Salam kunjungan kepada semua pelawat sotonglaut. Pada post kali ini ambe ingin menjawab beberapa pertanyaan dari sahabat-sahabat yang bertanya melalui e-mail. Begitulah adatnya, jika ada kemusykilan adalah paling baik kita terus hubungi dan bertanya kepada sumbernya. Ilmu itu berkembang dengan contoh dan hujah. Dalam pengajian juga diberikan beberapa hujah yang berbeza sebagai bandingan. Bandingan bukan bertujuan untuk merendah-rendahkan tetapi sebagai pilihan. Tidak semestinya kita bersetuju, kerana semua orang ada hujahnya sendiri. Raikan perbezaan itu.
Soalan 1
Di manakah nak dapat jig batik?
Ambe jumpa jig batik dijual di Kerteh dan Kemaman setakat hari ini. Harga RM5.50 paling murah.
Soalan 2
Adakah semua jig murah boleh tarik sotong?
Tidak semestinya. Kita perlu kreatif mencuba dan membuat ubahsuai
Soalan 3
Kalau betul jig murah berkesan, tak perlu lagi beli jig mahal..
Ambe sendiri pun menggunakan jig mahal. Yamashita dalam harga dalam RM40 seekor. Tetapi jika kita eging sendirian, cukup sekadar jig murah sahaja. Jika eging berkawan kadang-kadang jig murah memang tak laku.
Soalan 4
Kalau ikut Abe Din, kita tak perlu guna alatan mahal kan?
Kenyataan tidak tepat. Sebagai contoh, artikel lepas ditulis untuk tatapan eginger baru dan eginger dari kumpulan sederhana dan bawahan. Bukan untuk tatapan eginger atasan. Mesej untuk orang baru tak perlu bermula dengan barangan mahal, semua eginger yang hebat kini bermula dengan barang yang murah dan kadang-kadang tidak sesuai untuk eging. Apa yang ambe tulis, ukur baju di badan sendiri. Jika kita dedahkan barangan mahal kepada eginger baru... takut diorang cabut lari pulok. Tujuan kita menanam minat. Kalau nak beli yang mahal sebagai permulaan pun boleh tiada yang melarang. Pilihan di tangan kita, duit kita.
Soalan 5
Bagaimana nak lepaskan jig sangkut?
Setakat ini belum ada kaedah yang paling sesuai untuk berbuat demikian. Banyak bergantung kepada rezeki kita. Jika tempat sangkut di dawai jig, ia akan bengkok dan tercabut apabila ditarik. Itupun kalau kita guna tali yang tahan lasak dan tahan kakisan. Kalau sangkut pada kepala jig mungkin sukar sikit. Kalau ambe... turun je dalam air. Jangan ikut teknik ni. Yu banyak.
Soalan 6
Warna Jig Batik yang paling killer warna apa?
Sila rujuk pada artikel yang lepas-lepas, semoga membantu.
Soalan 7
Teknologi membantu dalam banyak hal. kan bagus kalau guna peralatan berkualiti
Terima kasih tuan. Ambe setuju sangat.
Dalam penyebaran ilmu, kita memberi maklumat secara pro dan kontra. Disokong dengan dapatan dari pengalaman serta pembacaan. Akhirnya keputusan di tangan individu itu sendiri. Kita tidak boleh memaksa orang terima pendapat kita. Kita juga tidak boleh menyokong sebelah pihak sahaja. Biarlah pembaca ada pilihan untuk buat keputusan.
Soalan 8
Sinker jig selalu tercabut, nak buat guane?
Biasanya jig mahal akan dicucuk dengan logam secara melintang. Jig murah memang tiada. Padan dengan harganya yang murah. Ambe cadangkan jika kita membeli jig yang murah, cabut dahulu pemberatnya kemudian gam semula dengan gam yang lebih berkualiti. Selamat mencuba.
UP: Zainuddin. Jika terbaca
Saya dah balas email. Boleh rujuk
Kepada Pencandat tegar.. boleh hubungi Azli jika berminat untuk
menjual sotong dalam skala yang besar
Disertakan sekali no telefon Azli
Ambe nasihatkan jika ada kemusykilan boleh terus menaip dalam "Post a Comment" yang terdapat di bawah post yang terkini. Ambe jarang buka e-mail, lambat sikit nak jawab. Semua soalan di atas adalah soalan yang tidak sempat dijawab pada tahun lepas dan yang terkini.
Fahami dengan hati yang ikhlas, anda akan dapat puncanya, insyaallah. Jika anda hendak mencari kesalahan, kesalahan lah yang anda jumpa. Seribu kemaafan dipinta dari ambe.
Semoga berjumpa lagi-Abe Din
No comments:
Post a Comment