadang-kadang serik... tetapi bila diingatkan keseronokkan memancing di laut, semuanya cepat dilupakan dan selepas balik... trip baru mula dirancang. Bagi ambe... biar apapun perancangan anda, utamakan keselamatan diri. Sentiasalah memakai jaket keselamatan ketika berada di laut. Malang tidak berbau. semoga kita berjumpa lagi. Abe Din.
Read more >>

14 May 2014

Celup Tepung Lagi

Selamat datang kepada semua pengunjung. Post kali ini ambe nak berkongsi sedikit cara-cara memasak sotong celup tepung ala orang kampung. Resipi ni simple je... semua ramuan adalah rekaan sendiri... hehe.. rasa dia boleh tahan juga.

Sotong Celup Tepung Orang Malas...

Untuk membuat resipi ini, pertama sekali korang kena pergi beli sotong spesies sotong mabang. Sekarang ni harga sotong mabang dah makin mahal. Lebih kurang RM20 sekilo. Kalau korang terer mencandat lagi bagus... jimat belanja. Bila dah ada sotong, korang kena bersihkan. Buang kulit, keluarkan mata, potong ikut kesukaan korang dan bersihkan dengan air. Jangan buang tulang plastik sotong kerana ia akan mengurangkan sotong membengkok setelah sotong digoreng.

Sotong yang sudah dipotong dan dibersihkan

Untuk menyediakan tepung menggoreng, korang sediakan tepung gandum, sedikit kapur makan, garam, serbuk lada hitam dan sedikit serbuk cili jika korang suka pedas. Campur semua bahan ke dalam bekas yang bersih dan tambahkan air. Gaul bahan campuran. Biar campuran sedikit pekat.
 
Bahan ramuan utama resipi
 
Gaul sotong dalam bekas yang mengandungi adunan tepung tadi. Panaskan minyak dan korang boleh mula menggoreng sehingga sotong menjadi sedikit kekuningan. Pastikan api tidak terlalu besar kerana ia akan menyebabkan sotong menjadi hangit dan tidak menarik.
 
Proses menggoreng- kuat meletup boh!

Angkat sotong yang sudah masak dan boleh dimakan bersama nasi atau dicicah dengan sos pilihan korang. Untuk lebih sedap... makan semasa panas. Masakan yang telah sejuk mampu menurunkan tahap kelazatan sotong berkenaan. Korang boleh cuba... resipi yang dicipta secara mengejut ni. Kalau korang nak lebih sedap... cuba modified, tambah apa yang patut. Mana tau masakan korang akan lebih sedap dan lazat serta disukai ramai.  Selamat mencuba. Jumpa lagi-Abe Din 
Read more >>

09 May 2014

Trip 3/2014-Daratan

Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut.blogspot. Semoga korang semua sentiasa gembira dan success di dalam apa jua bidang yang sedang korang ceburi. 

Sotong yang diperolehi di kawasan kuari

Pada post kali ini... ambe ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan pembaca dan pelawat blog ambe untuk bersama-sama ambe dalam trip eging sotong sama ada di daratan, laut atau pulau. Ambe sangat berbesar hati jika ada yang ingin mempelajari teknik eging atau mencandat sotong mabang. Ambe dan rakan-rakan sotonglaut sedia berkongsi serba-sedikit ilmu agar anda boleh mengembangkan pengetahuan di tempat anda. Ambe juga mengalu-alukan pencandat-pencandat mahir untuk ikut serta... sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi dan bertukar-tukar maklumat tentang teknik mencandat sotong. Kepada sesiapa yang berminat jangan segan-segan untuk menghubungi Abe Din melalui e-mail bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang trip yang bakal dijalankan.

Sotong yang menyambar Yamashita hijau

Baru-baru ini, ambe sempat mengatur trip eging sotong mengabang di sebuah kawasan kuari di Kemaman. Beberapa hari sebelum ini, hujan turun sebelah malam dan air laut sedikit sejuk. Dalam hati sudah meneka tentu sotong akan menjadi pasif dalam keadaan seperti ini. Nampaknya apa yang diramalkan betul-betul terjadi. Mabang kurang galak menyambar jig udang. Majoriti sambaran berlaku pada aras kedalaman yang paling maksimum. Maksudnya jig udang perlu ditarik betul-betul berdekatan dasar laut... barulah sambaran berlaku. Saiz sotong juga tidak begitu besar.

Jika pencandat gagal mengaplikasikan teknik ini... peluang untuk mendapatkan sotong sangat tipis. Ada beberapa orang pencandat yang ditemui di lokasi pulang awal kerana tidak berjaya menjerat sotong. Kelemahan kaedah ini ialah risiko jig tersangkut. Oleh sebab itu, kemahiran dan pengalaman sangat diperlukan bagi mengelak jig udang tersangkut pada karang. Pemilihan jig juga perlu diberi keutamaan ketika mengaplikasi kaedah selaman dalam seperti ini. Jig perlu dari jenis yang ringan dan ekor yang mendongak ke atas (rujuk post terdahulu).

Cukup untuk dibuat juadah.. jimat belanja...kihkih

Pada malam berkenaan ambe berjaya mendaratkan 10 ekor sotong mengabang pelbagai saiz. Cukup untuk dijadikan juadah makan tengahari dan malam. Disebabkan esok adalah hari kerja, trip terpaksa ditamatkan lebih awal iaitu sekitar pukul 1.30 pagi. Kami masuk ke lokasi pada pukul 10.30 malam dan mencandat lebih kurang 3 jam sahaja. Ketika kami meninggalkan lokasi sotong masih menyambar umpan. Jika esok tidak berkerja tentu masa mencandat menjadi lebih panjang dan hasil tangkapannya juga akan bertambah. 

Trip berikutnya akan menyusul. Sehingga berjumpa lagi. Abe Din.
Read more >>

02 May 2014

Trip 2/2014-Pulau

Salam kunjungan kepada semua pelawat yang sudi menjengah ke sini... blog sotonglaut.blogspot.com. Sebenarnya ambe baru balik dari satu trip eging sotong di Pahang. Badan masih letih lagi... gagahkan diri juga untuk buka laptope sambil mencoret serba sikit di  dalam laman sotong ni.

Trip mencandat ini merupakan trip kedua bertujuan menduga kehadiran sotong mabang di pulau. Trip kali ini disertai dua pencandat baru... sebenarnya orang lama juga dalam bidang mencandat ni.... Mohd Zulkifly bersama adiknya yang ingin mencuba eging sotong di kawasan pulau. Keseluruhan peserta trip kali ini 5 orang. Kami mula masuk ke lokasi lebih kurang 7.30 malam. Air sudah pasang. Sebaik sahaja sampai ke pulau, barang-barang diangkut dan kami terus melakukan aktiviti mencandat dan memancing. Memandangkan air pasang hanya beberapa jam sahaja.... kami hanya akan menyusun dan memasang khemah selepas air surut.

 Sotong yang dicandat oleh Zulkifly. WA dari Kuantan

 Antara hasil pancingan di Pulau

Hanya dua ekor sahaja berjaya ambe tawan

Hasil malam tidak begitu memberangsangkan. Hanya Zul mendapat seekor sotong dan Amir berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan termasuk siakap merah saiz tapak tangan. Tengah malam hingga pagi hujun turun beberapa kali disertai angin. Masa banyak dihabiskan di dalam khemah sahaja. Aktiviti mencandat disambung semula pada pukul 7 pagi ketika air mula pasang. Lebih kurang pukul 9.30 bagi tiga dari ahli bertolak dengan bot untuk memancing ikan sekitar pulau bersama tekong Nuar.

 Amir dengan hasil tangkapan Pulau


 Operasi mengangkat bubu

Bubu yang kosong. 
Tiada ikan yang boleh dijadikan lauk

Beberapa jam memancing hanya seekor pari, selar, kunyit dan sesirat sahaja berjaya didaratkan di atas bot. Mungkin ikan dah berpakat dengan sotong pulau untuk boikot candat jig dan umpan. Sebelum balik... tekong ajak melihat bubu yang dipasang. Mungkin ada kerapu seekor dua yang boleh dibawa balik. Selepas dua bubu diangkat hanya beberapa ekor ikan karang sahaja yang melompat-lompat di dalam bubu. Mungkin rezeki kami tidak banyak kali ini. Mungkin juga hujan semalam menyebabkan air laut menjadi tawar dan sotong serta ikan menjadi sedikit pasif. Kami bertolak keluar dari pulau lebih kurang pukul 12.30 tengahari sambil merancang untuk datang lagi pada waktu yang terdekat. Abe Din
Read more >>

25 April 2014

Sambal Paling Sedap

Selamat datang kepada semua pengunjung. Pada post ambe kali ini, ambe ingin berkongsi dengan korang semua rahsia untuk membuat sambal sotong paling sedap di Malaysia. Semasa ambe balik dari trip baru-baru ni... ambe teringin sungguh nak makan sambal sotong. Kadang-kadang rasa boring juga makan sambal yang sama jer rasa dia. Kalau ambe buat sambal sure rasa dia lebih kurang jer... nak juga rasa sambal sotong yang sedap. Macamane yer...


