"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

07 June 2016

Salam Dari Singapura


Salam kunjungan untuk semua. Pada post kali ini, diperkenalkan seorang lagi kenalan dari Singapura. Mesra dipanggil dengan panggilan Apizz. Masih baru dalam aktiviti eging sotong. Beliau juga berkongsi minat yang sama bersama isteri. Melakukan aktiviti eging dan memancing sekitar Pulau Sentosa dan Batam. Semoga Apizz akan terus memajukan diri dalam aktiviti Eging landbase ini.

Info Eging:
Rod-Major Craft Solpara
Reel-Shimano Alivio 2500
Jig-Yamashita Eq Live Dive2.5
Lokasi- Pulau Sentosa dan Batam

Bersama sotong mabang yang ditangkap

Kadang-kadang guna jig biasa pun dapat

Saiz yang boleh tahan

Di kesempatan ini kami mengalu-alukan sehadiran Apizz sebagai ahli baru sotonglaut. Semoga kita dapat berkumpul dan eging bersama suatu hari nanti.-Abe Din
Read more >>

Trip 4 Pulau 2016

Salam kunjungan untuk semua. Post kali ini lebih tertumpu kepada trip ke-4 di pulau. Trip kali ini disertai oleh 2 orang peserta baru yang ingin merasa keseronokan memancing di pulau. Walaupun pertama kali datang ke pulau ini, mereka berjaya memancing beberapa spesies ikan termasuk kerapu,  pari dan yu. Trip kali ini juga berjaya mendaratkan beberapa ekor sotong mabang yang sememangnya telah menjadi pemastautin tetap di sini. Tunggu bila sampai musim sotong gila... tangkapan sebenarnya akan bermula.-Abe Din


Kedudukan pulau dari jaun


Barangan dikumpul sebelum bertolak

Kenderaan mampu sampai sehingga ke pantai

Sesi memunggah barang keperluan

Tak sabar hendak mendarat di pulau

Deretan bot yang sedar parking menunggu air pasang

Bersedia untuk bertolak


Sotong yang dikurung oleh tekong dalam bot

Panjang umur dia... dah 2 hari masih hidup

Sekejap di luar air... dah mabuk sotong ni

Antara tangkapan yang berjaya dibawa pulang

Read more >>

Komplot Kemaman

Salam kunjungan kepada semua pelawat sotonglaut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menyokong usaha memperkenalkan eging sotong secara landbase di negara kita. Semoga semua yang masih ada hati untuk sama-sama mempromosi kaedah pancingan sotong secara landbase ini melalui apa juga medium agar ia terus berkembang seperti negara Jepun dan Australia. 

Pada kali ini ambe nak kongsi sedikit aktiviti eging landbase sepanjang Jun yang sempat dirakamkan. Semoga ia dapat memberi inspirasi kepada anda bahawa perairan kita ada spesies ini yang tidak ramai ambil peduli. Semoga sedikit sebanyak ia akan membuka minda kita semua.

Gang komplot sebelum masuk ke lapangan


Bersantai sambil berbincang


Lesen pertama yang sangat lama dinanti tuannya










Kumpulan tangkapan yang sempat dirakam


Kesemua tangkapan yang dipaparkan di sini hasil dari komplot eging sepanjang Jun. Sebenarnya ada lagi tangkapan yang tidak sempat diambil gambar. Lokasi komplot di perairan Kemaman. Kebiasaannya aktiviti dijalankan pada sebelah malam iaitu selepas isyak membawa ke tengah malam. Tahun ini boleh dikatakan hasil yang diperolehi sangat baik dan kerakusan sotong bermula lebih awal berbanding tahun-tahun lepas.

Kebiasanya sotong akan mengamuk selepas Hari Raya Aidil Adha. Tahun ini agak berbeza sedikit dan lebih awal. Mungkin faktor cuaca dan iklim mempengaruhi. Tahun lepas perairan kita banyak dipengaruhi oleh ribut dari Taiwan, Filipina dan Jepun... harap-harap tahun ini cuaca lebih stabil dan keadaan laut tidak bergelora. Semoga rezeki tahun ini lebih baik. Hingga jumpa lagi-Abe Din
Read more >>

06 June 2016

Sotong Pertama Pulau

Salam kunjungan untuk semua. Tangkapan: 3 ekor sotong. Lokasi: Pulau ke-2. Jenis candat: Yamshita calamari coklat.




Read more >>

Pulau Baru

Salam kunjungan untuk semua. Pada trip ke-3 pulau baru-baru ini, kami berjaya menjejak kaki ke sebuah pulau baru yang terletak berhampiran pulau utama. Pulau berkenaan tidak boleh dihampiri oleh bot menyebabkan ia sukar untuk dikunjungi. Kami ke pulau berkenaan berjalan kaki ketika air surut dan pulang sebelum air pasang berikutnya.

Pada post ini, ambe akan kongsikan panorama indah di pulau berkenaan bagi tatapan anda semua. Terdapat sedikit sahaja tumbuhan hidup di pulau ini termasuklah pohon kelapa. Dari tinjauan yang dibuat pulau ini memang sesuai untuk aktiviti berkhemah, memancing dan mencandat. Walaupun begitu untuk sampai ke pulau ini perjalanannya agak sukar dan mencabar. Semoga pulau ini terus kekal terpelihara dan keindahannya dapat dikongsi bersama- Abe Din.

Pandangan dari pulau berkenaan ke pulau utama
Perjalanan yang menyukarkan kerana 
batu yang licin selepas air surut

Panorama pagi yang sangat indah

Tumbuhan yang terdapat di pulau berkenaan

Keadaan muka bumi pulau hasil dari proses luluhawa

Pandangan dari kawasan tepi pulau

Keadaan muka bumi di tengah pulau

Pandangan yang cantik dan unik

Antara tumbuhan yang hidup di pulau ini

Cantik dan unik

Pandangan ke arah pulau utama

Jarak yang jauh dan mencabar untuk ke sini

Pokok kelapa tunggal di pulau ini

Pulau yang terputus dan terpisah

Lokasi mencandat yang sangat sesuai

Kawasan batuan berair tenang
Read more >>

Torak Kuantan

Salam kunjungan untuk semua. 

Tarikh trip : 29 April 2016 (6.30 petang-9 malam). Jenis bot: Kelas B. Kelajuan : 7 knot. Masa Perjalanan : 2 Jam. Lokasi bertolak : Benteng Esplanade Tanjung Api, Kuantan. Jenis Candat : Yo Zuri buntal, candat mayat dan candat siam.

Gewang buntal Yo Zuri menjadi tarikan sotong

Sotong torak yang berjaya dinaikkan

Tangkapan yang diperolehi

Tangkapan yang diperolehi

Sumber : Mohd Zulkifly-Kuantan, Pahang
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing