Salam kunjungan untuk semua pelawat sotonglaut. Hari ke 6 bulan syawal sempat berkunjung ke lokasi biasa untuk menduga mabang laut. Trip daratan pertama selepas hari raya membuahkan hasil. Seekor sotong tunggal telah didaratkan dengan jayanya-Jumpa lagi, Abe Din
.
08 August 2015
04 July 2015
Petualang Di Kemasik
Salam kunjungan untuk semua pelawat dan pengunjung sotonglaut. Baru-baru ini... ambe sempat berkunjung ke sebuah pantai terkenal, di Kemasik. Berjalan mengharung kesejukan waktu subuh seorang diri. Lama sungguh tak singgah ke sini... mungkin ada sotong besar yang sedang menunggu tuannya.
Sampai ke lokasi selepas subuh, ketika air pasang. Tanpa menunggu lama... dalam samar-samar cerah tanah, candat dibaling berkali-kali mengharapkan ada sotong yang sudi menyambut salam selamat datang di pagi hari. Rasa macam nak tercabut bahu sebelah kanan. Masih tiada sambutan sehingga matahari mula keluar hinggalah jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Kecewa dan hairan... memang frust juga. Air pagi tu memang cantik. Mustahil tiada sotong yang bermain.
Berkemas seminit dua terus mengatur langkah menghala ke tempat letak kereta... ketika pulang barulah semua kemusykilan yang bermain di dalam kepala terjawab. Beberapa tompok minyak disyaki minyak kapal terdampar merata-rata di kawasan batu dan pasir pantai. Patutlah sotong tak sudi menyambar jig yang dilontar. Sotong memang dah lari ke tengah laut. Pencemaran minyak merupakan satu faktor yang menyebabkan sotong tidak bermain di kawasan Pantai Kemasik. Ahli sains telah lama menggunakan sotong bagi meramal pencemaran air laut. Jika kawasan berkenaan banyak sotong... itu menunjukkan kawasan berkenaan tidak tercemar.
Apa yang peliknya... adakah perkara ini tidak disedari oleh pihak berwajib kerana tinjauan di kawasan Chagar Hutan juga menunjukkan kehadiran tumpahan minyak yang terdampar di kawasan pantai. Memang kawasan perairan Kemaman merupakan kawasan laluan kapal-kapal dagang dan kapal pengangkut. Kemaman juga mempunyai dua pelabuhan utama yang menjadi lokasi laluan dan persinggahan kapal. Tidak keterlaluan jika ambe katakan... minyak berkenaan adalah dari sisa buangan kapal. Di dalam media massa juga tidak dilaporkan sebarang kes tumpahan minyak yang berlaku ketika itu.
Kesan tumpahan minyak walaupun dalam skala kecil, sedikit sebanyak boleh mempengaruhi keindahan pantai, kehadiran pelancong dan kelangsungan hidup hidupan marin itu sendiri. Pemantauan dan tindakan segera perlu dilakukan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.-Abe Din
Label:
Umum
Trip Pulau 2-2015
Salam kunjungan untuk semua. Post kali ini berkisar tentang trip pulau kedua yang telah dijalankan seminggu selepas trip pertama. Trip kali ini kurang membuahkan hasil lumayan kepada kami. Kebetulan laut agak bergelora menyebabkan keadaan air agak keruh dan tidak begitu sesuai untuk casting mabang. Walaupun begitu... tangkapan kali ini didominasi oleh spesies ikan. Banyak ikan didaratkan manakala sotong menyepikan diri sehingga trip tamat.
Walaupun begitu trip berikutnya akan diatur secepat mungkin dan tentunya keadaan cuaca dan laut akan dijadikan panduan utama. Trip pulau ke-3 berkemungkinan besar tidak akan dipaparkan di sini kerana perjalanan trip akan dirakam dan diterbitkan di dalam sebuah Majalah Pancing Popular di negara kita. Jika tiada aral yang melintang... besar kemungkinan trip yang dirancang dapat berjalan dengan baik. Sama-samalah kita tunggu saat dan ketikanya. Hingga berjumpa lagi-Abe Din
Perserta baru yang ingin mencuba nasib
Mempersiapkan kelengkapan perang
Mengharap tuah di tempat orang
Sifu ikan... ingin menduga tarikan sotong mabang
Label:
Sotong Mabang,
Trip Pulau
Trip Pulau 1-2105
Salam kunjungan untuk semua pengunjung. Post sekitar trip pertama di kawasan pulau. Kunjungan hormat bagi tahun 2015 bertujuan meninjau kehadiran sotong mabang. Kebetulan pula malam pertama, kawasan pulau dilanda hujan lebat dan kilat. Sebelah malam memang tak boleh nak buat apa. Keesokannya barulah kami boleh mula casting sotong mabang. Rezeki kali ini tidak seberapa tetapi kesimpulan yang boleh dibuat... sotong mabang sudah mula bertandang ke kawasan ini.
Trip pertama ini merupakan asas bagi mengatur trip yang berikutnya. Sehingga berjumpa lagi-Abe Din.
Antara peserta trip 1-2015
Hasil tangkapan siri 1
Tangkapan terbesar trip kali ini
Label:
Sotong Mabang,
Trip Pulau
Sekitar April 2015
Salam kunjungan untuk semua sahabat-sahabat dan pengunjung sotonglaut.blogspot.com/. Pada post kali ini... ambe hanya muatkan kompilasi tangkapan sekitar April 2015. Maklumlah masa untuk berblogging semakin hari semakin kurang... banyak masa dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti rutin lain hinggakan tidak berkesempatan untuk update blog. Semoga paparan ini sedikit sebanyak mampu mengubat rindu pengikut-pengikut blog sotonglaut. Hingga berjumpa lagi-Abe Din.
Label:
Sotong Mabang,
Trip Daratan
30 May 2015
Handmade candat bulu
Salam kunjungan untuk semua pelawat. Pada post kali ini..ambe ingin berkongsi satu lagi kaedah untuk membuat modifikasi kepada jig udang agar lebih efektif dan berkesan. Diharap pencandat-pencandat tegar sudi mencuba sedikit perkongsian yang diperturunkan di sini. Semoga ia bermanfaat untuk semua.
Pada masa kini, sudah terdapat jig yang mempunyai lubang pada pemberatnya. Ini akan lebih memudahkan kita untuk memasang bulu-bulu yang dikehendaki. Pastikan bulu yang diikat tidak terlalu banyak kerana ia akan mempengaruhi renangan dan keseimbangan jig ketika berada di dalam air. Sebenarnya bulu-bulu yang di ikat meniru seakan-akan kaki pada udang. Jika warna jig yang dipilih bersesuaian dengan warna kaki yang dipadankan, tentunya ia akan membuka selera sotong untuk mengejar dan menyambar jig yang dipersembahkan. Selamat mencuba. Jumpa lagi-Abe Din.
Label:
Candat
Joran Baru
Salam kunjungan untuk semua. Baru-baru ini ambe merayau-rayau di beberapa kedai pancing di kawasan Dungun.... sempat sambar joran sebatang. Harga dalam RM165. Jenis aksi ringan dengan nilai PE 0.3-1.3. Nampak macam best je... Lembut sungguh. Rasa-rasa kalau dapat bapak sotong... jenuh juga nak bawa naik.
Senjata baru 2015-Limited edition.
20 batang berada di Semenanjung
manakala 30 Batang lagi di Sabah sarawak
Aksi yang boleh dimainkan dengan joran
Kekuatan dan kupayaannya bakal
teruji sedikit masa lagi
Alang-alang dah datang Dungun..
Sempat juga sambar Yamashita sekotak
Habis jig coklat bintik ambe borong
Kalau untuk rekreasi memang joran ni sangat sesuai... kalau nak cari buat makan payah sikit kalau nak dapat banyak. Walaupun begitu... kena test di lapangan untuk menguji keberkesanan dan sensitivitinya merasa sentuhan sang lembut. Jumpa lagi. Bye-Abe Din
Label:
Joran
Subscribe to:
Posts (Atom)









































