"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

05 August 2013

Umpan Sotong

Salam sejahtera dan selamat berkunjung ke blog sotonglaut kepada semua yang sudi bertandang ke sini. Pada post kali ini, aku akan menyentuh tentang umpan sotong. Seperti yang umum telah tahu, sotong biasa dijadikan umpan untuk memancing ikan kebiasaanya di laut. Umpan sotong memang popular dan mudah digunakan. Cara pengendalian yang mudah dan cepat merupakan satu sebab mengapa umpan sotong menjadi pilihan pemancing. Daging sotong yang liat juga sukar untuk tercabut dari mata pancing ketika disambar ikan.

Walaupun umpan sotong mempunyai kelebihan... ia juga mempunyai kelemahan tersendiri. Pada kali ini, aku akan cuba berkongsi beberapa tips penggunaan umpan sotong bagi tujuan memancing ikan. Maklumat yang aku list kat sini hanya beberapa kerat sahaja... mungkin korang ada pengalaman yang lebih banyak lagi... kongsi le sama. Jangan kedekut sangat.

Kelebihan
1-Daging yang liat sukar tercabut
2-Mudah dipotong mengikut bentuk disukai
3-Mudah dibeli di pasar
4-Cepat: Memotong dan mencangkuk
5-Tahan lama di dalam air
6-Boleh simpan lebih lama
7-Harga murah

Kelemahan
1-Umpan statik
2-Berbau jika lama terdedah
3-Dakwat: Kotor ketika dipotong
4-Lalat cepat tertarik
5-Sotong lama kurang afektif
6-Kulit sukar ditanggal dari mata kail



Sotong terbukti mampu menjerat pelbagai 
spesies ikan terutamanya spesies ikan karang

Kebiasaannya aku akan memotong umpan terlebih dahulu sebelum turun ke laut. Umpan yang dipilih adalah umpan baru dan berdaging keras. Umpan yang dipotong perlulah bersesuaian dengan saiz mata kail yang hendak digunakan. Potong memanjang serta asingkan bahagian kepala dan badan sotong ke dalam bekas yang berbeza. 

Potong umpan lebih awal banyak kelebihannya iaitu anda tidak perlu bersusah payah memotong umpan ketika berada di dalam bot. Memotong umpan sotong dalam bot akan mengotorkan persekitaran bot. Cuba korang bayangkan jika ikan sedang galak makan umpan. Semua pemancing tentu sibuk meminta umpan dan memotong umpan. Suasana dalam bot sedikit kecoh... tangan pula kotor dan tidak selesa untuk memegang umpan dan batang pancing. Memang korang boleh basuh tangan ... sempat ke?


Persediaan awal memudahkan aktiviti memancing

Lebih baik korang sedia awal... pastu asingkan ke dalam bekas mengikut jumlah pemancing... lebih senang dan korang boleh menumpukan perhatian korang kepada menurun dan menaikan tangkapan sahaja..... satu lagi ikat mata kail yang putus.

Aku juga nak share cara mencangkuk umpan sotong pada mata kail. Aku belajar kaedah ni daripada seorang nelayan tua kat tempat aku. Umpan sotong yang dicangkuk mestilah dipotong memanjang dan dicangkuk dalam keadaan menjurai. Dia kata, ikan besar selalunya akan menyambar bahagian pangkal.... berdekatan mata kail. Ikan kecil pula lebih cenderung menggigit bahagian ekor. Betul atau tidak... korang cuba sendiri. Aku?... dah lama dah praktis kaedah ni dan memang menjadi. Lagi satu cangkukan umpan dalam keadaan menjurai ini akan menjadikan keadaan sotong tidak begitu statik dan mampu menarik perhatian ikan.

Sampai di sini dahulu celoteh aku... jumpa lagi di lain masa. Selamat memancing.
Abe Din.
Read more >>

Sedamai Hati..

Selamat datang kepada semua pelawat. Pada minggu akhir sebelum ramadhan, aku sempat singgah di Pantai Telok Kalong, Kijal.... ketika itu aku dalam perjalanan pulang dari Chukai menghala ke arah Kuala Terengganu. Lama sungguh tak singgah ke sini... hati mengajak-ngajak untuk singgah barang seketika. Sambil merasa kelazatan otak-otak dan satar Kijal. Opsss... untuk pengetahuan korang "otak-otak" tu nama sejenis makanan popular kat sini. Jangan salah faham pulak..

Masa aku sampai air sedang menyurut dan suasana sangat tenang. Bot-bot nelayan sedang berlabuh di pesisir pantai. Ada juga pengunjung-pengunjung yang asyik mandi-manda. Di satu sudut yang lain kelihatan beberapa individu sedang asyik mencandat sotong. Rasa amacam nak test power kat sini.... tapi apakan daya, aku cuma singgah sekejap sahaja.

Deretan bot nelayan. Di hujung sana... 
terdapat beberapa orang pencandat sedang 
asyik mencandat sotong mabang.


Suasana yang indah dan mendamaikan

Nelayan tidak ke laut semasa air surut.

Ada juga yang bermandi-manda di sini.

Nampak gayanya... pantai ini memang menjadi tumpuan penduduk bagi banyak aktiviti. Semasa lawatan singkat ke sini... satu pertandingan karaoke sedang berlangsung berdekatan gelanggang futsal. Beberapa individu juga kelihatan sedang leka bermain futsal di kawasan yang disediakan. Suasana nampak agak meriah dengan orang ramai.

Aku tidak begitu tertarik dengan aktiviti orang ramai... aku lebih banyak memberi tumpuan kepada keadaan yang berlaku di pantai dan laut. Dalam benak fikiran... aku tertanya-tanya... ada sotong ke kat sini? Dalam diam aku sudah mula mengatur rancangan untuk datang lagi ke sini.... tapi... untuk mencandat sotong. Bile yer?... tak tau lagi.
Abe Din.
Read more >>

Kenal Lokasi

Selamat datang kepada semua pengunjung. Terima kasih di atas kesudian korang berkunjung ke blog buruk aku nih.. Lama rasanya aku tidak menjenguk ruangan post artikel ni. Sejak akhir-akhir ni sibuk kerja... tak sempat nak update blog. Cari-cari ruang... sempat juga update sikit.

Pada post kali ini, aku nak share sedikit panduan mencandat dengan korang. Salah satu masalah utama pencandat landbase ialah kehilangan mata candat akibat tersangkut pada struktur dalam air seperti batu karang. Harga candat memang mahal, kalau tersangkut sekor candat... boleh koma sekejap. Cuba bayangkan harga candat... yang agak bagus sedikit lebih kurang RM38 sekor. Kalau baru beli... baling dua tiga kali, tersangkut. Emm... kecewa jiwa raga. Orang kata frust menonggeng.


Masa sesuai melawat kawasan ialah ketika air surut

Ramai pencandat hanya melawat lokasi mencandat ketika waktu malam iaitu ketika aktiviti memancing. Tabiat ini menyebabkan mereka tidak begitu menguasai keadaan lokasi mereka mencandat sotong. Mereka tidak tahu kedudukan struktur-struktur batuan, kayu, lumut, karang yang boleh menyebabkan candat mereka tersangkut.

Jika candat kerap tersangkut dan putus ia tentu akan merugikan pencandat. Aku mencadangkan agar korang sekali-sekala pergilah melawat lokasi tempat korang mencari rezeki pada waktu siang. Kenapa siang? Pada ketika ini, korang boleh melihat keadaan dalam air yang berpotensi dan lokasi tidak sesuai untuk melakukan aktiviti mencandat sotong. 

Ketika air jernih... struktur dalam air mudah dilihat. Lebih-lebih lagi jika korang berada di lokasi yang agak tinggi. Jika air surut, korang dapat lihat struktur yang timbul dengan lebih jelas. Beberapa kesimpulan boleh korang buat seperti... tempat ini tidak sesuai dibaling candat.. sangkut. Tempat ini sesuai. Batuan tu sesuai untuk dijadikan base lontaran. Kawasan ini sesuai mencandat ketika air pasang. Kawasan ini sesuai ketika air surut dan lain-lain lagi. Semua kesimpulan yang korang buat boleh membantu korang ketika korang mencandat sotong di malam hari.


Kenali lapangan : Ramai yang tidak amik peduli

Tempat tinggi: Pemerhatian lebih luas

Jadi... korang cari lah masa yang sesuai untuk melawat lokasi mencandat korang pada waktu siang. Semoga lawatan korang akan membuahkan hasil dan risiko candat tersangkut akan dapat diminimakan. Sehingga berjumpa lagi.
Abe Din
Read more >>

14 July 2013

Sambal Sotong

Salam Ramadhan untuk semua pengunjung sotonglaut. Selamat berpuasa kepada semua pengunjung beragama Islam. Semoga anda mendapat keberkatan daripada-Nya. Pada post kali ini, aku ingin berkongsi satu resipi berbuka puasa berasaskan sotong. Resipi kali ini ialah sambal sotong yang dimasak bersama bunga kantan.

Bunga kantan adalah spesies pokok herba jenis halia. Bezanya halia kita guna bahagian batang dalam tanah (ubi)... bunga kantan kita ambil bunga di batang bahagian atas. Bunga kantan sangat sinonim dengan masyarakat melayu... ia banyak tumbuh di kampung-kampung, Tepi-tepi paya yang berair dan kawasan daratan yang terlindung. Baunya cukup kuat dengan rasa dan aroma yang tersendiri.

Sebelum memasak resepi ini, korang perlu menyediakan bahan-bahan berikut terlebih dahulu. Bawang kecil dan bawang putih (dimayang atau ditumbuk), bawang besar ( hiris membulat), bunga kantan (dihiris halus), cili kering (ditumbuk), sotong (dibersih dan dipotong membulat atau memanjang), Air asam jawa, garam, gula dan perasa.


 Juadah berbuka puasa. Cepat dan ringkas


Mula-mula, panaskan minyak masak. Goreng bawang hingga kuning. Masukkan cili kering... selepas pecah minyak, letak air asam jawa dan bunga kantan. Biarkan hingga hampir mendidih. Masukkan sotong yang telah dipotong. Korang boleh gunakan sotong torak, sotong mabang, sotong jarum atau sotong ketupat. Aku lebih suka menggunakan sotong ketupat kerana isinya yang lembut.

Selepas sambal mula pecah minyak... korang letak garam, gula atau perasa yang sesuai ke dalam kualiti. Last sekali korang letak bawang besar yang dipotong membulat. Biar seketika, kacau dan test rasa sekali. Kalau korang suka pedas, tambahkan cili padi yang ditumbuk atau serbuk lada hitam. Korang juga boleh menambah daun kesom ke dalam sambal korang bagi menambahkan  lagi aromanya.



Dimakan bersama nasi

Jika korang mahukan kuahnya lebih pekat, jangan tambah air kerana air dari sotong akan keluar ketika dimasak. Jika korang gunakan sotong jarum atau sotong ketupat, jangan masak terlalu lama kerana faktor isinya yang lembut.

Anda juga boleh membuat perubahan masakan dengan menambahkan taucu atau petai biji. Sambal sotong ini sesuai dimakan dengan nasi, ketupat atau lemang. Aku harap korang cuba buat untuk juadah berbuka korang nanti. Hingga kita berjumpa lagi. Selamat berpuasa.
Abe Din
Read more >>

08 July 2013

Luminous dan Jig

Salam pertemuan untuk semua. Terima kasih kepada semua pelawat dan followers yang sudi bertamu di blog buruk aku ni. Post kali ini adalah sambungan kepada post aku sebelum ini iaitu berkaitan dengan ubahsuai jig. Dedulu... aku pernah post artikel berkaitan dengan cat luminous ni... kali ni aku post sekali lagi. Kebetulan hari ni.. ada seorang kenalan maya sotonglaut bertanya tentang cat luminous. Dengan anggapan ramai yang masih belum tahu dan niat nak share dengan korang... aku post le sekali lagi tentang cat ajaib ni. Baik tak aku.. kihkih.

Terima kasih Rimau Akor.. Di atas Sokongan Anda 

Untuk Pengetahuan Rimau Akor... cat berkenaan aku beli kat Chukai, Kemaman. Ada satu kedai Melayu hadapan Masjid Sultan Ahmad. Boleh le gi cari. Harga dia RM35. Lama dah beli... Warna putih dan hijau je ada. Hok lain sume habis.

Sejak aku post artikel tentang candat bola... memang ramai yang tanya dan nak cuba buat. Candat ciptaan aku nih memang killer abis. Banyak dah sotong aku dapat dengan ubahsuai candat ni. Sesaper lum cuba, boleh try buat sendiri. Candat bola ni telah diuji di lapangan dan pernah melenyapkan penguasan candat harga mahal. Pernah sorang mamat tu pakai candat mahal. Pusing aku dua tiga kali tak dapat sotong. Aku dengan candat bola tak menang tangan dok layan sotong. Masa tu malam, dia tak nampak candat aku. Aku tak bagitau die.... camane nak bagitau, dia tak tanya. Kah kah.. Lastly... dengan penuh gaya, dia terus belah dari situ.
Ni le rupa cat tu....
Hijau tu, contoh Yamashita murah yang telah disolek.


 Tiga ekor jig. Hok atas tu belum disolek
Harga jig sekor... RM4.00

Untuk menyolek dan menghasilkan candat bola ni, tak le susah mana. Makan lagi susah. Celup berus cat dalam cat luminous kemudian korang buat le corak ikut suka korang contohnya belang-belang macam kat atas tu. Corak baju tentera pun boleh. Candat bola peringkat awalnya, bercorak bulat-bulat yang dibuat secara rawak pada badan jig. Korang jangan cat keseluruhan badan jig... melampau le tu. Sikit je... ujian yang aku buat, jika cat terlalu banyak.. power jig akan hilang.

Selalunya bahagian perut jig dibiarkan seperti asal. Cat juga pada belakang mata jig (di tengah-tengah). Jika korang pandai cat seolah-olah macam ikan. Camne nak tau corak ikan. Haa.. ni nak kabo ni. Sabor sikit boleh?

Memula cat lebih kurang pada jig yang korang tak pakai atau kat rapala ikan pun boleh. Buat beberapa garisan halus melintang atau ikut suka korang le camne korang nak buat. Pastu... tutup lampu. Haa corak yang nampak tu le. Kalau rupa jig macam ikan bilis... kira ok le tu. kalau corak nampak serabut je... lari sotong nanti. Untuk maklumat korang... corak yang simple dan ringkas lebih berkesan. Tak caye... cuba le sendiri.

 Jig mahal. Tak Berbaloi korang cat. 
Buang masa dan tenaga je..
Kalau jig tu dah uzur... haa, cepat-cepat cat.


Jig Sederhana Mahal
Mampu mengalahkan jig mahal selepas di"bola"kan.


Jig murah... Emm..
Cepat le korang cat. 
Kuasanya akan bertambah.

Apa yang aku catat kat sini... hanya nak kongsi dengan korang je. Sapa nak guna ilmu ni, boleh guna. Sapa tak mahu ... ikut suka korang le. Kalau ilmu ni dapat membantu korang... aku harap korang kongsi dengan mamber lain. Jangan kedekut. Tiada guna ilmu kalau korang simpan jer.. 

wuhh.. letih pulak asyik menaip jer. Berjam-jam perah otak cari idea nak share dengan korang. Aku nak gi makan lak. Jumpa lagi.
Abe Din
Read more >>

Ranking Pulau Ular

Ranking Lokasi Mencandat Sotong Mabang di Pulau Ular.

Selamat datang kepada semua pengunjung blog sotonglaut. Pada post kali ini Abe Din ingin berkongsi dengan pelawat semua tentang lokasi yang berpontensi untuk mencandat sotong mabang di persekitaran Pulau Ular. Bagi anda yang berhajat untuk datang ke sini... diharapkan perkongsian ini dapat membantu.

Susunan ranking lokasi berpotensi ini disusun berdasarkan pengalaman Abe Din selepas tiga trip yang dijalankan sebelum ini. Susunan populariti lokasi juga dibuat berdasarkan jumlah tangkapan di setiap lokasi dan juga saiz tangkapan yang diperolehi. Suka diingatkan di sini bahawa perkongsian ini tidak semestinya tepat kerana kehadiran sotong dan tabiat makannya banyak bergantung kepada cuaca semasa dan pasang-surut air laut.


RANKING 7 : Berhadapan dengan tapak khemah dan lokasi pendaratan bot. Kawasannya dipenuhi karang mati dan mudah tersangkut. Candat kerap tersangkut dan kemungkinan tali putus adalah tinggi. Disyorkan aktiviti candat dilakukan pada waktu malam ketika air pasang dengan menggunakan candat berat 2.0 gram.

RANKING 6 : Bertentangan dengan sebuah batuan besar. Sotong kerap dicandat di kawasan antara daratan dan batuan berkenaan. Risiko sangkut tinggi disebabkan kehadiran karang yang banyak di dasar kawasan ini. Disyorkan pencandat menggunakan candat bersaiz kecil berat 2.0. Paling efektif ketika air menyurut. Waktu sesuai pagi dan malam.

RANKING 5 : Bersebelahan kawasan ranking 6. Kawasan lebih dalam. Jika balingan dilakukan pada arah yang tepat... risiko sangkut adalah rendah. Candat disyorkan berat 2.0 gram. Paling efektif pada waktu pagi dan petang ketika air mula menyurut.




RANKING 4 : Berada bersebelahan ranking 3. Kerapkali sotong besar dinaikkan. Peratus candat tersangkut adalah tinggi. Berkesan siang dan malam. Paling efektif waktu pagi dan petang. Candat disyorkan 2.0 ketika air menyurut dan 2.5 ketika air pasang.

RANKING 3 : Kawasan berbatu. Peratus sangkut adalah tinggi. Saiz sotong pelbagai. Ketika sotong berada jauh disyorkan menggunakan candat 2.5 gram. Jika sotong berdekatan pantai, candat 2.0 paling sesuai. Untuk mengelakkan candat tersangkut.... karau dengan cepat apabila candat sampai berdekatan pantai. Berkesan waktu siang dan malam ketika air mula menyurut.

RANKING 2 : Kawasan tidak begitu dalam. Disyorkan candat 2.0 gram. Sotong sederhana dengan saiz yang serupa. Kadang-kadang sotong mega juga berjaya dijerat di kawasan ini. Waktu mencandat yang sesuai ketika air mula menyurut waktu pagi atau petang.





RANKING 1 : Lokasi paling dalam dan risiko sangkut paling rendah. Saiz sotong yang ditangkap hampir semuanya bersaiz mega. Sesuai ketika air pasang. Paling berkesan waktu pagi dan petang. Candat yang disyorkan 2.5 gram.

PERINGATAN DAN PANDUAN TAMBAHAN
Sotong di Pulau ini tidak begitu memilih warna umpan. Walaupun begitu semasa ujian dijalankan, warna merah, pink dan hijau paling mendapat sambutan. Pencandat dinasihatkan memakai baju berwarna lebih gelap agar sotong tidak takut datang berdekatan pantai. Sotong akan bergerak jauh ke tengah jika ia menyedari kehadiran manusia. Baju putih dan berwarna cerah wajar dielakkan.

Jika anda mencandat di waktu malam, anda dinasihatkan agar tidak kerap menyuluh ke arah air. Tindakan ini akan menakutkan sotong dan membahayakan pemancing. Ikan todak akan menjadi agresif jika ia terkejut dengan cahaya lampu. Sekiranya anda perlu gunakan lampu untuk mengikat tali pancing atau memasang candat... suluh lampu menghala ke arah bukit atau pulau.

Sekian dahulu untuk kali ini. Selamat berpuasa dan jumpa lagi.
Abe Din.
Read more >>

Ubah Jig Anda ?

Bertemu lagi di laman maya sotonglaut.blogspot.com. Pada post kali ini, aku nak kongsi dengan korang tentang keperluan mengubahsuai jig. Tajuk yang sama pernah aku post dalam blog ini satu ketika dahulu. Perlukan kita membuat ubahsuai kepada jig? Bila ketika yang paling sesuai untuk membuat pengubahsuaian? Apakah keadaan yang mendesak kepada keperluan ini? dan berbagai-bagai lagi persoalan yang perlu anda jawab sebelum ada mengambil keputusan untuk mengubahsuai jig anda.
Ubahsuai jig meliputi kepada bentuk badan, warna, keadaan mata candat, mata udang, bulu sisi, struktur tambahan dan kadar tempoh tenggelam jig. Sebelum sesuatu ubahsuai dilakukan anda perlu mengambil kira beberapa faktor seperti:
1-Harga candat anda
2-Peratus tangkapan candat anda
3-Perubahan keadaan air,kedalaman air, arus.
4-Peratus kehadiran sotong
5-Perubahan cahaya dan cuaca dll.

 
Perlukah Jig Anda Diubahsuai ?

Kadang-kadang jig anda tidak perlu kepada pengubahsuaian. Untuk mendapatkan sotong... anda perlu memperbaiki gaya tarian dan tarikan jig berkenaan. Cara persembahan jig dalam air banyak membantu menggoda sotong untuk memegang jig anda.


Faktor untuk mengubahsuai jig
1-Harga Candat
Jarang ubahsuai dilakukan kepada jig yang berharga mahal. Kerana candat mahal selalunya lebih afektif menarik minat sotong. Selalunya ubahsuai dilakukan pada jig murah yang kurang efektif menarik minat sotong.
2-Peratus Tangkapan Jig
Apabila peratus tangkapan oleh sesuatu jig rendah. Perlu pengubahsuaian pada jig berkenaan. Pemantauan keadaan ini melibatkan masa lebih lama. Peratus tangkapan juga dinilai pada situasi tangkapan yang pelbagai.
3- Perubahan Keadaan Air, Kedalaman Air dan Arus.
Keadan kejernihan air misalnya memerlukan perubahan kepada penampilan candat samada pada warna badan atau penambahan struktur lain. Kedalaman air pula mempengaruhi masa jig sampai ke sasaran... perlu kepada penambahan struktur seperti penggunaan sinker. Arus air yang berbeza memerlukan saiz pemberat yang berbeza. Sinker juga boleh membantu menambah berat jig.
4- Peratus Kehadiran Sotong
Kehadiran sotong yang rendah di sesuatu kawasan memerlukan kita melalukan sesuatu kepada jig yang kita gunakan. Apatah lagi jika ramai pencandat bersaing pada lokasi yang sama untuk mendapatkan sotong. Penampilan fizikal dan struktur perlu dilakukan.

5-Perubahan Cahaya dan Cuaca
Keadaan cuaca dan keamatan cahaya menghasilkan pandangan yang berbeza pada kulit jig. Penambahan cat luminous misalnya boleh meningkatkan lagi keberkesanan jig.

Jika anda orang berada... banyak jig dalam kotak candat. Tak perlu nak fikir banyak tentang hal ini. Ambil sahaja jig yang mahal.. terus baling. Sotong jarang menolak. Mereka yang hanya mempunyai candat murah.... kena le lebih kreatif untuk mempromosi jig anda kepada si lembut di dalam air. 

Hingga berjumpa lagi
Abe Din.
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing