"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

25 July 2016

Persahabatan Eging Nusantara (PEN)

Salam pertemuan untuk semua rakan-rakan eging. Pada post kali ini, ambe ingin menjemput semua rakan-rakan eging untuk sama-sama berkongsi maklumat dan pengalaman di dalam WhatsApp Group Eging. Pada awalnya kumpulan ini dikenali sebagai Kelab Eging Malaysia. Memandangkan penyertaan mula datang dari luar malaysia maka group ini telah ditukar nama sebagai Persaudaraan Eging Nusantara atau singkatannya PEN.

Tujuan utama group ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menyatukan semua peminat-peminat eging tegar juga peminat baru di bawah satu medium menggunakan teknologi terkini. Sebagai perintis, saya telah cuba sedaya upaya untuk memaju dan memperkenalkan sukan eging di Malaysia melalui blog utama http://sotonglaut.blogspot.com/ semenjak dari tahun 2010, Laman Facebook dengan menggunakan alamat https://www.facebook.com/abe.din.946 dan page FB, Sotonglaut Eging Club-Malaysia (SEC-M). Terima kasih yang tidak terhingga di atas bantuan teknikal rakan eging suhaimimd.

Semua yang saya usahakan ini adalah dengan tujuan untuk menyatukan semua peminat eging yang ada. Saya sangat percaya tanpa kerjasama dan kesatuan yang kuat, usaha untuk melihat eging berkembang maju akan menemui jalan buntu. Perlu diingat sukan eging tidak sepatutnya disertai oleh golongan tertentu sahaja tetapi boleh disertai oleh semua orang dari pelbagai latar belakang.

Dari pengamatan dan sedikit pengalaman yang dianugerah oleh-Nya, saya dapati ada diantara peminat eging tegar dan baru agak sukar untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Mereka lebih suka bergerak bersendirian dalam sukan ini. Dan lebih malang lagi mereka mencedok pengalaman dan pengetahuan daripada orang lain tetapi tidak mahu berkongsi pengalaman mereka dengan orang baru. Jika ini adalah dasar pemikiran yang dipegang memang sukar untuk sukan ini berkembang maju. Apabila kita tiada nanti, ilmu dan pengalaman akan hilang bersama. Adakah kita tidak mahu berkongsi dengan generasi akan datang.

Saya telah menyediakan medium agar satu hari nanti kita sama-sama dapat melihat sukan eging ini berkembang maju di seluruh Nusantara. Saya dan rakan-rakan yang sehaluan tidak serik mengutip ilmu dari orang-orang lama dan disebarkan kepada peminat yang memerlukan. Besar harapan saya agar ramai lagi yang berfikiran positif dan tidak kedekut untuk berkongsi.

Group WhatsApp PEN adalah medium terbaru diwujudkan bagi menyatukan peminat eging nusantara. Saya sendiri menyediakan peranti khas bagi memudahkan saya mentadbir FB dan PEN. Bagi peminat yang ingin menyertai, tidak kira orang lama atau orang baru adalah sangat dialu-alukan. Anda hanya perlu menghantar e-mail makluman menggunakan alamat e-mail: egingsotong@gmail.com atau colourless_orchid@yahoo.com dengan memaklumkan nombor talian WhatsApp anda. Anda juga boleh terus menghantar WhatsApp ke talian 018-9831244.

Walaupun ada sangat dialu-alukan, terdapat beberapa garis panduan utama yang perlu dipatuhi sepanjang anda menjadi ahli group. Secara ringkasnya digariskan seperti di bawah:

1. Dilarang menghantar sebarang imej lucah
2. Dilarang menghantar maklumat berunsur politik dan perkauman
3. Dilarang menghantar mesej yang menyinggung perasaan ahli lain
4. Dilarang menjual beli barangan

Dibenarkan
1.Berbincang berkaitan eging dan pancingan ikan
2.Mempromosi barangan yang bukan untuk keuntungan peribadi
3.Mempromosi aktiviti bagi mempereratkan persahabatan antara ahli

PERINGATAN: Jika ada ahli yang melanggar garis panduan yang ditetapkan, keahlian akan ditamatkan serta merta setelah mendapat persetujuan semua Group Admin.

Semoga anda menjadi seorang ahli yang aktif dalam menyumbang bagi kemajuan eging di bumi Nusantara. Perlu juga diingat bahawa individu yang menjadi ahli group datang daripada pelbagai bidang, sosio ekonomi, agama, politik, etnik, budaya dan pelbagai perbezaan. Oleh itu, semua ahli perlu lebih sensitif dan berhati-hati agar tidak menyinggung mana-mana pihak. 

Setakat ini ahli group PEN  datang dari Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Singapura dan Sabah. Kami sama-sama berbincang tentang teknik eging, pancingan ikan, keadaan cuaca, hasil tangkapan, peralatan dan aktiviti memancing dan eging. Semua maklumat yang diperbincangkan secara tidak langsung telah mengeratkan persahabatan kami. Kami sangat mengharapkan kehadiran ahli baru dari setiap negeri dan seluruh Nusantara seperti Indonesia, Brunei dan Thailand agar maklumat seperti cuaca dan lain-lain dapat disampaikan dengan cepat. Setakat ini medium bahasa yang utama adalah Bahasa Melayu Nusantara. 

Kepada rakan yang masih belum menyertai, kami sangat mengalu-alukan. Keluarlah dari tempurung dan kepompong masing-masing. Buang jauh-jauh sifat malu. Jangan kedekut untuk berkongsi, terus maju, dan bergerak ke hadapan dengan pandangan yang positif. Akhir kata, marilah kita sama-sama mempromosi dan membangunkan sukan ini agar ianya sentanding dengan aktiviti eging di luar negara. Satu hari nanti kita akan pergi, tetapi jasa yang kita tinggalkan akan terus diingati oleh generasi akan datang. Jika diizinkan oleh-Nya kita pasti akan berjumpa. Salam persahabatan dari saya-Abe Din

4 comments:

  1. Satu usaha yang murni. Semoga kumpulan eging Nusantara semakin berkembang :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Tuan dah lama saya mengikuti blog tuan, saya jugak peminat eging yang ada kat Malaysia ni, ubun² masih muda dalam lapangan eging ni, kawasan
    utara ni jarang @ mungkin (sebab saya tak pernah tengok) xder lagi agaknya. like to join from Penang

    Semoga maju jaya

    Azham Ahmad
    Pennag
    0123834660

    ReplyDelete
  3. terbaiklaa....Abe Din...inshaa allah saya akan bersama dlm PEN...assalamualaikum..Dari Terengganu

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing