PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

22 August 2014

Jig Killer 2014

Salam kunjungan kepada semua pelawat. Pada post kali ini... ambe nak share sedikit info berkaitan sejenis jig baru yang terdapat di pasaran. Jig yang ambe maksudkan ialah jig Yamashita, Egi Sutte dengan background Calamari. Jig jenis ini mula dikesan di pasaran Malaysia bermula awal tahun ini, 2014.

Rupa bentuk memang tak cun mana pun... tapi power

Jig Yamashita ini diimport dan diedarkan oleh syarikat Perfect Fishing S/B dari Selangor. Setakat ini dua versi yang biasa dijumpai iaitu dengan warna coklat gelap dan coklat pudar. Ujian lapangan yang telah dijalankan di sebuah pulau mendapati... jig coklat gelap lebih killer berbanding jig yang lebih cerah.

Jig ini boleh dikategorikan sebagai jig killer yang ekonomi memandangkan harganya yang agak murah iaitu diantara RM14 hingga RM19 setiap satu. Pada pertengahan bulan Mei hingga Jun 2014, jig ini agak sukar ditemui. Kedai-kedai yang biasa menjual jig ini telah kehabisan stok. Ambe round dari Kuantan sampai ke Kuala Terengganu semua jig jenis ini habis. Nampaknya kaki-kaki casting sotong dah tau rahsia dan keberkesanan jig ini. 

Jig warna gelap lebih power dari yang cerah

Kebanyakan jig ini yang dijual di kedai-kedai pancing adalah jig cetak rompak. Walaupun tidak original, ia tetap berkesan menipu sang lembut. Semua jig yang terdapat di pasaran bersaiz 2.0. Mengikut carian ambe di laman web Yamashita, jig original dan tiruan dapat dikesan dengan mudah berdasar material yang digunakan dalam pembuatan jig berkenaan. Mata jig original diikat menggunakan logam manakala jig tiruan dijalin menggunakan tali tangsi.

Keberkesanannya memikat sotong semakin meningkat apabila dilakukan sedikit pengubahsuaian. Keupayaan jig semakin bertambah selepas di"bola"kan. Nanti kalau ada masa, ambe akan post gambar jig-jig yang telah di"bola"kan untuk rujukan semua. Setakat ini dahulu untuk kali ini... jumpa lagi. Bye. Abe Din

1 comment:

Blogger Pancing