"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

26 January 2012

Mari Meng'Udang'


Selamat datang kepada semua.
Bertemu lagi..kita di ruang maya ini. Pada masa tu..nak mule citer ni, hujan kejap datang, kejap berhenti. Ombak laut..toksah tanya...tinggi sampai atas kepala. Nak candat sotong... jangan berangan le.. jangankan manusia, sotong pun mabuk kalau air laut macam tu.

Tangan dah gatal..bukan nak buleh duit, sebab tak dapat nak candat sotong. Kaki sungai pulak hantar dua keping gambar meracun fikiran aku yang murni ini untuk memancing udang. Sekali tengok, berkocak gak iman... tapi tahan, aku nak ngail sotong gak. Lastly..shortcut citer...maka aku telah terpengaruh juga dengan dakyah udang...walaupun aku tak nak. Maklumlah aku insan yang lemah. Maka aku pun mula meracun fikiran sorang lagi kaki sotong untuk menduga udang galah di atas mahligai buatan kami.

Kami turun pagi sebelum ayam kuar reban. Amik bot buruk...kayuh ke sangkar ikan. Cuba ngail... dapat lah seekor si jelita cam gambar kat bawah tu. Gumbira bukan kepalang... aku lah yang paling gembira kat dunia ni..kononnye. Mancing lagi...takdok.. sekor tu jar...emmm dah rezeki dapat sekor je ibu udang warna kuning.

Tengok le sendiri.. pinganggnya yang 
ramping dan menawan

Aku bawak balik beliau ke rumah...simpan dalam peti ais kononnya nak tayang kat member lain. Macam le dapat tangkap rusa....udang kecik je...eksyen lebih. Lepas masak..goreng kunyit je.. buang kulit, besar sikit dari ibu jari kaki je...sekali ngap, terus ghaib. Dok puas langsung makan... tapi yang pasti, rasa beliau lebih sedap daripada rasa seekor sotong.

Gambar racun pertama
Otai dari Kemaman... dapat bapak udang


Gambar racun kedua
Udang tu bukan dia punya...dia jumpa dalam sungai
Kan baik kalau udang tu lebih besar dari perut beliau
baru best wat kenduri


Udang ibu yang aku dapat
sama macam kat atas tu...eksen je lebih

Sama juga seperti udang di atas
Saje je ambik gambar lebih...udang tunggal le katakan.

Dalam diam-diam aku dah mula pasang niat nak mancing udang lagi. Bila yer... tengah sibuk sikit ni. Kalau hujan berhenti dan panas sekejap macam ni memang udang tengah galak menarik umpan. Satu yang pasti aku dapat lupakan sedikit rindu aku pada sotong kat laut tu... sekurang-kurangnya tak le bosan sangat. Walaupun udang sedap dimakan tetapi tarikan si sotong memang sukar untuk dilupakan apalagi hendak diceritakan atau digambarkan dengan kata-kata. Candat sotong lagi best..dari ngail udang.

Sabar.... masa sotong akan tiba juga nanti. Masa cam gini...terpaksa le aku menggagahkan diri melawat sungai-sungai mencari rezeki sesuap nasi. kihkih.
Ok ar.. jumpa lagi. Ngantuk dah ni. sok nak keja..bye.
Read more >>

14 January 2012

Evolusi Blog 2

Selamat datang sume pengunjung sotonglaut. Korang apa khabo?
Lama sungguh ambo dok gi mancing sotong...musim sejuk dan banjir sekarang ini semakin membataskan pergerakan dan aktiviti ambo. Sotong memang dak singgah di pantai musim ni. Ombak setinggi galah memang menakutkan. Korang jangan ke pantai..bahaya. Malang memang tak berbau.
 
Boring dok saje.. ambo rajinkan diri untuk bagi sedikit info ringkas tentang blog ambo ni. Sekian lama sejak blog ini mula berada di zon maya semenjak April 2010... dah macam-macam yang dimuatkan di sini. Blog Google ni pun dah beberapa kali mengalami perubahan dari segi penampilan dan pengisiannya. Seiring dengan perubahan ini, ambo juga beberapa kali membuat pembaharuan kat blog ambo ni.. terutamanya dari segi kandungan dan pengisian. Paling ketara adalah perubahan header yang menjadi pengenalan pada blog.


 Header Pertama yang Digunakan

Header pertama yang ambo gunakan diberi nama Sotong Mania yang menggambarkan peragai gila mencandat sotong. Latar belakang bulan menunjukkan sifat dan perangai sotong yang kerap keluar pada waktu malam dan paling galak ketika bulan mengambang. Dua jenis sotong dipaparkan sekali iaitu sotong mabang dan jarum.


 Header berikutnya yang Ambo Guna

Header kedua pula dicipta mungkin sebab ambo dah boring kat header lama tu..Header baru ini diletak latar belakang biru laut bagi memberi gambaran tentang habitat sotong. Ambo dah tak guna nama Sotong Mania.. kerana bagi ambo istilah berkenaan nampak terlalu fanatik... mancing dok kira makan dan dok ingat rumah tangga. Ambo kalau boleh tak mahu orang ikut perangai dok molek tu... ambo nak korang menjadi pemancing dan pencandat yang lebih profesional.

Gambar sotong telah ditambah iaitu sotong kurita dan sotong katak juga sotong torak. Sume gambar diframekan bagi memberi gambaran tentang siri-siri atau tajuk-tajuk yang bakal ambo paparkan kat dalam blog ni. Ambo juga letak alamat blog (takut korang lupa) dan E-mail.. mana tahu kalau korang nak tanya apa-apa. Bendera dan logo Terengganu ambo tambah sebagai tanda penghargaan ambo pada negeri Terengganu tempat lahirnya blog ini dan tempat bermulanya pengalaman ambo. 10QQQ.


 
 Dua Header Pada Tahun 2011

Dua header di atas pula seakan-akan serupe je.... bezanya ialah background header. Header tahun 2011 ni nampak lebih meriah dan ceria sedikit seiring dengan semangat ambo dalam berblogging. Cuma pada header ke dua..ambo delete dia punye background kerana pada masa tu background blog ambo juga telah ditukarkan kepada putih. Bukan apa, supaye ia nampak lebih sedondon.


 Header terbaru blog Sotonglaut

Pada tahun 2012...ambo tukar lagi header Sotonglaut. Bukan ape... korang yang datang kat sini sekali-sekali pun rase jemu juga kalau tengok header yang sama je...Ambo pun jemu gak.. langsir rumah pun orang tukar. Pada kali ni ambo letak gambar orang sedang mencandat bagi memudahkan pengunjung baru memahami jenis blog ini... kihkih... blog pancing sotong. Ambo juga letak surat beranak blog ni..17 April 2010 iaitu tarikh blog ini dilahirkan ke dua maya. Lahir tanpa ibu...kuikui.

 Logo Terengganu Kite

Aku bercadang tahun 2012 ini..ambo akan tambah logo ini bagi menghargai negeri tempat aku menimba dan mengaplikasi ilmu menyotong. Ambo pun nak kabo kat korang bahawa negeri Terengganu ini ialah salah satu negeri yang kaya dengan sumber dan spesies sotong. Best ooo...

Dulu, Kini dan Esok Lum Tahu Lagi..

Sehingga kini dan saat ini...ambo tetap tokse tukar logo yang memaparkan gambo ambo...Logo ni ambo jumpe dalam google...dok come pun...tapi ntah nape, ambo sayang sungguh dengan logo ni walaupun die dok le come mane..Ambo pun dok bercadang nak gantikan logo ni dengan gambo sebenar ambo..bukan ape takut nanti jadi glamer lak... Sekarang mungkin tidak..satu hari nanti mungkin ambo akan replace gambar ambo dengan logo ni. Bile yer..Emmm..

Buat masa ni, bior le ambo tidak dikenali melalui gambor sebenar....bagi ambo siape itu tidak penting...yang penting apa yang ditulis dan sejauh mane ia bermanfaat untuk orang lain. Penat dah merepek...nanti kalau panjang umo kita bersua lagi..bereh. Bye.
Abe Din
Read more >>

09 January 2012

Sandaran 2012

Salam sayang untuk semua.
Bertemu lagi kita di ruang maya ini. Selamat datang kepada semua pengunjung dan pelawat. Rasenya belum terlambat lagi kalau ambo nak ucap selamat tahun baru 2012. 

Sehari dua ni agak pening dengan berita-berita perubahan drastik yang bakal dilakukan oleh Google. Paling menyayat hati ialah keputusan Google untuk mematikan widget follower, Google Friend Connect. Walaupun follower sotonglaut ni tak banyak.. aku sayang sangat widget tu.. Bukan nak bermegah tapi sebagai tanda aku menghargai sokongan korang semua yang sudi datang dan menjadi follower kat sini.

Nak wat camana... bak kata sorang blogger tu, kita ni pengguna je. Bior lah diorang nak ubah ke apa ke... yang penting ambo still dapat menulis dan share pengalaman ambo dengan korang.. tapi..sedih woo..sob..sob. Kalau korang perihatin...ambo dah tambah Google+ kat bawah header di sebelah atas tu... tentu korang nampak.. kalau tak nampak gak memang nak kena le tu...melampau, ambo tengah sedih ni. Kalau korang sudi Add le kat situ... huhu..

Berbalik pada topik yang aku nak citer kali ni... iaitu tentang sejenis speseis tidak bernyawa yang ambo panggil candat atau gewang.. bukan gewe tau. Bentu tu ambo beli hujung tahun lepas kat kolumpo. Kirim kat member. Rega dia RM37. Jangan tak caye.. Salah satu produk Shimano dengan nama Sephia EGIXILE.


Pembungkusan nampak canggis


Antara ciri-ciri istimewanya... beliau sangat cantik...kihkih. Harap-harap sotong pun suke macam aku suke. Beliau adalah merupakan sandaran ambo pada tahun 2012 ni. Rega mahal mesti power punyer. Kawan ombo pernah cube guna benda ni... memang berkesan katanya. Sempat dia tangkap dua ekor bapak sotong mabang sebelum candatnya ditelan batu karang, batu bertangkup.


Mata nyer yang cukup menggoda..biru wehh


Perut dicat dengan pembalik cahaya warna oren.


Rase macam sayang je nak guna.

Ambo beli dua enkor. Untuk pengetahuan korang..beliau tidak menyimpan cahaya apabila di suluh. Kalau dok silap kata member aku.. beliau hanya bercahaya pada bahagian mata dan hujung ekor. Setakat ini, hasil memang gempak... kata diorang yang pernah test benda alah ni.

Ape pun, biar masa yang menentukan.. Dok sabor rase nak ke laut. Tangan makin lama makin gatal dah ni. Pancing dah lama siap sedia. Rasa macam lama je nak sampai bulan April. Ikut firasat dan pandangan poyo aku ni... mungkin tahun 2012 ni, sotong akan datang lebih awal dari tarikh yang biasa. Kalau betul... Emm..memang best.

Ok lah.. ambo nak masuk tidur dulu. Esok nak kije. Jumpa lagi ye..
Abe Din..
Read more >>

31 December 2011

Giant Octopus


Salam sayang untuk sume pengunjung.
Pada kali ini, ambo nak sambung citer tentang sotong raksasa. Dalam seminggu dua ini, ambo cuba mencari sebanyak mungkin maklumat tentang sotong-sotong raksasa sebagai bacaan dan tatapan anda sume. 

Post kali ini adalah penutup kepada topik berkenaan sotong raksasa. Topik akhir ini berkisar tentang sotong Octopus yang juga dikenali sebagai sotong kurita, gurita dan ada juga yang memanggilnya sebagai 'sotong kereta'. Kihkih.. Biasanya kita jumpa sotong ini di laut dengan saiz lebih kurang sebesar tapak tangan je.

Paul yang menjadi mangsa kebodohan manusia

Ingat lagi sotong yang satu ketika dulu menjadi bomoh bola sepak Piala Dunia, Paul? Ambo pernah post citer tentang Paul nih... yang berkisar kepada kebodohan manusia itu sendiri yang tidak memahami tabiat sotong seperti Paul. Haa..kali ni ambo nak citer tentang mak die..Kalau mak die tau le omputih tu dok kacau anak dia... naya le korang.

Spesies sotong kurita jenis Octopus pula dikenali sebagai Enteroctopus. Habitatnya bertaburan di Hemisfera Utara dan Selatan. Spesies sotong ini berbeza-beza mengikut lokasi Hemisfera yang ditemui. Di Hemisfera Utara hanya didiami oleh spesies E. dofleini. Saiz sotong ini pula berbeza-beza mengikut spesies. Saiz E. dofleini direkodkan seberat 71 kg (156.5 lb) dengan panjang mencapai 7 meter (23kaki).

Penamaan Saintifik bagi Giant Octopus adalah seperti berikut:
Kigdom           : Animalia
Phylum          : Mollusca
Class               : Cephalopoda
Order             : Octopoda
Family            : Octopodidae
Subfamily      : Octopodinae
Genus             : Enteroctopus
Spesies           : E. membranaceus, E. megalocyathus

 Octopus terkenal sebagai sotong yang bijak

Seekor Octopus raksasa telah dijumpai di Syria sepanjang 9 meter dengan berat 2 tan. Bangkai sotong berkenaan dijumpai terdampat berdekatan Dream Chalets, dikatakan mampu mencapai berat sehingga 6 tan serta mampu hidup selama 3 hingga 5 tahun. Sotong ini juga dikatakan berupaya menyerang pelaut yang melalui kawasannya.

Spesimen Octopus di Syria

 Spesies misteri menyerupai Giant Octopus 
dengan diameter sepanjang 12 meter

 Bangkai Octopus yang ditemui terdapar 
di Pantai St. Augustine, Florida pada 1896

Dalam bulan ini ambo telah memaparkan empat jenis sotong rasaksa yang terdapat di laut. Giant Octopus adalah panamat tentang tajuk ini. Ambo harap moga-moga.. pelawat blog buruk ambo nih..akan mendapat sedikit sebanyak gambaran tentang spesies-spesies sotong yang sangat asing dan kurang diperkatakan secara terbuka di negara kita.

Sebelum terlupa, ambo nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2012. Moga-moga ambo dan demo-demo sume akan diberkati dan dirahmati tuhan pada Tahun yang mendatang. Jumpe lagi pada tahun hadapan... tak lama dah wehh. Terima kasih juga di atas sokongan anda sepanjang 2011. Jumpa lagi..
Abe Din
Read more >>

Colossol Squid


Pada kali ini ambo nak citer pula tentang satu lagi jenis sotong rasaksa yang dinamakan Colossol Squid. Nama saintifiknya ialah Mesonychoteuthis hamiltoni, diambil dari bahasa Greek iaitu  mesos bermaksud Middle, nychus bermaksud claw dan teuthis merujuk kepada squid. Sotong ini juga dikenali sebagai  Antarctic atau Giant Cranch squid.

Dipercayai bahawa Colossol Squid ini merupakan speseis sotong yang paling besar di dunia. Habitat sotong ini adalah di kedalaman 2.2 kilometer, lebih kurang 7200 kaki.  Juvenile sotong ini boleh dijumpai di kedalaman 1 kilometer (3300 kaki).

Ahli sains telah mula menjumpai spesies ini sejak tahun 1925 lagi. Habitatnya bertaburan di selatan Antartika sehingga selatan Amerika, selatan Afrika  dan selatan New Zealand. 

Bandingan lebih kecil dengan manusia



Gambar sotong rasaksa. 
Bukan semua gambar di atas adalah Colossol Squid.

Ambo sertakan sekali penamaan saintifik bagi spesies ini untuk panduan korang semua.
Penamaan Sainatifik
Kingdom        : Animalia
Phylum          : Mollusca
Class               : Cephalopoda
Order             : Teuthida
Family            : Cranchiiidae
Subfamily      : Taoniinae
Genus             : Mesonychoteuthis
Spesies           : Mesonychoteuthis hamiltoni


Bandingan Colossol Squid dengan Architeuthis dux dan paus

 Bandingan dengan Architeuthis dux yang sedikit kecil



Gigi Mesonychoteuthis hamiltoni (Colossol Squid) 
dan Architeuthis dux

Specimen yang ditangkap di Antartik

Sotong Colossol Squid berjaya di tangkap pada 22 Februari 2007 oleh nelayan New Zealand di kawasan laut beku Antartik. Specimen yang ditangkap seberat 495 kg (1091 lb) dengan anggaran panjang 10 meter (33 kaki).

Ok...lah. Ambo dah letih ni. Sekian untuk kali ini. 
Hingga berjumpa lagi.
Read more >>

Giant Squid

Selamat datang dan selamat tahun baru 2012 kepada semua pengunjung dan pelawat  blog sotonglaut. Pada kali ini, ambo akan bercerita tentang satu lagi spesies sotong yang dikenali sebagai sotong rasaksa (Giant Squid) dengan genus saintifiknya Architeuthis. Lebih dikenali oleh saintis sebagai Architeuthis dux.

Pada 30 September 2004, pengkaji dari National Science Museum of Japan dan Ogasawara Whale Watching Association telah berjaya merakam imej pertama sotong ini di habitat semulajdinya. Pada 4 Disember 2006, kumpulan yang sama juga telah berjaya memfilemkan kehidupan spesies ini.

Kematangan seks spesies ini adalah dalam jangka masa lebih kurang 3 tahun. Sotong betina menghasilkan telur yang banyak iaitu hampir 5kg (11lb). Sotong ini banyak ditemui di lautan Atlantik, Pasifik merangkumi Norway, Sepanyol, Jepun, New Zealand dan Australia.



Gambar-gambar sotong rasaksa. 
Mungkin bukan semua adalah spesies 
yang dibincangkan. Apa yang perlu kita tahu, 
spesies ini memang wujud di laut dalam.

Bagi anda yang mempunyai pengetahuan tentang penamaan spesies, ambo sertakan sekali penamaan di bawah sebagai rujukan. Spesies ini dari segi kumpulan penamaannya adalah berbeza dengan spesies sotong Humbolt. Jelas di sini, sotong Humbolt yang saiznya pun memang besar adalah dari kumpulan spesies sotong yang berbeza

Penamaan Saintifik
Kingdom :Animalia
Phylum : Molussca
Class : Cephalopoda
Order : Teuthida
Family : Architeuthidae
Genus : Architeuthis
Spesies :
  • Architeuthis dux, "Atlantic Giant Squid"
  • Architeuthis hartingii
  • Architeuthis japonica
  • Architeuthis kirkii
  • Architeuthis martensi, "North Pacific Giant Squid"
  • Architeuthis physeteris
  • Architeuthis sanctipauli, "Southern Giant Squid"
  • Architeuthis stockii

 Seorang Pengkaji dari zoo Jepun 
bersama sotong yang berjaya ditangkap


Gambar sotong rasaksa yang pertama 
kali diambil dan difilemkan di perairan Jepun

Pengkaji Jepun menggunakan kamera kawalan jauh kalis air untuk merakamkan gambar sotong ini. Habitat sotong yang berada di laut yang dalam menyukarkan kajian lanjut dibuat ke atasnya. Selama tiga tahun dihabiskan bagi mencari dan merakamkan spesies ini. Spesies sepanjang 24 kaki berkenaan ditangkap berdekatan pulau Chichijima, 960 km dari Tokyo. Dianggarkan sotong ini boleh membesar sehingga 18 meter (60 kaki).

Sekian untuk kali ini
Jumpa lagi.
Read more >>

27 December 2011

Sotong Humbolt

Salam sayang untuk sume pelawat dan pengunjung.
Hari ni ambo nak citer tentang salah satu spesies sotong rasaksa yang terdapat di lautan. Dari sumber bacaan ambo, sotong ini lebih dikenali dengan nama glamernya Humblot. Beliau juga dikenali sebagai Jumbo, Jumbo Flying Squid, pato atau diablo rojo. pato atau diablo rojo dalam bahasa Sepanyol dikenali sebagai 'Red Devil'. Nama demikian diberikan kerana kebrutalannya menyerang nelayan dan penyelam.

Sotong jenis ini banyak dijumpai di lautan Pasifik. Hidup pada kedalaman 200 hingga 700 meter (lebih kurang 660-2300 kaki).  Spesies ini dijumpai bertaburan hingga ke perairan Alaska. Humbolt ni kalau korang nak tau..spesies karnivor iaitu pemakan daging. Selalunya dia berenang dalam kumpulan hingga mencapai 1200 ekor. Kelajuan renangannya ialah 24 kilometer/jam.


Gambar sotong Humbolt. Memang besar..

Jangka hayat Humbolt lebih kurang setahun. Ada juga yang mencapai umur hampir 2 tahun. Sotong ini juga boleh mencapai panjang 1.75 meter (5.7 kaki) dengan berat di antara 50 kilogram (100 lb). Salah satu keistimewaannya.. juga pada sotong-sotong lain ialah chromatophores yang terdapat pada kulitnya. Saintis beranggapan ciri yang terdapat pada sel kulit sotong ini merupakan salah satu cara ia berkomunikasi dengan rakan-rakan sotong yang lain.

Saintis yang menyelam bersama sotong ini membuat kesimpulan bahawa sotong ini mempunyai sifat ingin tahu yang cukup tinggi. Jika terdapat penyelam datang ke kawasannya, ia akan datang sangat dekat untuk melihat. Haiwan ini juga sangat agraseif hinggakan berani merampas dan membuka topeng muka penyelam.


Sifat ingin tahu dan ingin makannya cukup tinggi..kih

Makanan utama sotong ini ialah ikan kecil, krustasis, cephalopods dan copepods. Ada juga yang bercerita bahawa Humbolt bersaiz lebih besar mampu menyerang ikan jerung untuk dijadikan makanannya. 

Humbolt ditangkap bagi tujuan komersial oleh nelayan pada waktu malam. Dari rujukan yang diperolehi sotong ini juga mudah untuk ditangkap pada siang hari. Ia dijumpai dijual di pasar-pasar Eropah seperti di Sepanyol, Itali, Peancis dan Ireland. Ia juga ditemui di jual di Rusia, China, Asia dan Amerika.

Pemancing Humbolt menggunakan pencing jenis aksi berat. Dengan candat yang besar dan kukuh. Cer korang tengok gambar candat Humbolt kat bawah tu. Kalau setakat candat sotong mabang yang biasa digunakan oleh pemancing kita... sotong ni telan dengan joran pancing sekali...kih kih. Lagak gaya peralatan pancing yang digunakan hampir sama dengan peralatan untuk memancing ikan  tenggiri dan mersuji (rujukan ruangan sudut video) . Ada juga nelayan yang menggunakan serek untuk menangkap Humbolt bersaiz sederhana... memang hebat.


Perbandingan candat Humbolt dan sotong biasa

Ambo dah lama pasang angan-angan nak merasa tarikan candat Humbolt ni. Sekor pun jadi le... tapi bila ye? Nampak gaya, gelap gambor (dok merasa le..). Kalau ada sesape yang berpeluang ke Eropah, cuba try test mencandat sotong ni bila tiba musim dia.. lepas tu korang post gambar kat aku...kihkih. Tak dapat pergi.. dapat tengok gambar jadi le.. Nape le sotong ni tak datang ke Malaysia? kwih kwih..

Bagi korang yang ada latar belakang Biologi, aku sertakan sekali fakta pengkelasan saintifik ini untuk makluman dan rujukan korang.


Kingdom :Animalia
Phylum : Molussca
Class : Cephalopoda
Order : Terthida
Family : Ommastrephidae
Subfamily : Ommastrephinae
Genus : Dosidicus
Spesies : D. gigas

Penamaan binomal : Dosidicus gigas
Nama-nama saintifik lain : Ommastrephes gigas, Ommastrephes giganteus, Dosidicus eschrichti, Dosidicus steenstrupi.

Post yang berikutnya, ambo akan paparkan tiga lagi spesies sotong gergasi untuk bacaan dan tatapan anda di sini. Sehingga berjumpa lagi.. bye.
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing