"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

24 August 2013

Kenali Buntal

Selamat datang kepada semua pengunjung. Pada post kali ini, aku nak berkongsi dengan korang tentang satu jenis candat yang biasa dijumpai di pasaran. Di kalangan pencandat-pencandat sotong di kawasan aku, ia lebih dikenali dengan panggilan "candat buntal"

Candat buntal mempunyai ciri-ciri ringan dan tiada pemberat. Bentuknya pula agak gemuk dan gempal. Candat ini boleh dijumpai dengan harga yang pelbagai daripada murah hingga mahal. Untuk post kali ini, aku hanya akan menunjukkan beberapa jenis candat buntal untuk tatapan korang. Bentuknya memang tak hensem sikit tetapi power die tak ramai yang tahu.

Ok lah... korang berkenalan le dulu dengan candat ni. Jangan gaduh-gaduh. Pada post berikutnya aku akan mengupas dengan lebih mendalam tentang potensi candat ini di lokasi mengilat sotong. Hingga berjumpa lagi. Bye... Abe Din.

Variasi "Candat Buntal"

Memang tak hensem... tapi ganas giler
Tunggu post aku yang berikutnya.

Read more >>

22 August 2013

Trip Lepas Raya 6

Selamat datang untuk semua.. yang masih berpuasa sunat di bulan syawal... selamat berpuasa diucapkan. Harap korang berjaya menamatkan puasa sunat pada tahun ni. Aku macam biasa le... macam tahun-tahun lepas... raya ke-2 terus start puasa dan selesai pada raya ke-7.

Selepas beraya pada 7 syawal... beberapa mini trip telah di atur ke port-port berhampiran. Trip-trip pendek yang disertai lebih kepada aktiviti pemanas badan untuk menduga kehadiran sotong di lokasi. Masa wat trip...sempat juga berbual-bual dengan beberapa pencandat yang ditemui di lokasi... sambil memancing, sambil berkongsi cerita tentang aktiviti mencandat sotong mabang.

Tangkapan pertama bulan syawal

Mengikut cerita beberapa orang pencandat yang ditemui,... rata-rata diorang menaikkan tangkapan yang lumayan sepanjang bulan puasa baru-baru ni. Ada yang memperolehi tangkapan 4 hingga 7 kilogram semalaman mencandat. Boleh kata bulan puasa baru-baru ni adalah bulan rezeki bagi diorang.

A-Antara tangkapan yang diperolehi
B-Salah seekor sotong yang dicandat
C-Bandingan mabang & sotong jarum @ cumi-cumi
D-Tangkapan mabang terbesar

Aku dan sahabat sotonglaut masuk lokasi lebih kurang pukul 9.30 malam. Sampai lokasi seekor sotong mabang saiz lengan berjaya dinaikkan... selepas itu... sotong tidak makan sehingga pukul 12 malam. Pencandat yang berada di lokasi telah mula mengalah dan pulang ke rumah masing-masing. Aku dan rakan masih di lokasi dan masih tidak berputus asa. Sekitar pukul 12 malam air mula pasang kecil dan sotong mula galak memegang umpan. Bulan pada malam itu juga sangat terang.
 
 Berat tangkapan lebih kurang 3 kilogram

Sotong yang berjaya dinaikkan.. rata-rata bersaiz besar dan kami berjaya juga membawa pulang lebih kurang 3 kilogram sotong. Melihat pada keadaan dan tabiat sotong pada masa itu... aku jangkakan sotong akan mengganas lagi ketika subuh. Apakan daya... esok nak kerja. Kami tamatkan trip lebih kurang pukul 1 dan tiba di rumah pada pukul 2 pagi.

Aku juga nak umumkan bahawa trip ke pulau pada minggu ini terpaksa dibatalkan kerana aku mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Trip akan ditukar pada waktu yang sama minggu depan. Penyertaan trip masih dibuka dan sila sahkan penyertaan secepat mungkin untuk tempahan bot dan makanan. Harap maklum.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi.
Abe Din
Read more >>

21 August 2013

Teknik Pilih Jig 2

Selamat datang kepada semua pengunjung. Post kali ini adalah sambungan post sebelumnya iaitu Teknik Pilih Jig 1. Aku berjumpa dengan satu lagi panduan untuk memilih jig bagi cara pancingan yang berbeza. Carta ini agak ringkas dan simple.. setakat ini aku belum lagi mengujinya di lapangan. Dari pemahaman dan aku cuba kaitkan dengan pengalaman aku.. ada beberapa fakta yang betul dan boleh dikongsi bersama.


Aku harap korang kaji rajah ini dan cuba aplikasi di lapangan korang. Carta kat bawah tu menunjukkan pemilihan dua kategori pancingan iaitu di atas bot atau di tepi pantai. Pada pancingan atas bot, pemilihan dihadkan pada pancingan waktu siang sahaja dengan keadaan kekeruhan air yang berbeza.


Bagi pancingan dari pantai, maklumat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu waktu siang dan malam. Pancingan siang dihadkan kepada waktu petang dan gelap manakala waktu malam dikategorikan mengikut keadaan dan kehadiran bulan.

Carta di atas agak simple dan mudah untuk dirujuk. Maklumat yang ditunjukkan pula tidak mengambarkan keadaan persekitaran yang pelbagai tetapi digambarkan secara umum sahaja. Walaupun begitu, ia masih boleh dijadikan rujukan kita semua. Semoga apa yang aku kongsikan pada kali ini akan dimanfaatkan oleh korang, khasnya kepada pencandat-pancandat sotong di Malaysia. Hingga kita berjumpa lagi. Salam hormat dari aku yang jauh di alam maya ini.
Abe Din.
Read more >>

18 August 2013

Teknik Pilih Jig 1

Selamat datang kepada semua pengunjung. Terima kasih kepada semua follower dan pe"ngomen". Sokongan anda semua memberi tenaga untuk aku terus menulis dan menulis lagi. Semoga korang akan terus bagi sokongan moral kepada aku sampai bile-bile.

Kali ni, aku nak membincangkan tentang kaedah-kaedah memilih jig. Pemilihan jig yang sesuai.. sangat penting untuk menambahkan kejayaan mendapatkan tangkapan. Semua paparan yang aku nak share kat sini diperolehi dari laman youtube. Selepas aku baca dan kaji beberapa kali, ada juga kenenarannya dan aku berhajat untuk berkongsi dengan korang sume.

Seperti yang aku selalu beritahu di dalam post-post aku sebelum ini, pemilihan jig yang hendak digunakan sangat bergantung kepada keadaan persekitaran semulajadi. Aku telah bincangkan dengan panjang lebar berkaitan isu ini. Apabila aku jumpa bahan yang dipaparkan dalam bentuk grafik ni.... ia nampak mudah untuk difahami dan jika aku share dengan korang tentu korang mudah faham.




Rajah di atas menunjukkan warna-warna jig yang disyorkan ketika memancing pada keadaan cuaca yang berbeza. Korang boleh menjadikan rajah di atas sebagai rujukan korang. Warna yang disyorkan bergantung kepada keadaan cuaca cerah, mendung, senja, hujan, bulan cerah, bulan sabit dan malam gelap. Tahap keamatan cahaya pula di tunjukkan daripada skala cerah ke cahaya gelap.


Gambar di atas pula menunjukkan cara untuk memilih candat berpandukan kepada keadaan kejernihan air dan aktiviti sotong. Candat yang digunakan sebagai rujukan ialah candat Yamashita. Skala di atas menunjukkan perubahan aktiviti sotong dan tahap kejernihan air manakala skala di bawah sekali menunjukkan pemilihan warna candat yang disyorkan.

Sebenarnya apa yang dipaparkan di atas tu tidaklah seratus peratus tepat bagi persekitaran di Malaysia kerana aku dah uji beberapa jig dan kaedah berkenaan di lapangan. Tapi sekurang-kurangnya bukan semua tidak tepat. Korang study rajah kat atas tu betul-betul dan cuba uji di lapangan korang. Hingga berjumpa lagi.
Abe Din.
Read more >>

15 August 2013

Aksi Sinker

Selamat berkunjung kepada korang semua. Pada post sebelum ini, aku dah kenalkan kepada korang semua beberapa jenis sinker yang terdapat di pasaran. Korang juga boleh menjimatkan wang dengan membuat sinker sendiri. Apa perlunya sinker yang cantik jika ia boleh berfungsi dengan baik.

Pada post kali ini aku akan berkongsi sedikit tentang teknik dan fungsi sinker. Secara umumnya sinker berfungi untuk mempercepatkan jig tenggelam ke dasar. Jig-jig ringan yang dimainkan di kawasan yang dalam agak lambat untuk sampai ke sasaran. Di kawasan dalam, jig-jig berat lebih afektif. Jika korang tiada jig berat... sinker boleh digunakan sebagai aksesori tambahan pada jig korang.

Sinker kerap kali dimainkan di kawasan laut dalam seperti kawasan unjam. Sotong di laut dalam selalunya mendiami kawasan dasar yang berstruktur. Jika jig ringan digunakan, jig akan mudah hanyut dan sukar untuk sampai ke kawasan sasaran. Berat sinker boleh diubah mengikut kelajuan arus. Oleh sebab itu, sinker yang digunakan perlu fleksibel dan mudah untuk dibuka atau di pasang semula.

Di kawasan daratan pula, sinker berfungsi untuk menambahkan kelajuan balingan. Jig yang lebih berat mampu untuk dibaling jauh ke tengah laut. Jig-jig bersaiz tertentu mempunyai jarak balingan yang terhad. Apalagi jika korang menggunakan tali berdiameter lebih besar. Untuk mengatasi masalah ini, sinker perlu di pasang pada jig yang hendak digunakan.



Penggunaan sinker dari atas bot lebih efektif berbanding balingan dari pantai. Balingan dari pantai akan meningkatkan risiko jig tersangkut. Jika lapangan balingan anda berpasir... penggunaan sinker tidak memberi masalah yang besar.

Pemilihan sinker bagi pancingan atas bot perlu disesuaikan mengikut kelajuan arus laut. Gunakan berat yang sesuai dan berpadanan dengan saiz jig korang. Teknik penggunaan sinker adalah seperti berikut (sesuai di kawasan unjam): 
  1. Lepaskan jig terus hingga ke dasar. Kemudian lakukan henjutan beberapa kali, gulung tali dan lepaskan semula jig ke dasar dan ulang kaedah ini.
  2. Lepaskan jig ke dasar dengan melakukan beberapa hentian di tengah jalan dan henjut beberapa kali, gulung tali dan lepaskan lagi tali dengan membuat beberapa lagi hentian dengan kaedah yang sama.
  3. Lepaskan jig terus hingga ke dasar, henjut sekali atau dua kali dan gulung tali satu pusingan. Teruskan sehingga jig sampai ke atas.


Untuk pengetahuan korang, jig yang diletakkan sinker akan tengelam lebih laju dan cepat. Oleh sebab itu renangannya tidak begitu realistik. Keberkesanan penggunaan sinker ini banyak bergantung kepada keupayaan korang untuk menarik dan menggayakan jig agar ia beraksi dengan lebih baik di dalam air. Untuk maklumat korang, sotong tidak mampu mengejar jig yang ditarik dengan terlalu laju. Oleh itu elakkan daripada menghenjut jig sotong seperti melakukan jigging ikan. Sotong mengejar mangsa dan kerap berhenti. Jig yang digayakan juga perlu mengikut rentak renangan sotong iaitu tarik dan berhenti. 

Aku harap korang mendapat sesuatu yang berguna di sini. Hingga berjumpa lagi di pentas maya ini. Bye.
Abe Din.
Read more >>

14 August 2013

Release Tension

Selamat datang untuk semua pelawat dan rakan-rakan blog sotonglaut. Macamne dengan raya korang sume... banyak dapat duit raya? Nak tengok aku buat show tak? Pada post kali ini... aku nak berkongsi dan berhibur bersama korang semua sambil-sambil korang dok berjalan raya ke rumah teman-teman. Dedulu aku buat satu show bersama seorang rakan aku yang korang memang biasa jumpa kat TV.. famous giler dia nih. Haa.. kasi gempak sikit. Sambil-sambil korang dok melantak kuih raye tu... sambil-sambil le korang layan video yang ada gambar aku kat dalam dia ni.. Aku cuma main drum jer.. kihkih. sesajer tumpang populariti kawan aku. 

Sebelum korang layan show aku ni... korang kena pause muzik latar, DALAADE 4 ADELINE dalam blog aku ni dulu. Korang cari je kat belah kanan korang... bawah sikit..., di atas segmen CARIAN TAJUK. Pastu baru korang boleh layan show aku ni dengan aman. Aku harap korang suka... aku pun nak jadi artis gak. Nak nyanyi tak pandai... aku tau memancing dengan main drum je... Ok... layannnz.



Amacam best tak aku main drum. Korang jangan marah... hari ni, hari raye lagi. Tak baik marah-marah. Sebetulnya... aku jumpa show tu dalam youtube. Sebelum tu... sorang mamber rapat aku .. hantar WhastApp lagu versi original. Tajuk die... "Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang-Tegar".

Aku tak kenal sangat dengan penyanyi cilik ni... tapi lagu dia sedap. Ada sentimental value le katakan. Aku pun terus layan lagu ni... sambil buat rujukan lanjut di youtube... jumpa pulak versi spongebob ni.... Menarik juga.. Apalagi... aku terus buat entri untuk share dengan korang. Harap-harap korang terhibur.. jangan marah. Aku pun tension gak... nak pi mancing takleh... puasa sunat dok habis lagi. Harap korang bahagia... senyum le sikit. Selamat hari raya semua. Maaf Zahir Batin. Layannnz lagi. Bye..
Abe Din...
Read more >>

13 August 2013

Kulit Jig

Selamat datang kepada semua. Terima kasih di atas kunjungan anda. Pada kali ini aku nak share berkaitan dengan penampilan warna pada jig. Contoh jig yang digunakan adalah jig yamashita. Kita kerapkali tersalah tafsir tentang warna pada jig. Kita memilih jig dari segi kecantikan warna dan bentuknya... tetapi sotong tidak melihat seperti apa yang kita lihat. Penampilan warna sebenar jig seperti yang dilihat oleh sotong telah aku bincangkan pada post aku sebelum ini. Korang sume boleh rujuk post berkenaan. Ada baiknya juga kita tahu serba sedikit bagaimana penampilan warna jig dihasilkan.


Rajah di atas pula menunjukkan bagaimana jig atau EGI dibina. Jig di atas dibina berdasarkan kepada tiga lapisan atas. Lapisan pertama adalah lapisan lut sinar. Lapisan kedua pula menggunakan plastik berwarna sebagai pembalut dalaman manakala lapisan ketiga adalah kain pembalut luar. Kebiasaanya, manusia melihat kepada kecantikan pembalut luar sahaja manakala sotong melihat kombinasi ketiga-tiga warna yang terdapat pada sesuatu EGI. Itulah yang menyebabkan perbezaan antara pandangan sotong dan manusia.

Dengan pemahaman kita kepada faktor ini... kita akan lebih sedar tentang keberkesanan sesuatu jig tidak sangat diperngaruhi oleh kecantikannya semata-mata. Semoga korang mendapat sesuatu dari perbincangan ini. Hingga berjumpa lagi.
Abe Din.
 

Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing