"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

18 February 2019

Lapangan Baru Sotong

Salam perjuangan untuk semua rakan sehobi. Setelah sekian lama menyepi, ambe kembali lagi ke laman maya sotonglaut untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan yang masih berbaki. Dalam perjalanan tentunya ada onak dan duri yang terpaksa ditempuhi. Patah tumbuh silih berganti. Daun yang gugur terpaksa ditinggalkan. Ulat dan hama perlu diracun. Pucuk baru pasti tumbuh sesuai dengan lumrah alam. Setelah lama merenung dan berduka, pokok nanti akan kembali kuat mencengkam pada tanahNya. Akan makin gagah berdiri berdepan angin, ribut dan hujan. Pengalamanlah yang mematangkan. Itulah sempadan untuk mengenali kawan dan lawan, fitnah dan kebenaran.


Sekian lama tidak dapat berkongsi apa yang ada. Rupanya di luar sana masih ramai yang hatinya mulia. Masih ramai yang faham hidup ini tidak lah lama. Masih ramai yang kenal erti budi bersama. Semua ini beri tenaga untuk bangun semula. Untuk terus melangkah walaupun tidak tahu berapa lama. Dengan harapan ada manfaat untuk yang bernama manusia.

Blog ini akan terus diperkasa agar isinya dikongsi merata. Beberapa ketika dahulu tidak dapat dibuka kerana gangguan yang entah datang dari mana. Semoga awal tahun 2019 ini akan terbuka lembaran baru. Salam sehobi untuk semua.




No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing