Sambungan...
Jig mata hantu yang telah aku siapkan
Selepas mata jig asal ditanggalkan, panaskan besi yang mempunyai saiz yang sesuai dengan tali dan mata yang ingin digunakan. Cucuk besi yang panas merentasi mata sehingga tembus ke sebelah mata yang satu lagi. Gunakan bekas mata yang dicabut sebagai panduan untuk menebuk. Perlu diingat mata yang digunakan perlu sesuai dengan tali dan lubang yang ditebuk bagi mendapatkan hasil yang baik.
Pandangan dalam gelap (atas)
Pandangan dalam gelap (bawah)
Perbezaan jig yang belum dan sudah disolek
Potong tali lebih kurang sejengkal dan buat simpulan pada salah satu hujung tali. Masukkan mata ke dalam tali dan cucuk hujung tali yang satu lagi ke dalam lubang mata. Masukkan mata kedua, buat simpulan kedua dan kemaskan simpulan. Korang boleh memotong rapat atau membiarkan sedikit juraian tali pada hujung kedua-dua belah mata.
Tinggalkan sedikit juraian
lebih baik jika tali lembut digunakan
Tali luminous mampu beri kesan berbeza
Pemilihan luminous beads perlu mengikut kesesuain warna badan jig. Korang bebas memilih warna yang digemari. Terdapat pelbagai warna beads di pasaran seperti putih, hijau, merah dan kuning. Bagi pemilihan tali pengikat, tali yang sesuai termasuklah tali tangsi, tali reket badminton, tali fly fishing dan pelbagai lagi tali yang bersifat kenyal.
Tali disyorkan dari jenis yang lembut dan berwarna gelap. Kelembutan tali diperlukan kerana semasa jig ditarik, tali yang lembut akan mudah berayun dan warnanya yang gelap akan menjadikan seolah-olah mata lumonius berkenaan berkelip dan bergerak apabila tali berayun berulang-alik melepasi luminous beads.
Pelbagai jenama Luminous Bean / Luminous Beads
terdapat dalam pasaran dengan harga yang murah
Pandangn yang lebih jelas
Lepas ini, bolehlah korang cari balik jig-jig lama dan berikan nafas baru agar jig berkenaan dapat berfungsi semula. Aku harapkan perkongsian kali ini akan memberi manfaat kepada kita. Semua yang baik datang dari Allah yang maha esa, sebarang kelemahan datang dari diri aku sendiri. Salah silap harap dimaafkan. Semasa artikel ini ditulis, aku masih berkelubung demam dah dua tiga hari. Doakan semoga aku cepat sembuh. Tunggu siri 3: ubahsuai kaedah yang sama pada jig torak. Hingga berjumpa lagi-Abe Din
No comments:
Post a Comment