Salam kunjungan untuk semua.
Tarikh tangkapan: 25 Mac 2016. Lokasi: Kemaman. Jumlah Tangkapan: 3 ekor bersaiz lengan orang dewasa. Jenis jig yang digunakan: Yamashita Pink. Layanzzz- Abe Din
Antara saiz yang memuaskan pencandat
3 Saudara yang berjaya ditangkap
Si mata hijau yang menawan hati
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua. Malam 22 Mac 2016. Lokasi Kemaman, Terengganu. Seekor sotong mabang besar telah berjaya ditangkap. Sebenarnya pada malam itu dua ekor berjaya dinaikkan cuma yang seekor lagi saiznya lebih kecil... hanya sebesar lengan orang dewasa sahaja. Post kali ini tertumpu pada sotong yang ditunjukkan dalam gambar. Sotong berkenaan adalah sotong terbesar yang ditangkap setakat ini di persisir pantai. Sotong sebegini biasa dijerat di laut tetapi agak sukar untuk dijumpai di kawasan pesisir.
Jig yang digunakan pada mulanya adalah jenis Yamashita Calamari coklat saiz 2.0. Sotong ini melawan dengan kuat menggunakan jig coklat 2.0 tetapi berjaya melepaskan diri. Apabila menyedari saiznya yang besar. Jig ditukar kepada Yamashita pink bersaiz 2.5. Tiada sambutan sehingga setengah jam ambe memujuk. Ambe beranggapan mungkin sotong berkenaan cedera atau kesakitan. Tarikan kedua hanya dirasai selepas setengah jam. Tarikan kedua ini membuahkan hasil dan sotong berjaya digaik naik ke darat. Saiz yang sungguh mengejutkan di kawasan pesisir pantai.
Sotong yang baru dinaikan
Jig yang berjaya menawan Sang Gergasi
Saiz yang mendebarkan hati pencandat
Berat selepas ditimbang 1.2 kg
Disebabkan tiada alat penimbang yang dibawa, sotong hanya ditimbang di rumah. Berat mencapai 1.2 kg dan mungkin lebih berat jika ditimbang semasa hidup. Saiz sotong ini sangat dicemburui oleh ahli-ahli pencandat tegar sotonglaut. Masing-masing sedang berusaha untuk memadamkan rekod 1.2 kg dengan sotong baru kawasan pesisir.
Peralatan yang berjaya menawan sang gergasi pantai
Sotong saiz sebegini biasa dijumpai di laut lepas tetapi jarang ditangkap di kawasan pesisir kerana pencandat pesisir selalu menggunakan jig bersaiz kecil dan selalunya sotong besar akan mudah terlepas. Jika jig saiz besar digunakan di pesisir, risiko jig tersangkut sangat tinggi. Ini merupakan salah satu sebab mengapa jig bersaiz besar jarang diguna di kawasan pesisir. Ambe harap ada sahabat-sabahat yang berjaya menawan sotong yang lebih besar selepas ini. Sehingga berjumpa lagi-Abe Din
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua. Post kali ini akan memaparkan serba sedikit perjalanan Trip Pulau Pertama 2016. Trip kali ini disertai oleh 5 peserta bersama seorang ahli baru. Tujuan utama ialah memancing ikan sambil menduga kehadiran sotong di pulau. Walaupun penat membaling jig udang...seekor sotong pun tak sudi membalas salam. Kami simpulkan... sotong belum masuk ke kawasan pulau maka keseluruhan trip tertumpu kepada memancing ikan. Layanzz-Abe Din
Pertama kali mendapat di pulau 2016
Salah seorang peserta trip sulung 2016
Antara hasil yang ditangkap
Kenangan trip sulung 2016
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua. Semakin hari, hati semakin resah kerana lesen peribadi sotong mabang 2016 masih belum muncul lagi. Kesibukan kerja menyebabkan jumlah trip sangat sedikit dan peluang menangkap sotong juga makin tipis.
Ikhwan dan Zul sudah pun mendapat lesen masing-masing. Walaupun saiz kecil, lesen tetap lesen. Malam itu... bergegas juga dengan sahabat sotonglaut ke lokasi biasa dengan hasrat mencari lesen. Bak kata orang kalau sudah rezeki... seekor bapak sotong telah berjaya dijerat. Menamatkan kemarau lesen mabang 2016.
Baru boleh rasa tarikan sotong selepas kali terakhir pada tahun lepas. Harap-harap sotong ini menjadi penyuntik semangat untuk bertarung dengan sotong-sotong lain sepanjang tahun 2016 ini-Abe Din
Tarikh Lesen diperolehi : 19 Mac 2016. Jam 11.30 malam di Kemaman.
Lesen 2016- Sotong bersaiz sederhana
Penamat kemarau lesen sotong
Tarikan yang mencederakan jig kesayangan
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua. Baru-baru ini.. Zullkifly hantar beberapa keping gambar sambil menayang sotong yang berjaya didaratkan.
Rasa geram juga bila tengok lokasi candat yang air lautnya tenang. Rasa macam terus nak turun ke pantai. Apakan daya kerja masih banyak yang belum siap.
Dapat juga Zul dua ekor sotong mabang. Saiz memang sedap buat lauk. Dalam hati berkira-kira bilalah masa dan ketika untuk bertarung dengan mabang. Rasa gatal dah tangan.
Dua ekor rakan yang tertewas
Gambar hensem bersama sotong
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua. Pada kali ini ambe nak berkongsi satu peristiwa yang mengharukan. Seekor penyu telah dijumpai mati dibunuh berhampiran pantai di Kerteh. Ketika ambe menjalankan aktiviti di pantai berkenaan, Ambe terjumpa seekor penyu agar, betina yang telah pun hampir busuk terdampar di pantai.
Dari pemerhatian, penyu berkenaan mati disebabkan dibunuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Siripnya diikat dengan pelampung. Disebabkan gagal untuk menyelam ke laut mencari makan, penyu berkenaan mati kelaparan. Kemungkinan penyu ini terkena pukat nelayan di kawasan berkenaan. Selalunya jika penyu melanggar jaring, jaring akan rosak teruk. Mungkin ini adalah satu cara balas dendam yang tidak berperikemanusiaan.
Penyu betina yang dijumpai mati di pantai
Kasihan sungguh.
Kenapa ia diseksa sedemikian rupa
Ambe telah menelefon Pengarah Pusat Konsevasi Penyu Ma'Daerah Kerteh untuk memaklumkan kejadian berkenaan. Tidak berapa lama kemudian tiga orang kakitangannya sampai mengambil maklumat seperti saiz, jenis dan jantina. Mereka menanam bangkai penyu berkenaan di kawasan berhampiran.
Petugas Jabatan Perikanan menanam bangkai penyu
Penyu menangis siapa yang tahu
Ambe juga dimaklumkan pada hari yang sama seekor lagi penyu telah dijumpai mati di Paka. Beberapa hari kemudian seekor lagi penyu dijumpai mati di Kemasik. Kempen kesedaran perlu lebih dipergiatkan terutama kepada kumpulan sasaran seperti nelayan. Mungkin undang-undang perlu lebih diperketatkan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Mungkin masih yang belum memahami tentang peranan khazanah berharga negara ini. Jika hilang memang sukar dicari ganti. Sudah lama penyu menangis tetapi tidak ramai yang ambil tahu.-Abe Din
Read more >>
Salam kunjungan kepada semua pengunjung. Pada post kali ini... ambe nak share cara mengubahsuai jig udang yang biasa digunakan oleh pemancing Jepun. Pemancing Jepun menggunakan kepingan kertas aluminum nipis yang mempunyai pelekat di belakangnya. Kertas aluminum digunting bentuk empat segi yang agak lonjong dan dilekatkan di belakang jig udang sebelah atas berhampiran ekor. Ubahsuai ini mampu menarik perhatian sotong dalam jarak yang jauh. Selamat Mencuba-Abe Din
Contoh 1
Contoh 2
Read more >>