"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

09 May 2012

Cari Tulang

Salam pertemuan..apa khabar semua pengunjung. Harap-harap anda semua sihat dan gembira selalu. Cuaca nampaknya semakin hari semakin baik. Sotong dah mula dicandat di laut dan kawasan pesisir. Musim sotong datang lagi. Memang best..

Orang dok sibuk mencandat...aku pula dok tengah gila burung. Berjaya sungguh orang yang menghasut aku. Dengan sepantas kilat aku study cara nak bela burung... tanya sana-sini. Petang tadi...aku singgah kat pantai Kemasik selepas balik kerja. Niat aku cume satu...nak cari tulang, bukan "curi tulang".

Tulang yang aku maksudkan ialah tulang sotong. Aku selalu jumpe tulang ni masa pergi mencandat di kawasan pantai. Sekarang aku dah tahu apa guna tulang ni. Tulang sotong yang dicari adalah jenis tulang sotong Katak. Tulang yang baik berwarna putih dan kering. Sotong katak je yang mempunyai tulang yang paling tebal dan besar kat dunia. Dulu-dulu kalau dapat sotong katak... lepas siang, tulang buang je. Takde pekdah simpan. La ni...sume leh jadi duit.

 Hasil yang Aku Dapat Petang Tadi


 
 Tulang Sotong Di lokasi Asal Ia Dijumpai

Susah juga nak cari benda ni.. selalunya tulang sotong yang baru, dijumpai berdekatan dengan gigi air. Tulang-tulang yang lama agak sukar untuk ditemui kerana ia dibawa jauh ke daratan ketika air pasang besar. Sifatnya yang agak ringan memudahkan ia ditolak oleh ombak laut. 

Kehadiran tulang sotong yang banyak di pantai boleh menggambarkan tentang kadar kematian sotong katak. Sotong-sotong katak mati disebabkan oleh kecederaan kerana digigit ikan, sakit atau sotong berkenaan sudah terlalu tua. Apabila badannya hancur dimakan ikan-ikan kecil, tulangnya akan hanyut di bawa arus laut ke kawasan pantai. 

Kehadiran tulang sotong katak di kawasan pantai adalah bermusim. Selalunya awal tahun selepas musim tengkujuh... banyak tulang boleh dijumpai di kawasan pantai. Banyak juga tulang yang patah serta pecah kerana reput dan lama terdedah pada cuaca. Ada juga tulang yang sengaja dipatahkan oleh haiwan berkaki dua serta bertangan yang tidak tahu menilai.


Biasanya tulang sotong katak digunakan untuk membuat acuan logam cair dan boleh juga digunakan sebagai makanan burung peliharaan. Tulang sotong katak mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan dapat membantu membina tulang haiwan peliharaan seperti burung.

 Tak Larat...Tak Cukup Tangan Nak Bawa


 Sepanjang Trek Mencari Tulang Sotong

Ingatkan senang nak cari tulang sotong ni... berpeluh juga..... nak dapatkan sekilo bukan main payah. Tulang sotong ni boleh dijual kepada penternak-penternak burung. Kalau tak silap lebih kurang RM5 bagi 3 papan tulang sotong... kalau seguni...emmm lumayan gak. Kaye wooo..

Tulang sotong sesuai dijadikan makanan untuk burung merbok, tekukur dan "budgie". Gambar kat bawah tu le burung "budgie". Orang kita panggil burung baji. Comel tak? Aku baru beli dari tokei burung Rm150 bagi tiga pasang. Orang kata, tulang sotong ni baik untuk baji..tu sebab aku gi cari kat pantai sorang diri. Baju kerja pun tak tukar lagi. Sure orang kat pantai tu kata aku giler... dah lah smart, cari benda pelik pulak tu..kihkih.



Haiwan Kesayangan Aku

Korang tengok le puas-puas burung aku ni. Sayang woo.. mintak? Memang aku tak bagi. Kalu nak jugak, rusuhan le jawabnya. Korang jangan salah faham.. ni bukan "angry bird" yang bodoh tu. Ni burung baik punye.. Kelantan mari. Aku cadang nak bela burung-burung ni sampai dieorang dapat anak cucu. Aku dah beli 3 sangkar besar. Sekelip mata habis RM200. Nanti aku nak buat reban yang lebih besar kat laman rumah aku. Baru best...

Ni.. Paling Sayang..

Kat atas tu paling comel.. Jantina dia jantan. Dah ada awek..tak lama lagi awek dia akan bertelur paling kurang 6 biji. Biase le tu.... baka baik. Sure anak dia comel-comel macam dia jugak. Sarang untuk bertelur dah order dari Kelantan..kihkih. Esok sampai. Bak kata sume aku dah ready untuk menyambut anak sulung burung baji ni... pampers, botol susu, lampin, stokin, puting susu, buaian...ahh sume dah beli.

Setakat ni dulu aku nak share dengan korang. Esok last kerja kat sini. Dah janji dengan kawan nak gi mencandat kat pantai. Nanti kalau dapat sotong mabang ke, katak ke... aku post kat sini. Aku nak blah dulu...Selamat malam sume.
Read more >>

29 April 2012

Trip sulung 2012

Salam untuk semua pengunjung setia sotonglaut. Lama rasenya ambe tak update blog buruk ni..Bukan apa..masa tidak begitu mengizinkan. Sibuk dengan kerja hinggakan lupa nak pergi mencandat sotong.

Sebelum ini ada terdengar ura-ura tentang kehadiran sotong di kawasan pantai. Walaupun tidak begitu banyak...dengarnya dah ada pemangsa sotong yang mendapat habuan. Dalam hati, toksah nak kabo le..tak sabar nak pergi tapi apakan daya...huuu...

Secara kebetulan pada pada 26 hingga 27 April baru-baru ni ambe terlibat dengan satu tugasan di Pahang. Kawasan berkenaan terletak di Pantai Balok yang tidak berapa jauh dari Kuantan. Dalam masa yang agak terbatas, ambe mengatur trip ke sebuah pulau kecil di sana. Dengan bantuan Bos ambe, trip berjaya dijalankan dengan disertai oleh  empat orang rakan lain termasuk seorang perempuan. Tujuan  ambe satu je... iaitu nak menduga sotong mabang di sana. Member yang lain nak cari ikan...sebab mungkin mereka kurang pengalaman dan minat untuk mengilat sotong.

Bot sedang diturunkan ke laut

 Kedudukan pulau yang tidak begitu jauh dari pantai

Mengikut maklumat pemandu bot, pulau berkenaan dinamakan Pulau Balok merupakan salah satu destinasi yang cukup popular bagi pemancing di kawasan ini. Setakat ini belum ada berita tentang kehadiran sotong di pulau ini mengikut kata pemandu bot. Nampak gaya kecundang lagi kali ini. Alang-alang dah sampai...ambe nekad untuk membuat percubaan di sini. kihkih...


 Bot yang dilabuhkan di kawasan tenang.

Air laut sedikit bergelora. Rasa macam nak suruh pemandu bot patah balik ke pantai je. Muka member sume nampak macam pucat je. Kurang bercakap... tangan sume kemas pegang tali di tepi bot. Bot yang kami gunakan adalah jenis bot inflatable floating. Jaket keselamatan dikemaskan...nampak gaya pakai, memang ada kebimbangan yang sedang bermain di kepala member-member trip. Abe Din ok je... biasa pergi laut tak pernah pakai jaket pun...kali ni pakai sebab nak tunjuk contoh baik je... kihkih.


 Sotong kedua yang berjaya dinaikkan (bawah)

 Sotong kedua (pandangan atas)

Pada hari berkenaan, ambe dapat 3 ekor sotong. Sotong pertama yang ambe berjaya candat di tahun 2012. Kihkih bangganya... dalam hati rasa sikit terkilan kerana orang lain dah lama dah dapat..ambe baru dapat.. huuu.. Corak die memang cantik...lama dah ombak rindu kat die. Berjaya juga aku kali ni. Ketika sampai, air mula bergerak surut...semua sotong berjaya dicandat pada waktu berkenaan. Selepas air surut tiada sambaran dari sotong. Hanya ikan yang mengganggu candat yang dibaling. Koyak candat comel ambe dibaham kakap putih. Nasib tak putus.. kat sini memang banyak ikan. Rugi kalau korang tak datang sini..


Sorang peserta dengan kerapu yang dipancing 
menggunakan teknik pelampung.
Belakang: Tapak Perkhemahan Balok.


Rumusan yang ambe boleh buat:
1- Sotong mabang dah ada di pantai timur.
2-Pulak Balok memang  berpotensi untuk mengilat sotong mabang
3-Trip berikutnya akan diadakan ketika musim kemuncak sotong

Bagi rakan-rakan dan member-member sotong, anda juga boleh test power kat sini. Jika berminat, call je Majlis perbandaran untuk rundingan bot atau datang terus ke pejabat mereka di sini. Bayaran yang dikenakan sangat murah RM50 pergi balik untuk sebuah bot. Kapisiti peserta 6 orang. Pemancing akan dihantar pada waktu petang atau air pasang pertama dan akan dijemput pulang pada pagi esok atau ketika air pasang berikutnya. Semuanya boleh diatur jika anda pandai berunding dengan kakitangan Majlis perbandaran di Balok.

Pulau berkenaan juga sesuai untuk berkhemah sambil memancing. Lokasi pantai Balok pula sesuai untuk aktiviti santai dan cuti bersama keluarga. Banyak resort dan hotel berdekatan kawasan ini. Kedai makan toksah nak cakap le... berlambak, sure anda tak lapar punye.  KFC pun ada...macam-macam ada..

Post kali ini juga adalah merupakan panggilan maya kepada gang-gang pengilat dan pemancing kat Terengganu  terutamanya di Kemaman untuk menyertai trip yang berikutnya bersama Abe Din. Jangan tunggu lagi, sahkan penyertaan anda. Siapa cepat dia ikut... hingga jumpe lagi..Bye.
Read more >>

31 March 2012

Ruang Kosong

Salam pertemuan untuk semua pengunjung yang masih sudi menjengah blog buruk ambe.. Lama dah rasanya berehat daripada mencandat sotong. Gatal sangat dah tangan nak mencandat dan memegang sotong. Apakan daya.. sotong masih menyepi di tempat ambe. 

Bagi mengisi masa yang terluang, ambe cube pula beralih ke sungai-sungai mencari ikan. Antara ikan buruan yang kerap menjadi mangsa ambe ialah siakap merah, pagi tadi dapat kerapu minyak, ikan kekek kuning, tetanda dan pelbagai spesies lagi. Ambe tak mahu le nak mengulas panjang tentang ikan kerana lebih molek jika ambe banyak bercerita tentang sotong.

 

Berita baik untuk ambe dan saing-saing ambe...umum bercerita tentang kehadiran sotong ke perairan Terengganu. Bukan sotong torak yang panjang tu tetapi sotong ngabang atau sotong mabang. Bagi orang laut yang memancing di unjam darat... ada yang sudah menaikkan sotong mabang pertama bagi 2012. Dekat bulan April memang masa dan ketikanya sotong mula ditangkap di kawasan pesisir pantai jika berpandukan rekod tahun-tahun lepas. 

Dari risikan yang dijalankan di pasar-pasar sudah kelihatan sotong katak dan mabang dijual sekali-sekala. Kawan ambe yang berkunjung ke pulau pada bertengahan Mac baru-baru ni telah berjaya mencandat seekor sotong mabang saiz sederhana... Sayangnya takde gambar pulak.

 
Bagi kaki-kaki candat... bersiap sedialah dengan kunjungan si lembut. Persiapkan kelengkapan anda. Jika ada rezeki...ambe akan upload gambar sotong pertama ambe dalam bulan April ini. Tak sempat lagi nak berkunjung ke padang pancing biasa... kalau ambe pergi sure dapat.

Bagi rakan-rakan seperjuangan... kalau dapat sotong sulung tu..e-mail le gambo kat ambe... leh ambe siar dalam blog buruk ni. Sampai di sini dahulu...hingga berjumpa lagi. Bye
Abang Din...
Read more >>

25 February 2012

Iguana

Salam kepada semua pengunjung. U all memang best... kalau korang takde..memang aku dah lama bersara dari  dunia blogging ni. Sebenarnya aku dah lama tak pergi mencandat..tu le sebabnya aku xleh nak post gambar sotong yang terbaru. Kalau aku tak update nampak gayanya blog aku akan mendapat title 'tukun tiruan'. Lagi satu aku sian dengan pengunjung setia aku.. datang jalan jauh-jauh tengok topik yang sama macam dua tahun lepas...sian diorang. Pe pun aku gagahkan juga untuk update walaupun topiknya lari sikit dari tema blog aku. Suhaimi... demo jangan marah kawe....

Anggaplah apa yang aku post ini sebagai satu aktiviti masa lapang yang takde pekdah untuk aku...tapi mungkin ia info baru untuk korang. Aku memang suka hal-hal tentang alam sekitar ni. Minat giler dari kecik sampai sekarang. Study dan kerja pun bidang yang ada background dengan natural environment.

Disebabkan background aku dah macam tu..aku mudah tertarik dengan benda pelik, menarik dan cantik. Januari baru ni... adalah sorang cousin datang dari Penang dengan family die. Die bawa sekor binatang ni... macam cicak tapi besar macam biawak. Anak-anak die dukung merata.. gi jalan mesti bawa. 


First time memang aku takut nak sentuh.. muke dia 'bekeng' sikit. Bila aku sentuh leher dia...rasa lembut. Duri die langsung tak tajam. Jauh dari mengancam nyawa. Tuan dia bagi makan cengkerik... sekali makan boleh tahan seminggu. Ekor dah pendek...sebab kena gigit kucing. Pelik juga...jarang ada orang bela haiwan ni. Korang kena cuba bela. Binatang ni baik...masa aku nak ambil foto dia...dok senyap je. Baik sungguh dan cukup dengar kata. Mungkin juga dia terkejut tengok kamera buruk aku.


Sebelum aku tulis artikel ni..sempat juga aku explore tentang binatang ni. Nama glamour dia Iguana. Kalau tempat kita lebih kurang macam sumpah-sumpah. Iguana ni adalah dari keluarga cicak jenis herbivor... tapi dia makan juga serangga. Mungkin lebih sesuai omnivor. Hidup di kawasan tropika dan banyak dijumpai di Amerika tengah dan Carribean. Kalau nak diikutkan binatang ni..slow sikit atau lebih senang cakap 'lembab' kalau bab berjalan.

Iguana juga boleh dijumpai di kepulauan Galapagos. Iguana kat sana boleh berenang dalam laut. 'Marine Iguana' ni boleh berenang dan menyelam serta kerap lepak kat tepi batuan pantai sambil mencari makanan iaitu sejenis lumut laut. Dah kenyang makan...diorang naik atas darat untuk berehat. Iguana jenis ni colour dia hitam dan kulitnya kerap menggelupas disebabkan tindakbalas air laut. 

Iguana daratan pula makan haiwan dan serangga yang ditangkap menggunakan lidah. Kulit akan disalin dalam tempoh tertentu menjadikan badannya lebih licin dan berkilat. Ada orang kata dia boleh tukar warna macam sotong untuk tujuan penyamaran. Agungnya kuasa yang Maha Esa. Cer korang bayangkan kalau Iguana tu adalah tokek, alamat jadi jutawan le. 

Ok. Cukup untuk kali ini. Jumpa lagi.
Bye.

Read more >>

24 February 2012

Bakpe Jadi Gini


Salam kunjungan untuk semua...
Lama juga ambo menyepi. Blog dah nak jadi tukun tiruan baru tuan datang menjengah. Tu le... korang tak tahu..aku tengah demam lama juga.. masa aku tengah update blog ni, ada lagi sikit-sikit batuk. Keduanya aku ni tengah gile kerja. Senja baru sampai rumah.... letih tidur awal. Esok buat rutin yang sama lagi. Ntah kat mana aku letak batang pancing pun aku dah lupa.

Aku pun pelik... apa yang aku cari sebenarnya. Harta tak banyak tapi cukup le nak makan. Rasa- rasa macam tak leh nak bawak ke kubur. Aku masih rasa kosong...semacam ada sesuatu yang tak cukup. Kengkawan pula makin kuat meracun... dapat ikan, dapat udang.. ketam nipah pun dah ada kat sungai. Issh... rasa cam nak menjerit je.. 

Aku tak sempat nak join...kerja-kerja aku tak pernah habis. Gang sekerja yang sama dengan aku, boleh pulak balik awal ke rumah diorang. Tension aku ni dah sampai ke tahap jingga dah.

Pikir punya pikir... rasanya aku ni tak leh berpisah dengan laut.. muka pun dah nak sama dengan muka kuala. Aku dah bertekad...apa nak jadi..biarlah, aku tetap nak ke pantai esok. Bior le..aku nak lepaskan rindu aku pada pantai dan laut. Campak pancing dua tiga kali, tak dapat ikan pun takpe.. janji dapat baling umpan.

Laut dan pantai memang best. 
Tenang, nyaman dan mendamaikan

TAPI... esok aku ada kerja, lusa ada jugak..minggu depan pun jadual aku ketat. Tension tul, hiss bila lagi aku boleh pergi ke sana? Bakpelah aku leh jadi ceng'gini'. Sotong  cepat le datang ke pantai... lama sangat dah aku tunggu.
Abe Din
Read more >>

04 February 2012

Oh..Hujan

Selamat datang kepada semua pelawat. Apa khabar anda semua?
Dalam dua tiga hari selepas Tahun Bari Cina..hujan datang sekali lagi kat Terengganu. Sekali sekala memang lebat. Hari tu ambe sempat melawat ke kawasan perkelahan di Kemasik, Kemaman. Bukan apa.. dah rasa rindu kat laut. Sesekali kena gi melawat..lepaskan rindu.

Sampai kat situ..time tengah hujan lebat. Nak turun dari keta pun takleh. Hanya sempat ambil gambar dari dalam keta jer... Hujan lebat sungguh. Dalam hati ambe..tertanya-tanya bile le musim tengkujuh ni nak berakhir. Selagi musim hujan, angin dan ombak kuat belum berakhir...selagi itu lah sotong takut nak datang ke pantai. Tipis le peluang nak mencandat.


Ambe pernah tengok sorang budak tempatan candat 
sotong kat sini. Saiz tak le besar mana..campur 
semua ada le dekat-dekat sekilo.

 Siapa sangka.. kat tepi pantai ni ada sotong

Hentian di Kemasik, Kemaman. Kawasan ini cukup terkenal... 
Pernah jadi lokasi penggambaran. Tapi belum pernah 
ada penggambaran tentang sotong..kihkih

Bila le hujan ni nak berhenti... Tak sabar 
dah ni nak mencandat

Time ambe tulis post ni..ambe tengah demam. Deman takleh mencandat kot... Musim hujan yang sejuk...batuk-batuk lagi. Ubat dah makan...tak berkesan juga. Boring gak dok berbaring je...capai laptop sempat juga balas e-mail pelawat sotonglaut. Korang doakan le moga-moga ambe cepat sembuh. Sekian dulu untuk kali ni..jaga diri anda.
Abe Din
Read more >>

26 January 2012

Mari Meng'Udang'


Selamat datang kepada semua.
Bertemu lagi..kita di ruang maya ini. Pada masa tu..nak mule citer ni, hujan kejap datang, kejap berhenti. Ombak laut..toksah tanya...tinggi sampai atas kepala. Nak candat sotong... jangan berangan le.. jangankan manusia, sotong pun mabuk kalau air laut macam tu.

Tangan dah gatal..bukan nak buleh duit, sebab tak dapat nak candat sotong. Kaki sungai pulak hantar dua keping gambar meracun fikiran aku yang murni ini untuk memancing udang. Sekali tengok, berkocak gak iman... tapi tahan, aku nak ngail sotong gak. Lastly..shortcut citer...maka aku telah terpengaruh juga dengan dakyah udang...walaupun aku tak nak. Maklumlah aku insan yang lemah. Maka aku pun mula meracun fikiran sorang lagi kaki sotong untuk menduga udang galah di atas mahligai buatan kami.

Kami turun pagi sebelum ayam kuar reban. Amik bot buruk...kayuh ke sangkar ikan. Cuba ngail... dapat lah seekor si jelita cam gambar kat bawah tu. Gumbira bukan kepalang... aku lah yang paling gembira kat dunia ni..kononnye. Mancing lagi...takdok.. sekor tu jar...emmm dah rezeki dapat sekor je ibu udang warna kuning.

Tengok le sendiri.. pinganggnya yang 
ramping dan menawan

Aku bawak balik beliau ke rumah...simpan dalam peti ais kononnya nak tayang kat member lain. Macam le dapat tangkap rusa....udang kecik je...eksyen lebih. Lepas masak..goreng kunyit je.. buang kulit, besar sikit dari ibu jari kaki je...sekali ngap, terus ghaib. Dok puas langsung makan... tapi yang pasti, rasa beliau lebih sedap daripada rasa seekor sotong.

Gambar racun pertama
Otai dari Kemaman... dapat bapak udang


Gambar racun kedua
Udang tu bukan dia punya...dia jumpa dalam sungai
Kan baik kalau udang tu lebih besar dari perut beliau
baru best wat kenduri


Udang ibu yang aku dapat
sama macam kat atas tu...eksen je lebih

Sama juga seperti udang di atas
Saje je ambik gambar lebih...udang tunggal le katakan.

Dalam diam-diam aku dah mula pasang niat nak mancing udang lagi. Bila yer... tengah sibuk sikit ni. Kalau hujan berhenti dan panas sekejap macam ni memang udang tengah galak menarik umpan. Satu yang pasti aku dapat lupakan sedikit rindu aku pada sotong kat laut tu... sekurang-kurangnya tak le bosan sangat. Walaupun udang sedap dimakan tetapi tarikan si sotong memang sukar untuk dilupakan apalagi hendak diceritakan atau digambarkan dengan kata-kata. Candat sotong lagi best..dari ngail udang.

Sabar.... masa sotong akan tiba juga nanti. Masa cam gini...terpaksa le aku menggagahkan diri melawat sungai-sungai mencari rezeki sesuap nasi. kihkih.
Ok ar.. jumpa lagi. Ngantuk dah ni. sok nak keja..bye.
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing