Salam kunjungan untuk semua pelawat. Pada post kali ini, ambe nak bagitau tips untuk mengubahsuai mata jig. Pada post terdahulu... ambe pernah cerita tentang jenis-jenis mata jig yang terdapat di pasaran. Mata jig jenis "V' adalah anatara mata jig yang paling kuat dan berkesan untuk memerangkap mangsa bersaiz besar. Mata jenis ini agar sukar diperolehi. Hanya beberapa syarikat pengeluar jig sahaja yang menggunakan mata jig jenis"V". Selalunya jig yang menggunakan mata jenis ini agak mahal daripada jig biasa.
Mata jig Yamashita yang belum diubahsuai
Walaupun begitu, kita perlu kreatif untuk mengubahsuai mata jig biasa kepada mata jig yang berkesan bagi tujuan memerangkap mangsa bersaiz besar. Kali ini ambe menggunakan jig Yamashita egi sutte atau biasa ambe gelar sebagai "killer 2014".
Sebelum korang ubahsuai mata jig... korang perlu sediakan playar muncung tirus supaya kerja membengkok mata jig menjadi lebih mudah. Jangan guna tangan... bahaya boh!. Keluarkan sedikit mata jig menggunakan playar muncung tirus secara beselang seli dari kiri ke kanan serta berselang seli atas dan bawah. (Rujuk gambar di bawah).
Ujian lapangan menunjukkan... penggunaan mata jig yang diubahsuai sebegini mampu menjerat mangsa bersaiz besar dan peratus sotong terlepas sangat rendah. Perlu diingat jangan muka mata jig terlalu luas kerana ia akan melemahkan kekuatan mata jig berkenaan.
Mata jig yang telah diubahsuai
Ambe syorkan agar ubahsuai menggunakan jig Yamashita kerana mata jignya dibina daripada logam yang lebih besar dan keras. Selamat mencuba dan selamat mencandat-Abe Din
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua. Pada post kali ini... ambe nak berkongsi satu lagi patern yang biasa ambe lakar pada candat sebagai penarik tambahan untuk sotong. Kebiasaanya ambe menggunakan patern bulat-bulat di bahagian atas candat. pada kali ini, ambe mencorak jig udang menggunakan patern tidak sekata.
Jig killer 2014 yang masih belum diubahsuai
Rupa jig yang di"bola"kan.
Nampak macam ganas jer...
Seperti biasa, ambe menggunakan cat luminous warna hijau dan putih. Warna kuning dah abis... nak beli takde jual dah kat kedai. Oleh sebab itu... ambe belasah je guna warna hijau dan putih. Kombinasi dua warna ini memang cukup berkesan menipu sang lembut. Jika korang nak mem"bola"kan candat korang... jangan sekali-kali korang cat di bahagian perut. Biarkan perut candat dalam keadaan warna asalnya... selalunya perut candat berwarna putih atau sedikit cerah.
Ambe cadang nak test terus kat pantai... tak sabar rasa...tapi sibuk kerja lagi. Tak sempat nak mencandat. Simpan dulu. Kalu korang nak tiru... cepat sikit dan terus pergi test kat tempat korang. Mana tau ada bapak-bapak sotong sedang tunggu jig bola korang. Selamat mencuba dan selamat mencandat-Abe Din
Read more >>
Salam untuk semua... baru-baru ini ambe singgah di sebuah tempat rekreasi di Dungun. Sambil berehat... ambe terpandang beberapa orang sedang sibuk eging sotong secara mengharung air. Kalau tak silap ambe... beberapa post ambe sebelum ini... ada ambe bincangkan tentang bahaya eging dari dalam air. Nak jadi cerita... jumpa pula secara tidak sengaja. Mungkin diorang ni tak baca post Abe Din. Apa nak buat... diorang pun nak cari rezeki juga. Ambe nak bercakap dengan diorang pun susah.. sebab mereka bergerak semakin jauh dari pantai apabila air laut semakin surut. Harap-harap ada le orang tolong nasihat diorang ni... apa pun... berhati-hatilah. Carilah rezeki walaupun agak sukar... dah kalau tak ada cara lain nak buat macam mana. Selalulah utamakan keselamatan dan sentiasa berdoa kepada yang Maha Kuasa agar dilindungi dan dimurahkan rezeki sentiasa. Amin...
Jumpa lagi-Abe Din.
Gigih cari rezeki... tapi ..
keselamatan kena jaga juga.
Semoga selamat dan dimurahkan rezeki
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua. Pada post kali ini... ambe sekali lagi nak share tangkapan sotong mabang terkini. Lokasi tangkapan di sempadan Paka, Dungun. Alhamdulillah... hasil malam berkenaan boleh tahan juga. Saiz tangkapan pun besar-besar. Beberapa sotong bersaiz besar berjaya melepaskan diri. Nampak gayanya jig bersaiz 2.0 tidak mampu menjerat bapak-bapak sotong bersaiz besar. Kalau baling saiz 2.5... tak makan pula... nasib badan.
Tangkapan kali lebih lumayan dari trip sebelumnya
Tangkapan pada kali ini banyak dipengaruhi oleh keadaan air yang tenang dan sederhana jernih. Keadaan air penor masih lagi ada tetapi hilang sebaik sahaja air mula pasang. Masa sambaran yang paling tinggi direkodkan ketika air sedang menyurut. Selepas air surut sepenuhnya... tarikan sotong sunyi sepi. Kami jangkakan sambaran akan berlaku semula ketika air mula pasang... apakan daya esok nak kerja. Kena balik awal. Hasil malam ini membuatkan kami sangat teruja untuk datang lagi di lain masa. Bila yer....
Jumpa lagi di post akan datang. Selamat mencandat. Abe Din
Hasil dibawa pulang untuk dibuat lauk
Read more >>
Salam kunjungan kepada semua pelawat. Pada post kali ini.... ambe nak share lagi foto-foto sotong pada trip-trip terbaru yang ambe sertai. Dalam dok sibuk kerja... ambe cuba juga cari peluang untuk mencandat sotong mabang. Untuk pengetahuan korang semua, sekarang adalah kemuncak kehadiran sotong mabang di perairan Terengganu. Bagi otai-otai sotong... ketika ini adalah masa terbaik untuk menjerat sotong mabang bersaiz besar dalam kuantiti yang banyak. Sotong memang berselera nak pegang candat. Rezeki pencandat pun semakin banyak. Lokasi-lokasi tumpuan juga mula meriah dengan pencandat-pencandat tegar. Kepada pencandat semua, dinasihatkan agar sentiasa menjaga keselamatan dan mencandat dengan selamat. Hormati hak pencandat lain... semoga rezeki kita bertambah berkat. Hingga berjumpa lagi. Bye-Abe Din
Hasil yang diperolehi pada trip ini.
Berat juga nak angkat-Alhamdulillah.
Read more >>
PANGGILAN PULAU 2014
Trip terdekat akan diadakan di Pulau Ular pada penghujung Ogos. Bagi pemancing yang berminat untuk menyertai sila hubungi Abe Din melalui Email: colourless_orchid@yahoo.com Atau facebook: Sotonglaut Abe Din. Sila sahkan penyertaan anda secepat mungkin. Penyertaan dialu-alukan bagi peserta yang mahir atau baru nak belajar. Kos pengangkutan (bot) : RM30 seorang. Makan disediakan sendiri oleh peserta. Khemah pun bawa sendiri... hehe.
Tempoh Trip bermula pada petang jumaat hingga pagi sabtu. Tarikh sebenar trip akan dimaklumkan kemudian. Trip ini adalah trip paling terkini selepas raya dan akan disusuli dengan trip-trip yang berikutnya.
Syarat penyertaan:
1-Kena ada peralatan memancing
2-Baik hati dan bertanggungjawab
3-Boleh bekerjasama dengan ahli kumpulan lain
4-Niat ikut trip mesti niat yang baik
5-Kalau tak dapat sotong... jangan mengamuk. Hehe
6-Keselamatan adalah tanggungjawab individu dan semua peserta trip.
Bagi pemancing baru... Abe Din akan tunjuk ajar cara mencandat melalui daratan. Maklumat perjalanan, peralatan akan dimaklumkan melalui Email. Semoga aktiviti ini akan dapat mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita.
Cepat sahkan kehadiran anda. Tempat terhad.
Salam perkenalan dari Abe Din.
Selamat mencandat.
Read more >>
Salam kunjungan kepada semua pelawat. Pada post kali ini... ambe nak share sedikit info berkaitan sejenis jig baru yang terdapat di pasaran. Jig yang ambe maksudkan ialah jig Yamashita, Egi Sutte dengan background Calamari. Jig jenis ini mula dikesan di pasaran Malaysia bermula awal tahun ini, 2014.
Rupa bentuk memang tak cun mana pun... tapi power
Jig Yamashita ini diimport dan diedarkan oleh syarikat Perfect Fishing S/B dari Selangor. Setakat ini dua versi yang biasa dijumpai iaitu dengan warna coklat gelap dan coklat pudar. Ujian lapangan yang telah dijalankan di sebuah pulau mendapati... jig coklat gelap lebih killer berbanding jig yang lebih cerah.
Jig ini boleh dikategorikan sebagai jig killer yang ekonomi memandangkan harganya yang agak murah iaitu diantara RM14 hingga RM19 setiap satu. Pada pertengahan bulan Mei hingga Jun 2014, jig ini agak sukar ditemui. Kedai-kedai yang biasa menjual jig ini telah kehabisan stok. Ambe round dari Kuantan sampai ke Kuala Terengganu semua jig jenis ini habis. Nampaknya kaki-kaki casting sotong dah tau rahsia dan keberkesanan jig ini.
Jig warna gelap lebih power dari yang cerah
Kebanyakan jig ini yang dijual di kedai-kedai pancing adalah jig cetak rompak. Walaupun tidak original, ia tetap berkesan menipu sang lembut. Semua jig yang terdapat di pasaran bersaiz 2.0. Mengikut carian ambe di laman web Yamashita, jig original dan tiruan dapat dikesan dengan mudah berdasar material yang digunakan dalam pembuatan jig berkenaan. Mata jig original diikat menggunakan logam manakala jig tiruan dijalin menggunakan tali tangsi.
Keberkesanannya memikat sotong semakin meningkat apabila dilakukan sedikit pengubahsuaian. Keupayaan jig semakin bertambah selepas di"bola"kan. Nanti kalau ada masa, ambe akan post gambar jig-jig yang telah di"bola"kan untuk rujukan semua. Setakat ini dahulu untuk kali ini... jumpa lagi. Bye. Abe Din
Read more >>