"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

05 April 2011

Sotong BAHAYA

Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung blog sotonglaut. 

Pada kesempatan ini, Abe Din masih lagi ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih semua pengunjung terutama individu yang sudi menjadi pengikut blog sotonglaut ini. Abe Din berharap semua info yang terdapat di laman ini akan dapat disebar luas dan dikongsi bersama rakan-rakan lain yang tidak berkesempatan melawat blog kecil ini.


Mungkin anda pernah terjumpa atau terbaca keratan yang berkaitan dengan gambar di atas. Sebenarnya ulsaan di atas telah disiarkan oleh sebuah akhbar perdana berkaitan kenyataan  CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) yang mendedahkan bahawa sotong kering tidak selamat dimakan kerana mengandungi logam kadmium.

Bahan kadmium dikatakan digunakan di dalam pembuatan bateri, plastik dan baja fosfat. Presiden CAP juga menyatakan bahawa logam berkenaan juga dikesan di dalam tiram, ikan bilis dan udang. Kadmium juga dikatakan bahan yang boleh mencetuskan kanser, penyakit buah pinggang dan penyakit hati.

Sotong kering yang diuji dikatakan mengandungi 4 kali ganda kadmium melebihi daripada yang dibenarkan. Kajian yang telah dijalankan terhadap sampel sotong kering mendapati 5 sampel mengandungi kadmium manakala 3 lagi sampel mengandungi logam berkenaan secara berlebihan.

Kenyataan akhbar berkenaan telah mengejutkan peminat-peminat sotong kering. Banyak blog dan laman-laman peribadi telah mengulas isu ini. Tidak kurang juga yang membuat link bagi kenyataan akhbar berkenaan. Hampir semua ulasan dan catatan laman berkenaan seolah-oleh memberi signal iaitu memakan sotong kering boleh mengundang bahaya.


Sotong kering memang ramai peminatnya.

Abe Din sememangnya sangat terkejut dengan kenyataan berkenaan. Betul ke..? Carian internet bertajuk "bahaya sotong kering" mudah dicapai kerana tajuk ini banyak diulas dan dijadikan isu perbincangan. Walaupun begitu artikel yang dipaparkan nampak agak berat sebelah.

Perasaan bimbang sekali-sekala datang juga hinggalah Abe Din menjumpai satu lagi ulasan akhbar yang sama yang menyatakan sotong kering masih selamat dimakan dan paras kadmium berada di bawah paras bahaya. Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman, berkata pihaknya sentiasa  memantau kandungan kadmium dalam produk makanan laut bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna. 
 
Di bawah Peraturan 38, Peraturan-peraturan Makanan 1985 paras kadmium yang dibenarkan di dalam makanan termasuk makanan laut adalah tidak melebihi 1.00 bahagian sejuta (ppm) atau mg/kg. Hasil pemantauan dari Januari hingga Jun 2010 mendapati sebanyak 12 atau (0.86 peratus) daripada 1,372 sampel yang diambil dikesan positif untuk kadmium iaitu kandungan antara 1.1 hingga 10.75 ppm.

Antara sampel yang diuji termasuk udang harimau (dua sampel), sotong kering (dua sampel), ikan bilis (tiga sampel), ikan tuna ( satu sampel), ikan hake (satu sampel), rumpai laut berperisa (dua sampel) dan kepala sotong kering (satu sampel).


Penggunaan kadmium yang berlebihan dalam makanan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 13(1) Akta Makanan 1983 dan mereka yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kadmium adalah sejenis logam berat yang boleh hadir secara semulajadi dalam udara, air dan tanah tetapi pada kuantiti yang kecil sahaja. Ia tidak terurai dan akan berkumpul mengikut masa.
Kadmium juga terhasil daripada pembakaran bahan buangan dari rumah atau industri, pembakaran arang batu dan minyak selain terhasil daripada asap kenderaan, penghasilan bateri dan cat, industri pemprosesan logam, pengangkutan dan pembuangan sampah. Kesan sampingan kadmium boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka masa pendek di mana seseorang itu akan mengalami tanda-tanda seperti demam, sakit kepala, berpeluh berlebihan, otot menggigil dan keresahan.

Apabila dikaitkan dengan kanser yang memang menjadi igauan terutamanya di kalangan wanita, isu ini mula mencetuskan aura kebimbangannya tersendiri. Tidak mustahil ada di antara mereka yang telah berhenti memakan sotong kering kesan daripada kenyataan CAP ini. 

Seperti yang diketahui umum, sotong kering merupakan makanan popular orang Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu kerana makanan ini mudah diperolehi. Abe Din cuba mendapatkan sedikit statistik yang cuba mengaitkan kanser dan sotong kering. Statistik yang dijumpai menunjukkan kajian risiko bagi 100,000 orang antara tahun 2002 hingga 2003 mengikut kaum utama, kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina diikuti oleh kaum India dan Melayu.

Banyak pandangan CAP yang boleh dipertikaian terutama dari segi pengumpulan datanya. Sepatutnya lokasi di Pulau Pinang tidak boleh mewakili keseluruhan data bagi Malaysia. Bahan kajian yang dipilih juga perlu diperhalusi terutama punca bahan, tempoh pembuatan bahan, Bahan campuran, teknik pembuatan begitu juga lokasi dan pembuat.

Kajian berasaskan sampel yang kecil dan lokasi tunggal tidak mematuhi kaedah kajian yang sebenar. Datanya masih boleh dipertikaikan dan dianggap lemah. Kenyataan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan yang dibuat sehari selepas kenyataan CAP berkenaan wajar diambil sebagai satu kenyataan yang lebih ilmiah.

Abe Din tidak berhasrat untuk mempertikaikan usaha CAP tetapi kenyataan mereka telah mengubah pandangan awam terhadap makanan berasaskan sotong kering. Kesan terhadap kenyataan berkenaan perlu diambil perhatian yang serius. Kesan yang paling besar adalah terhadap pengusaha sotong kering komersial. Apabila pandangan terhadap sotong kering terlalu negatif maka sotong mentah dan sotong segar juga akan terkena tempiasnya dan mendapat title yang sama.


 Makan makanan yang halal

Akhir kata, Abe Din berharap blog dan laman-laman yang menyiarkan hanya kenyataan CAP agar memperbetulkan kenyataan berkenaan dengan menyiarkan kenyatan Pengarah Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan. Semoga pembetulan ini akan menghilangkan fobia pengguna terhadap sotong samada yang kering atau segar.


Sehingga berjumpa lagi.. jaga diri.
Abe Din

9 comments:

  1. Salam...saya dan suami pernah ke pejabat CAP utk mengadu ttg masalah jualbeli rumah kami...servis mendukacitakan...indah khabar dari rupa...minta maaf cakap `mereka' ini lebih suka kes kes yg boleh bagi publisiti kut....

    ReplyDelete
  2. la...aku pun minat sotong...habes la...
    terutama sotong kering tu...kalau panggang...perghhhh!!!
    oh skrng kene kurangkn la...

    meh join kontest menang dan dapat rm1OO...
    dgn syarat yg cukup simple...

    http://greentiqo.blogspot.com/2011/04/contest-rm100-untuk-dimenangi-dari.html

    ReplyDelete
  3. Jika ada berita gempar baik diselidiki terlebih dahulu. Jangan cepat percaya. Abe Din harap penulis blog dan laman yang masih statik dengan kenyataan CAP agar memperbetulkan kesilapan yang berlaku. Kasihan pengguna.. jangan kelirukan mereka.

    ReplyDelete
  4. heheh amboi~ ni semua cerita pasal sotong ker :D..hehe menarik!
    Sotonglaut, sy dah follow ;)..jom follow sy balik ;)

    ReplyDelete
  5. tahniah bro..aku peminat blog kau..memang unik..teruskan sambil menyebarkan ilmu

    ReplyDelete
  6. Salam
    vielyns : saya dah follow anda.. thanks.
    MIzalan : Terima kasih di atas sokongan anda..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Saya suka ketupat sotong. Saya orang dungun bermustautin di Selangor.

    Kalau ada masa lapang, ada jugak sesekali hasben saya gi changdat sutung.,,Saya dah follow yer

    ReplyDelete
  8. Miecyber : Jangan risau.. sotong kering tidak bahaya... cuma pilih yang bersih dan elok lagi jika ada tarikh luput..

    Kunang-kunang : Abe Din dah follow. Thanks a lot..

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing