"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

10 July 2016

Mengamuk Juga Di Chagar Hutan

Salam kunjungan untuk semua. kunjungan solo pertama diadakan di Chagar Hutan, Kerteh. Ketika tiba di sana, hujan turun renyai-renyai. Nasib baik bawa baju hujan. Tujuan utama meninjau potensi tempat baru. Balingan demi balingan di sambut sotong bersaiz kecil dan sederhana. Dapat dilihat dengan jelas beberapa ekor anak sotong menghambat jig udang tetapi tidak berani bersalam dengan jig yang dikejar. Hasil tangkapan sebanyak 14 ekor Sang Lembut bermata hijau.


Sebahagian Daripada Tangkapan

Tangkapan yang Sesuai Dibuat Lauk Berbuka


Tak Habis-habis nak bergambar

Kawasan yang Berbatu Membelakangi Hutan

Kawasan yang Sesuai Untuk Eging

Batuan yang Menjadi Kawasan Rempit Sang Lembut

Jig Killer, Biru

Ada Pengunjung yang Datang Mencari Ikan Kunyit

Trip tamat ada pukul 6.30 petang. Nak balik buka puasa. Kalau lambat bini marah nanti. Masa nak balik... hujan pun reda. Puas dengan tangkapan yang diperolehi. Alhamdulillah-Abe Din

Read more >>

Mengamuk Di Kemasik

Salam kunjungan untuk semua. Dalam bulan Ramadhan baru-baru ini, dua kali kunjungan pagi dan malam telah berlangsung di Kemasik. Trip yang sekadar satu tinjauan awal bertukar menjadi kunjungan bermakna apabila sotong mula mengamuk di Kemasik.

Setiap lemparan jig dikejar oleh sotong-sotong bersaiz sederhana dan kecil. Trip siang berlangsung daripada pukul 6 pagi sehingga 10 pagi. Disebabkan panas matahari yang semakin membahang, trip terpaksa ditangguhkan. Hasil tangkapan sebanyak 10 ekor. Jig Biru merupakan jig killer pada pagi berkenaan.

Sotong yang Berjaya Ditipu

Lagi Seekor yang Berjaya Ditipu

Tangkapan Lumayan pagi Ramadhan

Serangan Bertubi-tubi... 
Sotong Makan Pagi

Air laut yang tenang dan mendamaikan

Jernih... ikan dan sotong dapat dilihat dengan jelas

Trip ulangan dijalankan pada sebelah malamnya. Sampai di lokasi air laut agak bergelora. Beberapa kali sambaran terlucut dengan mudah. Sehinggalah tuanya muncul di permukaan air. Sotong jaum besar. Sotong ini memang sukar untuk ditangkap kerana tantakelnya yang pendek dan dengan mudah sotong ini melepaskan diri. Jika jig bertul-betul tajam peluang untuk mendapatkan sotong ini adalah lebih tinggi. Jig kegemaran adalah merah dan pink yang bersinar dalam gelap. Sotong ini lebih lembut berbanding sotong mabang dan sedap dimakan.

Tangkapan Malam...Jarum Besar

Hanya 2 ekor yang Sudi Bersalaman

Memandangkan sotong sudah pun datang ke Kemasik.. trip berikutnya akan disusun secepat mungkin.-Abe Din
Read more >>

Hasil 2 Negeri

Salam kunjungan untuk semua. Post kali ini berkisar kepada tangkapan Ikhwan di dua lokasi iaitu di Sabah dan Johor. Saiz tangkapan yang sangat memuaskan hati.

Lokasi tangkapan pertama di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Waktu tangkapan pukul7-9 am. Jumlah tangkapan 4 ekor dan seekor ikan bulan.

Lokasi kedua seperti biasa di Dataran Bengkoka, Pitas, Sabah. Jig yang digunakan jenis Shinoya yang berharga RM6. Warna jig kelabu hijau.

Saiz boleh tahan

Antara tangkapan yang diperolehi


Ikan bulan yang menyambar gewang ikan

Tangkapan di Sabah 1: Saiz boleh tahan

Tangkapan di Sabah 2
Read more >>

Bapak Orang

Salam kunjungan kepada semua. Gambar kat bawah tu...Amir dengan seekor sotong besar yang pertama kali ditawan tahun ini. Setelah sekian lama mencuba tanpa kenal jemu dan putus asa.. akhirnya. Itu pun sotong orang terlepas dan disebabkan sotong itu memang nak mati terus sambar jig Amir.

Tangkapan yang membuatkan gian mula menyusup ke seluruh urat sendi. Ketagih nak pi cari lagi. Tu lah sotong... sekali rasa baru tahu. Ada tarikan dan seni tersendiri yang hanya boleh diungkap serta difahami oleh mereka yang mengalaminya sahaja.

Seekor bapak yang ditawan

Berat tak sampai sekilo... tapi kira ok dah tu

Antara tangkapan malam itu

Read more >>

10 June 2016

Tetamu Awal Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua pengunjung beragama Islam. Selamat datang kepada semua pelawat maya sotonglaut. Pada malam Ramadhan ke-3 baru-baru ini, ambe dan Kamal telah mengatur trip ke tempat biasa. Mula masuk selepas tarawikh lebih kurang pukul 10.30 malam. Mengikut ramalan pasang surut air... akan mula penuh pukul 11.55 malam. Dengan jig-jig killer yang semakin kurang dan sukar diperolehi, trip kali ini lebih kepada meninjau kehadiran sotong.


Dua ekor sotong yang sudi untuk bergambar
 
Nampaknya rezeki malam tadi memang baik. Sebanyak empat belas ekor sotong berjaya dinaikkan termasuk 4 ekor bapak sotong. Seekor bapak paling besar dan paling berat berjaya melepaskan diri disebabkan gaik yang ditarik mengenai jig udang dan bukannya badan sotong. Maklumlah dalam gelap. Walaupun hujung gaik telah ditandakan dengan manik dan cat luminous yang menyerap cahaya. Kedudukan sotong yang menegak agak menyukarkan proses mengaik dari kedudukan tinggi. Tiada rezeki orang kata...

 Hasil ambe malam tadi... boleh tahan

 Selepas disusun dan dikira semuanya sembilan ekor

Antara dua "bapak" sotong yang mengena jig

1.415 kg.. berat tangkapan ambe malam tadi

Sotong nampak begitu galak makan semasa air mula pasang. Ada ketikanya ambe berjaya menjerat tiga ekor berturut-turut dengan tiga balingan. Tengah asyik membaling gewang... tali pula meragam... "birds nest". Tali yang sedang diuji keberkesannya. Selang beberapa ketika, Kamal pun alami nasib yang sama. Seperti sudah jatuh...ditimpa candat... killer jig pula tersangkut dan putus. Lepas tu sotong terus tidak galak makan umpan. Giliran Kamal pula menuai sotong menggunakan jig Yamashita pink modified. Ambe terus takde semangat. Menyesal bawa jig sikit. Nak amik kereta dok jauh.

 Sotong Kamal... tengok mata dah tau saiz besar

 Dua ekor "bapak" yang berjaya kamal naikkan

Seekor "bapak"- last minute score dari Kamal

Jumlah berat yang berjaya diperolehi Kamal

Langit mula mendung dari arah Kuantan. Angin semakin kuat dan laut makin bergelora. Sotong pun tak sudi menyambar jig udang. Kebiasaanya apabila laut bergelora sotong akan bergerak ke dasar laut. Peluang untuk jig sampai ke lokasi sasaran sangat sukar dan boleh menyebabkan jig tersangkut.  

Trip ditamatkan... terus ke kedai makan sambil makan paprik dengan mee goreng. Kena pula dengan air epal asam boi. Fuhhhh... puas hati. Makanan tak sedap mana pun.. tetapi disebabkan tangkapan memuaskan, makanan terus jadi sedap. Mak cik yang hantar hidangan pun nampak comel sangat. Bila hati suka semua nampak indah. hehe... Bye-Abe Din
Read more >>

07 June 2016

Berita Dari Sabah

Salam Ramadhan untuk semua. Berita dari Sabah baru di hantar oleh Ikhwan. Alang-alang dah berada depan komputer, terus update.

Lokasi : Dataran Bengkoka, Pitas, Sabah
Masa : Pagi, 7 Jun 2016
 Saiz besar... sedang elok dibuat lauk


Antara sotong yang berjaya dijerat


 Masih kecil...memang ganas sotong Sabah

Keseluruhan tangkapan waktu pagi
memang boleh tahan

Read more >>

Salam Ramadhan



Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan sahabat handai beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini mampu melatih kita menjadi muslim yang lebih baik. 
Kepada semua rakan-rakan eging... jangan ponteng puasa. Tidak salah mencari rezeki tetapi jangan abaikan amal ibadat yang menjadi bekal untuk kita di sana. Salam Ramahan untuk semua dari admin dan semua ahli group sotong laut.blogspot.com/.
Abe Din
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing