"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

06 June 2016

Terima Kasih Dari Sotonglaut

Salam kunjungan untuk semua. Semasa kunjungan trip ke-3, kami bertembung dengan sekumpulan pegawai dari MPK (Majlis Perbandaran Kuantan) bersama satu lagi NGO bergabung tenaga membersikan pulau di Cherating. Rupa-rupa mereka memang telah datang ke pulau secara berkala untuk menjaga kebersihan pulau ini. Kami bernasib baik kerana bertembung dengan mereka pada trip kali ini.

Di antara aktiviti yang mereka jalankan di sini termasuklah memungut sampah sarap, membersihkan laluan dan membakar sampah sarap yang dikumpulkan. Aktiviti seperti ini patut dipuji kerana pulau ini bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong tempatan tetapi juga pelancong dari luar negara.


Taklimat sebelum menjalankan aktiviti

Kawasan yang sudah dibersihkan

Bersama peralatan ringkas seperti penyapu 
dan bekas sampah

Sampah dibakar di kawasan yang di khaskan

Dari maklumat yang diberikan oleh penduduk kampung, kumpulan ini pernah beberapa kali datang untuk membersihkan pulau ini termasuklah ketika berlaku krisis tumpahan minyak pada awal tahun baru-baru ini. Semoga kehadiran mereka akan memberi manfaat kepada penduduk tempatan dan pengunjung pulau ini. Kami dari sotonglaut mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjaga kebersihan dan keindahan pulau ini. Terima kasih- Abe Din
Read more >>

Trip-3 Pulau 2106

Salam kunjungan untuk semua. Trip-3 ke pulau bersama ahli sotonglaut bersama 3 orang peserta baru 2 orang dari Johor dan seorang dari Terengganu. Tujuan utama memancing ikan sambil meninjau kehadiran sotong di pulau.

Kawasan laut yang jernih airnya

Peta pulau yang dikunjungi


Peserta baru dari Terengganu

Peserta dari Johor


Spesies kerapu karang yang berjaya dipancing


Senjata perang yang di bawa ke pulau

Pada trip kali ini... sotong telah berjaya ditangkap. Kesimpulan yang boleh dibuat... sotong telah mula masuk ke kawasan pulau dan trip selepas ini akan lebih rancak dan menarik-Abe Din

Read more >>

'Night Vision' Trip

Salam kunjungan untuk semua. 
Tarikh tangkapan: 25 Mac 2016. Lokasi: Kemaman. Jumlah Tangkapan: 3 ekor bersaiz lengan orang dewasa. Jenis jig yang digunakan: Yamashita Pink. Layanzzz- Abe Din


Antara saiz yang memuaskan pencandat

3 Saudara yang berjaya ditangkap


Si mata hijau yang menawan hati
Read more >>

Sotong Terbesar 2016

Salam kunjungan untuk semua. Malam 22 Mac 2016. Lokasi Kemaman, Terengganu. Seekor sotong mabang besar telah berjaya ditangkap. Sebenarnya pada malam itu dua ekor berjaya dinaikkan cuma yang seekor lagi saiznya lebih kecil... hanya sebesar lengan orang dewasa sahaja. Post kali ini tertumpu pada sotong yang ditunjukkan dalam gambar. Sotong berkenaan adalah sotong terbesar yang ditangkap setakat ini di persisir pantai. Sotong sebegini biasa dijerat di laut tetapi agak sukar untuk dijumpai di kawasan pesisir. 

Jig yang digunakan pada mulanya adalah jenis Yamashita Calamari coklat saiz 2.0. Sotong ini melawan dengan kuat menggunakan jig coklat 2.0 tetapi berjaya melepaskan diri. Apabila menyedari saiznya yang besar. Jig ditukar kepada Yamashita pink bersaiz 2.5. Tiada sambutan sehingga setengah jam ambe memujuk. Ambe beranggapan mungkin sotong berkenaan cedera atau kesakitan. Tarikan kedua hanya dirasai selepas setengah jam. Tarikan kedua ini membuahkan hasil dan sotong berjaya digaik naik ke darat. Saiz yang sungguh mengejutkan di kawasan pesisir pantai.

Sotong yang baru dinaikan

Jig yang berjaya menawan Sang Gergasi

Saiz yang mendebarkan hati pencandat

Berat selepas ditimbang 1.2 kg

Disebabkan tiada alat penimbang yang dibawa, sotong hanya ditimbang di rumah. Berat mencapai 1.2 kg dan mungkin lebih berat jika ditimbang semasa hidup. Saiz sotong ini sangat dicemburui oleh ahli-ahli pencandat tegar sotonglaut. Masing-masing sedang berusaha untuk memadamkan rekod 1.2 kg dengan sotong baru kawasan pesisir.


Peralatan yang berjaya menawan sang gergasi pantai

Sotong saiz sebegini biasa dijumpai di laut lepas tetapi jarang ditangkap di kawasan pesisir kerana pencandat pesisir selalu menggunakan jig bersaiz kecil dan selalunya sotong besar akan mudah terlepas. Jika jig saiz besar digunakan di pesisir, risiko jig tersangkut sangat tinggi. Ini merupakan salah satu sebab mengapa jig bersaiz besar jarang diguna di kawasan pesisir. Ambe harap ada sahabat-sabahat yang berjaya menawan sotong yang lebih besar selepas ini. Sehingga berjumpa lagi-Abe Din
Read more >>

Trip Sulung 2016

Salam kunjungan untuk semua. Post kali ini akan memaparkan serba sedikit perjalanan Trip Pulau Pertama 2016. Trip kali ini disertai oleh 5 peserta bersama seorang ahli baru. Tujuan utama ialah memancing ikan sambil menduga kehadiran sotong di pulau. Walaupun penat membaling jig udang...seekor sotong pun  tak sudi membalas salam. Kami simpulkan... sotong belum masuk ke kawasan pulau maka keseluruhan trip tertumpu kepada memancing ikan. Layanzz-Abe Din


Pertama kali mendapat di pulau 2016


Salah seorang peserta trip sulung 2016


Antara hasil yang ditangkap



Kenangan trip sulung 2016
Read more >>

10 May 2016

Lesen Sotong 2016

Salam kunjungan untuk semua. Semakin hari, hati semakin resah kerana lesen peribadi sotong mabang 2016 masih belum muncul lagi. Kesibukan kerja menyebabkan jumlah trip sangat sedikit dan peluang menangkap sotong juga makin tipis. 

Ikhwan dan Zul sudah pun mendapat lesen masing-masing. Walaupun saiz kecil, lesen tetap lesen. Malam itu... bergegas juga dengan sahabat sotonglaut ke lokasi biasa dengan hasrat mencari lesen. Bak kata orang kalau sudah rezeki... seekor bapak sotong telah berjaya dijerat. Menamatkan kemarau lesen mabang 2016.

Baru boleh rasa tarikan sotong selepas kali terakhir pada tahun lepas. Harap-harap sotong ini menjadi penyuntik semangat untuk bertarung dengan sotong-sotong lain sepanjang tahun 2016 ini-Abe Din

Tarikh Lesen diperolehi : 19 Mac 2016. Jam 11.30 malam di Kemaman.


Lesen 2016- Sotong bersaiz sederhana

Penamat kemarau lesen sotong

Tarikan yang mencederakan jig kesayangan



Read more >>

Sotong Mabang Zul..


Salam kunjungan untuk semua. Baru-baru ini.. Zullkifly hantar beberapa keping gambar sambil menayang sotong yang berjaya didaratkan. 

Rasa geram juga bila tengok lokasi candat yang air lautnya tenang. Rasa macam terus nak turun ke pantai. Apakan daya kerja masih banyak yang belum siap.

Dapat juga Zul dua ekor sotong mabang. Saiz memang sedap buat lauk. Dalam hati berkira-kira bilalah masa dan ketika untuk bertarung dengan mabang. Rasa gatal dah tangan.



Dua ekor rakan yang tertewas

Gambar hensem bersama sotong

Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing