Selamat berkunjung kepada semua pelawat. Kali ini, ambe hendak meyambung perbincangan berkaitan modifikasi jig bagi memberi idea kepada semua hardcore sotong di luar sana. Harap-harap ilmu sedikit yang dikongsikan di sini dapat digunakan untuk mencari rezeki seekor dua bila tiba musim sotong nanti.
Kali ini ambe akan menerangkan bagaimana sesuatu jig udang diubahsuai dengan meniru corak ikan. Seperti yang diketahui, ikan adalah salah satu diet sotong. Mengubah jig seperti corak ikan akan mampu menipu sotong dengan lebih berkesan. Cuma ambe ingin tekankan di sini, jika korang hendak melukis corak ikan... pastikan corak yang dilukis paling hampir dengan corak ikan yang biasa dijumpai di kawasan anda beraksi.
Antara ikan karang yang biasa dilihat
Anak ikan bayan yang biasa terdapat di karang
Ikan belang yang dijumpai di kawasan unjam
Satu lagi spesies bayan yang biasa dijumpai
Jig udang yang dicorak semula
Nampak seperti jig yang mahal
Dua ekor jig di atas adalah jig yang diubahsuai mengikut kreativiti manusia. Jig mudah dilukis jika kulit jig berkenaan diperbuat dari fabric. Jika kulit luar jig menggunakan plastik, cat atau pen yang lebih terang perlu digunakan. Ketahanan dakwat pen juga perlu diberi perhatian. Pendedahan lama jig pada air laut akan memudarkan warna jig berkenaan. Cara terbaik untuk mengekalkan warna dan corak yang dilukis adalah dengan melukis dan mengecat berulang kali sebaik sahaja warna menjadi pudar. Ambe juga pernah menggunakan cecair liquid paper bagi menimbulkan warna putih. Cecair pemadam ini tidak tahan lama, mudah pudar, sukar dicuci dan mudah tertanggal.
Jika korang berminat untuk mengecat dan mencorak sendiri jig, ambe nasihatkan korang membeli jig berwarna putih bagi memudahkan proses mencorak. Jig berkulit kain adalah paling sesuai. Korang juga boleh menggunakan jig satu warna yang lain seperti warna kuning, pink, hitam atau coklat. Pastikan juga jig yang dibeli tidak begitu banyak corak dan warnanya lebih lembut agar corak yang akan dilukis menjadi lebih jelas dan terang. Pemilihan dan kombinasi warna adalah mengikut kretiviti korang sendiri dan kejayaannya banyak bergantung kepada proses cuba jaya-Abe Din
No comments:
Post a Comment