 Sambal sotong paling sedap 2014

Haaa... ni yang ambe nak citer ni. Ambe nak bui resepi best ni kat korang sumer. Resipi sambal sotong yang paling best kat Malaysia. Korang mesti suka resipi ambe ni. Kalau nak tau... korang kena baca post ambe ni sampai abis. Jeng jeng.. ok puan-puan sume boleh sediakan pen dan kertas. Fuhh macam rancangan masak dalam TV je.

Bahan yang perlu korang sediakan senang je. Mula sekali sotong mengabang atau sotong spesies apa pun buleh. Siang sotong, potong ikut suke korang nak potong macamane. Nak letak sekor pun takpe. Jangan lupa buang kulit dia... dan mata sekali supaya sambal kita tidak berubah rasa. Kita nak rasa yang original, 100% kampung style.., Malaysia style.. hehe.

Sotong sedang digoreng di dalam kuali buruk aku.

Pahtu, korang potong dan mayang bawang merah dan bawang putih. Sediakan garam, sedikit minyak untuk menggoreng dan cili padi jika korang suka lebih pedas. First sekali korang panaskan minyak. Bila dah cukup panas... goreng sotong dahulu. Selepas sotong dah separuh masak dan sedikit lembut, masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sekali lagi sampai bawang layu sedikit.

 Bahan utama yang paling penting: Sambal rahsia


Sotong + Sambal ???
 
Selepas bahan yang ditumis nampak macam ok jer... letak sambal X. Kacau sehingga pecah minyak. Kalau kurang masin, tambah garam. Kurang Pedas, tambah cili padi. Dah masak... angkat letak dalam pinggan paling cun yang korang ada. Bagi orang yang paling hampir dengan korang rasa dulu. Tanya dia best tak ?... mesti ok punyer.

Sebenarnya aku dapat idea ni ketika balik dari Pulau Ular. Sambal ??? dan Sambal X yang aku maksudkan ialah sambal nasi lemak. Tu le rahsia dia... hehe. Masa korang beli nasik lemak bungkus.... tentu korang beli nasik lemak yang korang suka. Kekuatan nasi lemak terletak pada rasa lemak nasinya, kesedapan sambalnya atau awek penjualnya yang cun melecun. Cari kedai yang sambal nasi lemaknya paling kaw kat tempat korang. Beli nasi lemak berkenaan beberapa bungkus... sambal asing. Kalau kat Terengganu dia sebut "sambal suku". Korang mintak le sambal tu lebih sikit. 

Bila korang padankan sambal kegemaran korang dengan sotong.... fuhhh kombinasinya di luar jangkaan. Jika korang kreatif.... korang juga boleh cuba dengan udang... mesti power giler. Jangan bagitau kat orang rahsia ni... shhhh. Resipi ni untuk pengunjung blog ambe jer... kihkih. Kejayaan resipi ini terletak kepada keupayaan korang untuk membeli sambal nasi lemak yang paling best dan berkualiti. Diingatkan supaya korang tidak membocorkan rahsia ini kepada mana-mana penjual nasi lemak.... bimbang nanti diaorang tak nak jual lagi sambal kat korang.  

Resipi ni sangat sesuai untuk orang yang sibuk dan pemalas macam ambe ni. Nak makan ringkas, sedap tapi malas. Kalau korang ada ciri-ciri macam ambe ni... haaa korang boleh test resipi ni. Sambal sotong paling sedang di Malaysia. Hingga jumpa lagi... bye. Abe Din.
Read more >>

Masih Seperti Dulu

Salam kepada semua pelawat. Baru-baru ini, ambe telah mengikuti trip sulung mencandat sotong mabang di kawasan pulau. Rindu juga lama tak ke sana. Post kedua ini, ambe nak berkongsi gambar-gambar yang diambil peserta trip pertama di sekitar Pulau Ular, Cherating.

Ini merupakan kali pertama ambe menjejakkan kaki ke Pulau Ular bagi sesi 2014. Selalu tengok dari jauh je... semasa lalu jalan Kuala Terengganu-Kuantan. Nak pergi... cuaca tidak mengizinkan. Sebenarnya ambe memang tak sabar nak ke sana. Bila ada peluang, kesibukan kerja pun tidak mengganggu, ambe terus mengatur trip sulung.

Masa mula menjejak kaki ke pulau... rasa sangat seronok. Pulau masih indah tersergam seperti dulu. Airnya cukup jernih... cuma ada sedikit perbezaan dari segi kepadatan pokok pulau. Musim panas menyebabkan daun-daun pokok layu dan luruh. Sekali tengok daun-daun yang masih tinggal seakan-akan tidak bermaya. Keadaan ini menyebabkan pandangan ke bahagian atas pulau seakan-akan kekurangan pohon kayu. Walaupun begitu keseluruhan pulau masih cantik dan setia menunggu kehadiran pelawat-pelawat. 

Di sini ambe selitkan sekali gambar terbaru Pulau Ular untuk tatapan korang semua. Gambar ni bukan ambe yang ambik... kawan amik. Hingga berjumpa lagi... semoga korang  semua juga akan sampai ke sini suatu hari nanti-Abe Din
 
 
 Pandangan dari bahagian atas pulau-Hadapan

 Pandangan dari bahagian atas pulau-Hadapan

Pandangan dari bahagian atas pulau-Hadapan


Pandangan dari bahagian atas pulau-Hadapan

 Pandangan dari bahagian atas pulau-Belakang
Read more >>

Trip 1/2014-Pulau

Selamat datang kepada semua pengunjung. Post kali ini ambe nak berkongsi dengan korang semua hasil tangkapan yang ambe dapat semasa trip sulong sotong mabang di Pulau Ular, Cherating baru-baru ini.
 
Kekuatan Ahli 7 orang. Pemancing 3 orang... yang lain asyik scuba je siang malam.. pastu makan, tidur dan scuba balik. Semasa sampai, air sedang surut. Tempat biasa mencandat kering hingga nampak batu karang. Malam tu kami banyak berehat je sambil bercerita lepas penat semua masuk tidur dalam khemah.
 
Lebih kurang pukul 3 pagi... air mula pasang. Suasana menjadi kecoh apabila sotong pertama berjaya ambe naikkan. Kaki candat terus bangun baling jig. Malangnya pada malam berkenaan air pasang kecil... sekejap sahaja dan mula surut balik. Hanya ambe sorang sahaja berlaya mencandat sotong mengabang... sikit je 4 ekoq.


 Cantik sungguh... lama kita tak jumpa.. huuu


Seekor sotong mengabang tangkapan siang hari

Pada hari berikutnya, air laut mula pasang semula. Kali ini air pasang besar dan dijangka surut semula lebih kurang pukul 4 petang. Timing kali ni mungkin tak begitu baik... air pasang dalam keadaan cuaca yang cukup terang dan panas. Awan ada sedikit jer... menyebabkan sotong banyak bermain jauh dari pantai dan berada berdekatan dengan dasar. Banyak sambaran diperolehi dari gerakan paling hampir dengan karang.

Kerapkali juga sotong sotong kecil mengejar umpan hingga ke tepi. Dua ekor rakus memegang candat. Ambe lepaskan semula... saiz badan dua dia kali besar candat 2.0. Nak goreng pun dok sampai hati. Seekor bapak sotong sahaja dilihat mengejar candat tapi berpatah balik selepas melihat ambe. Balingan berikutnya mendapat sambaran sang bapak sotong tetapi terlucut. Takde rezeki le tu..

 Tangkapan malam pertama: Spesies bermata hijau


Sotong yang berjaya ambe dicandat pada trip kali ini sebanyak 8 ekor kesemuanya. Seorang lagi pencandat berjaya mendapat seekor bapak sotong di saat-saat akhir ketika menunggu bot sampai. Trip kali ini boleh dikatakan berjaya dan ambe membuat kesimpulan bahawa sotong mengabang telah datang ke kawasan pulau. Beberapa faktor dikenalpasti sebagai penyebab kami gagal untuk mendapatkan lebih banyak sotong iaitu faktor air pasang besar yang berlaku pada waktu siang dan bukan pada waktu malam. Cuaca pula sangat cerah dan air laut sangat jernih menyebabkan sotong lebih sukar ditipu.


 Ikan idaman: meragut keras umpan sotong
2 ekor berjaya dinaikkan dan seekor lagi terlepas... huuuu


Antara tangkapan sulung ambe yang dibawa balik

Trip berikutnya sedang dirancang dengan teliti dan ambe cuba mengambil kira faktor yang terlibat. Ambe harapkan trip kedua nanti mampu mengatasi tangkapan pada trip pertama. Bagi rakan-rakan maya yang ingin merasai tarikan sotong mabang boleh hubungi Abe Din dengan segera melalui e-mail. Tempat terhad. Hingga berjumpa lagi.. Abe Din.
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing