"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

23 December 2015

Bingkisan Tamu: Sabah

Salam kunjungan untuk semua sahabat. Semoga anda sentiasa mendapat rahmat dari-Nya. Pada post kali ini... akan diperkenalkan seorang lagi personaliti hardcore sotong berasal dari Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Diberi nama Ikhwan bertugas dan tinggal di Johor. Ambe sangat berbesar hati kerana Ikhwan sudi berkongsi dan tidak kedekut ilmu dan pengalamannya mencandat si lembut di Sabah.  Beliau sempat menghantar beberapa gambar trip pendek di Sabah pada 6 dan 11 November 2015. Nampaknya... sotong masih banyak di Sabah walaupun sotong di Pantai Timur sudah bergerak menjauhi pantai disebabkan musim tengkujuh yang telah tiba. 

Lokasi trip ialah di Dataran Bengkoka, Teluk Marudu, Daerah Pitas, Sabah. Nampak macam boleh tahan juga saiz sotong yang ditangkap. Teringin juga nak pergi ke Sabah dan mencuba layanan sotong di sana... mungkin suatu hari nanti.




Saiz boleh tahan ditangkap Ikhwan



Lokasi trip di Sabah pada 6 dan 11 November



 
Lokasi yang indah dan menarik



Laut yang tenang dan sotong yang cantik




Saiz Yang Cukup Sesuai Untuk Lauk


Pada post akan datang ambe akan berkongsi peralatan dan jig yang digunakan oleh Ikhwan untuk menawan sotong-sotong Sabah. Ambe mengucapkan setinggi terima kasih kepada Ikhwan kerana sudi berkongsi dengan pengunjung Maya Sotonglaut. Semoga ramai lagi yang akan berkongsi dengan kita selepas ini.... Masih ramai lagi diluar sana yang hanya menyimpan mengalaman untuk diri sendiri dan enggan berkongsi dengan orang lain. Harap-harap kita akan ada wakil di setiap negeri untuk kita berkongsi info berkaitan eging sotong, keadaan air laut, cuaca dan umpan setempat. Semoga setiap perkongsian akan memberi manfaat kepada semua. Hingga berjumpa lagi-Abe Din.

4 comments:

  1. Terima kasih abe din atas perkongsian ini. Semoga aktiviti eging boleh berkembang lagi.

    ReplyDelete
  2. Harap-harap selepas ini ramai lagi yang sudi berkongsi

    ReplyDelete
  3. Salam kenalan Abe Din...saya amat tertarik dgn informasi yg di beri..terima kaseh..Nazz dari spore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal orang Singapura. Sama-sama kita berkongsi untuk sukan eging. Harapnya segala perkongsian akan memberi manfaat untuk semua.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing