"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

20 January 2016

Modifikasi Jig 7

Salam semua... kali ini ambe hendak menyambung perbincangan tentang ubahsuai jig yang mungkin masih baru dan tidak ramai mahu mencuba iaitu teknik lekatan sticker di bahagian bawah jig. Teknik ini hampir menyerupai teknik yang dibincangkan sebelum ini bezanya... lekatan sticker di pasang pada bahagian bawah.

Seperti yang diketahui, sotong kerap menangkap jig dari bahagian belakang. Keupayaan kita untuk menambah ciri kreatif di bahagian belakang banyak membantu kita menipu sang lembut. Sekali pandang mungkin teknik ini tidak begitu berkesan kerana selalunya sticker dilekat di atas.
 
Di bawah ini beberapa gambar yang diperolehi dari rakan facebook dari Jepun. Ambe paparkan di sini untuk memberi idea dan menjadi satu perkongsian berguna kepada semua pencinta eging di Malaysia khasnya. Cuba  korang perhatikan betul-betul...
 

Jig Udang Menggunaka Sticker Lekatan Bawah


Pandangan Di Kawasan Berkeamatan Cahaya Rendah


Pandangan Dari Sudut Belakang
Dari Arah Serangan Sotong


Sedikit ubahsuai pada tampalan sticker dilihat seolah-olah seekor anak sotong atau udang yang melarikan diri secara mengundur ke belakang. Gaya larian seolah-olah mangsa sedar akan kehadiran pemangsa.... mungkin ini satu sebab sotong menjadi semakin geram dan marah. Penggunaan sticker boleh dicuba secara meluas di perairan Malaysia. Sticker berkilat juga mampu menjadikan jig murah lebih efektif menangkap sang lembut.


Pandangan Beberapa Ekor Jig yang Diubahsuai 
Di Kawasan Berkeamatan Cahaya Rendah


Jig yang Sama Di Kawasan Berkeamatan Cahaya Tinggi



Jig-jig di atas diubahsuai menggunakan gabungan sticker bawah dan hiasan cat luminous. Penampilan jig semakin menarik pada pandangan sotong apabila pencandat berani menggabungkan beberapa kaedah dan teknik menghias pada satu jig yang sama. Minggu depan, ambe akan tunjukkan satu lagi teknik yang sempat ambe kumpulkan melalui laman facebook rakan-rakan maya dari Jepun dan Australia. Hingga Jumpa lagi-Abe Din.

No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing