PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

07 September 2015

Menduga Struktur Kuala Kemaman

Salam kunjungan untuk semua. Trip terkini ialah kunjungan ke batu tambak Kuala Kemaman. Kunjungan bermula pukul 9 malam dan pulang pagi esoknya. Struktur batu binaan manusia terletak betul-betul di tengah Kuala Sungai Kemaman. Pertama kali lihat dah rancang nak ke sana untuk menduga penghuni yang bermain sekitar batuan. Sekarang baru berkesempatan.

Sepanjang trip... tiada sambaran daripada sotong. Kami hanya dapat seekor ikan duri kecil pada sebelah paginya. Selepas beberapa balingan di pelbagai lokasi batu tambak, didapati kawasan sekitar dikelilingi oleh air yang dalam. Jig sotong saiz 2.5 yang digunakan tidak berjaya menyentuh tanah walaupun telah dibiarkan terendam selama seminit lebih. Trip memang dikira kumpau tetapi sekurang-kurangnya kami telah berjaya sampai ke sini. Lokasi sekitar juga cukup cantik dan mendamaikan.



Cubaan yang mencukacitakan


Kawasan atas batu tambak


Kawasan keliling batu tambak



Kesimpulan pada trip kali ini.... batu tambak merupakan kawasan yang sesuai untuk pancingan ikan. Sotong kurang mungkin disebabkan faktor kedalaman, kemasinan air, dan kurangnya struktur batuan di tengah untuk perlindungan sotong. Kemungkinan juga air dari kualanya yang membataskan kehadiran sotong di sini.

Potensi gewang sotong dilihat lebih baik di bahagian yang menghadap laut. Jika ombak tenang, kemungkinan sotong akan datang mencari makan. Bagi yang belum sampai, bolehlah cuba datang ke sini. Bayaran bot RM50 pergi balik untuk dua orang. Jika berminat untuk ke sana boleh hubungi ambe melalui E-mail untuk mendapatkan no. phone tekong. Hingga berjumpa lagi-Abe Din

1 comment:

  1. eging di tempat dalam memang kena bawa laa timah pemberat tambahan utk gewang uhuhu sy senantiasa membawa pemberat tambahan, tp bersesuaian dengan gewang lah jika tidak akan mencacatkan pergerakan gewang dan daya pada joran.
    eging mania.

    ReplyDelete

Blogger Pancing