Salam kunjungan untuk semua sahabat sotonglaut. Satu trip lepas raya yang dirancang lebih dari sebulan akhirnya dapat dilaksanakan. Peserta trip dengan 12 orang ahli telah masuk ke pulau dengan 3 kali diangkut menggunakan bot dari pukul 3.00 hingga 4.00 petang. Seperti biasa "tekong power", tekong Anuar menjadi sandaran utama pertarungan kali ini.
Peserta-peserta trip ke-6
Sembilan peserta adalah peserta baru dari Kuantan, Temerloh dan Singapura. Di sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebat. Berita yang diterima, hujan lebat berlaku dari Kuantan hingga ke Dungun. Risikan laman web menunjukkan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku dua tiga hari lagi. Selepas tiba di jeti... hujan mula berhenti. Alhamdulillah hujan tidak turun sehingga trip tamat keesokannya.
Peserta yang masuk ke pulau menaiki bot paling awal memang bertuah kerana berjaya menjerat sang lembut sebaik sahaja selesai barang di punggah ke darat. Sementara menunggu peserta pusingan ke dua sampai, 3 orang peserta pertama telah pun berjaya mendaratkan berbelas-belas ekor sotong.
Tangkapan Pusingan Pertama-Sebelum Senja
Saiz memang boleh tahan
Sotong sangat galak memegang jig hampir meliputi keseluruhan kawasan pulau. Taburannya sangat meluas. Ada kawasan yang tidak pernah dinaikkan sotong pada trip sebelumnya telah menjadi kawasan sotong bermain. Rata-rata adalah bersaiz penumbuk hingga sebesar lengan manusia. Sotong besar pada kali ini ialah seberat 1.28 dan 1.15 kg yang menyambar jig pada waktu malam.
LAPORAN KESELURUHAN TANGKAPAN:
1-Amir (18)
2-Kumpulan Zul (20)
3-Rizuan (23)
4-Kumpulan Apiz (21)
5-Ambe (49)
Jumlah tangkapan keseluruhan (131 ekor)-Rekod baru
Rekod terberat- 1.28 Kg
Rekod tangkapan individu (49)
Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi bersama pada trip kali ini. Semoga persahabatan akan terus kukuh. Jika panjang umur kita akan bersama lagi pada trip yang lain pula. Trip berikutnya akan diadakan lagi pada masa terdekat.
Sambungan Trip-6 Pulau 2016B
Sambungan Trip-6 Pulau 2016B
No comments:
Post a Comment