"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

14 September 2016

Fahami Gaya Makan Sotong

Salam kunjungan untuk semua tetamu yang sudi bertandang. Kali ini, ambe nak berkongsi sedikit pengalaman yang berkisar kepada eging sotong mengabang atau sotong mabang. Dalam keasyikan kita melayan kerenah sotong yang kita tangkap jarang sekali kita melihat kepada beberapa tanda dan petunjuk yang hadir di lapangan. Keadaan ini menyebabkan kita terlepas beberapa rahsia penting yang akan membantu kita ketika pemburuan di masa hadapan.

Petunjuk yang biasa kita abaikan adalah berkaitan dengan tantakel sotong. Lengan sotong yang mempunyai daya lekat luar biasa ini membantu sotong menangkap mangsanya. Tanpa lengan ini, tentunya sotong sukar untuk menangkap mangsanya. Korang mungkin boleh merujuk post-post yang ambe tulis dahulu berkaitan tantakel sotong. Sotong mempunyai dua kumpulan lengan utama iaitu lengan primer terdiri daripada dua lengan yang paling panjang dan lengan skunder yang lebih pendek dan kuat. Lengan primer menangkap dan menarik mangsa ke lengan skunder. Lengan skunder berfungsi memeluk mangsa dengan lebih erat dan ia juga berfungsi untuk memusing-musingkan makanan untuk digigit.


Sotong Akan Mengikut Mangsa 
Dan Melancarkan Serangan Ketika Sesuai


Ketika Tiba Masa Makan, 
Sotong Tidak Begitu Berkira Tentang Jenis Dan Warna Jig


Ambe telah mereka satu set skala bagi memudahkan pemahaman korang semua. Ringkasan bagi cara menangkap mangsa yang merujuk kepada jig ditunjukkan seperti jadual di bawah:

Graf Menunjuk Skala Dan Peratus Peluang Mendapatkan Tangkapan
Skala 1 Lebih Tinggi Peluang Menaikkan Sotong Berbanding Skala 5


Dari kedua-dua jadual dan graf di atas dapat ditafsirkan bahawa peluang menaikkan sotong bergantung kepada cara pelukan sotong pada badan jig udang. Skala 5 memerlukan bantuan gaik agar sotong didaratkan dengan selamat. Semakin besar skala, semakin tinggi keperluan menggunakan gaik sotong.

Skala yang direka juga dapat menunjukkan dengan jelas minat sotong terhadap jig yang digunakan. Jika sotong yang didaratkan menunjukkan corak skala 1, jig yang kita gunakan sangat diminati oleh sotong pada ketika dan waktu itu. Perubahan minat ini akan berubah mengikut cuaca dan keadaan air laut. Jika hasil berikutnya menunjuk perubahan nilai skala yang semakin besar, anda boleh menukar warna dan jenis jig anda sehingga skala tangkapan yang didaratkan menunjukkan nilai yang kecil.

Nilai skala besar menggambarkan situasi sotong yang berhati-hati, tidak begitu rakus dan juga petunjuk respon yang lemah kepada jig anda. Disyorkan jig ditukar sehingga nilai skala menjadi kecil. Kesimpulannya semakin kecil nilai skala, semakin bertambah minat sotong kepada jig yang anda gunakan. Perlu ditekankan sekali lagi nilai skala boleh berubah sebaik sahaja cuaca, keadaan air dan persekitaran berubah.

Bagi memudahkan korang memahami apa yang aku bebelkan di sini, disertakan gambar yang merujuk kepada skala yang digunakan. Sila fahami dengan sebaiknya..


SCALE 5





SCALE 4





SCALE 3




SCALE 2



SCALE 1

Semoga korang dapat menguasai dan memahami apa yang aku share pada kali ini. Faham dan gunakan agar hasil tangkapan lebih baik pada masa akan datang. Semoga bermanfaat. Jumpa lagi-Abe Din



Read more >>

Umpan Kurita

Salam kunjungan semua pengunjung sotonglaut.blogspot. Artikel kali ini, ambe ingin berkongsi maklumat berkaitan aktiviti menangkap sotong kurita. Maklumat umpan sotong kurita ambe perolehi dari FB rakan sotonglaut dan dipopularkan oleh pencandat dari Jepun, Korea, dan China.  Umpan jenis ini masih belum popular di negara kita. Di negara Amerika Latin, pemancingnya menggunakan isi ikan dan daging sebagai umpan.


 Bijak menyamar dan melarikan diri

Sotong kurita merupakan organisma invertebrata paling cerdik di bumi. Kajian sains membuktikan bahawa sotong kurita berjaya menyelesaikan beberapa tugas yang kompleks bagi mendapatkan makanan dan melepaskan diri. Di negara kita, sotong kurita ditangkap dengan menggunakan jerat seperti bubu dan kulit siput. Terdapat juga yang mencari sotong kurita di celah-celah batu karang selepas air laut surut. Diharapkan perkongsian kali ini boleh menjadi satu lagi alternatif untuk menjerat sotong kurita.


Umpan Bentuk Udang

Umpan Bentuk ketam

Masih belum dipastikan kehadiran umpan ini di negara kita. Mungkin umpan ini masih baru. Jika sotong kurita kita tidak memilih. selepas ini, tidak mustahil umpan sebegini akan membanjiri pasaran tempatan.

Ambe telah lama mengkaji gaya makan sotong kurita melalui pembacaan dan youtube. Kaedah pancingan lebih sesuai dari atas atau dari bot. Agak sukar untuk mengumpan sotong kurita dari daratan yang rata kerana risiko umpan tersangkut adalah tinggi. Umpan dilepaskan dan ditarik dari bawah ke atas dalam jarak sekaki dua dari dasar laut. Sotong kurita biasa bermain di bahagian bawah. Gerakan perlahan umpan dari bawah ke atas akan menarik perhatian sotong untuk keluar dari sarangnya. Biasanya sotong akan membawa umpan ke sarang dan pemancing perlu lebih masa untuk menariknya keluar dari lubang. Ada juga pemancing yang membiarkan umpan di dasar dan diperiksa sekali sekala seperti kaedah yang diamalkan kita menggunakan candat umpan sotong torak.


Sotong Kurita Yang Mengenai Mata Jig


Tangkapan yang bersaiz sederhana

Saiz Yang Besar Dan Boleh Tahan

Di negara kita, sotong kurita biasa dibuat sotong masin atau dikeringkan. Di negara Jepun, sotong kurita bersaiz kecil di makan hidup-hidup. Kaedah unik menangkap sotong kurita pernah disiarkan di TV suatu ketika dulu. Kaedah tangkapan ini diamalkan oleh nelayan dari  Pahang iaitu dengan menggunakan kulit siput pelbagai saiz yang diikat berangkai-rangkai dan dibiarkan di dasar laut. Semasa menarik perangkap, sotong akan keluar sebaik sahaja karauan perangkap berhenti. Sotong-sotong yang mula keluar akan dibiarkan jatuh ke dalam baldi besar. Semua sotong kurita yang ditangkap bersaiz kecil kerana hanya saiz berkenaan sahaja muat untuk berlindung di dalam siput.


Kaedah Yang Berkesan 
Boleh Dipopularkan Di Negara Kita

Mencandat sotong kurita adalah potensi baru yang boleh dikembangkan di negara kita. Lokasi tumpuan sotong kurita adalah berpandukan kehadiran struktur bawah laut. Sotong kurita suka kawasan yang boleh memberi perlindungan seperti karang hidup, karang mati dan tukun. Sotong kurita jarang berada di kawasan terbuka. Sotong kurita kerap dijumpai di kawasan terbuka ketika air laut tenang. Selepas ini... bolehlah kita sama-sama mencuba potensi umpan sotong kurita di perairan negara kita. Terbaik...-Abe Din

Read more >>

13 September 2016

Morfologi Sotong

Salam kunjungan untuk semua. Pada kali ini... aku nak share rajah morfologi tiga jenis spesies sotong iaitu sotong katak, kurita dan mengabang. Semua rajah yang dipaparkan disini diperolehi daripada Facebook rakan sotonglaut. Mengikut carian internet, morfologi merujuk kepada ilmu tentang bentuk organisma terutama haiwan dan tumbuhan yang merangkumi bahagian-bahagiannya.


Speses sotong katak
Cuttlefish (sekitar 120 spesies)



Spesies Sotong Kurita
Octopus (sekitar 300 spesies)



Spesies Sotong Mengabang dan Kumpulannya
Squid (sekitar 300 spesies)


-Abe Din-



Read more >>

Katak Chagar Hutan

Salam kunjungan untuk semua. Baru-baru ini aku berpeluang melawat lokasi idaman, Chagar Hutan, Kerteh. Bergerak masuk ke lokasi bersama Suhaimi dan Amir. Keadan air ketika itu sangat jernih dan tidak bergelora. Kerana baru sahaja balik dari berkursus di Kuala Terengganu.. aku sedikit keletihan mengambil tempat paling dekat dengan pantai. Tak larat nak berjalan jauh. Amir dan Suhaimi laju mencari lokasi di bahagian belakang dengan meniti batu-batu besar.

Rasanya rezeki kali ini mungkin tidak berpihak pada kami jika dilihat pada keadaan air laut. Tapi aku masih bermalasan membaling dan menarik jig perlahan-lahan seorang diri. Sesekali aku berdiri melihat ke dalam air yang jernih menampakkan susunan batu karang yang cantik. Selepas melihat ke dalam air dengan penuh minat... aku terpandang seekor sotong katak saiz lengan orang dewasa mengundur ke tengah mungkin menyedari kehadiran manusia. Aku baling jig ke arah ia melarikan diri. Jig coklat killer yang dibaling dipegang oleh sotong tetapi terlepas kerana sotong katak memang kuat melawan ketika sampai ke permukaan air. Aku menukar jig hijau 2.5... baling dan terus baling tetapi tiada sambutan.



Corak yang cantik dan menarik

Berat yang catat penimbang: 835 gram

Suhaimi dan Amir masih tak muncul. Mungkin dan dapat sotong. Dalam dok mengelamun.. terpandang dua ekor lagi sotong katak. Seekor yang besar di depan dan seekor yang bersaiz lebih kecil mengekori di belakang. Aku mendiamkan diri kerana sotong berada betul-betul di bawah kawasan aku berdiri. Jig dilempar betul-betul di tengah dua ekor sotong katak. Sotong di belakang terkejut dan melarikan diri ke kawasan dalam. Sotong besar di hadapan berpusing dan dengan cepat.. terlihat satu jaluran putih dan terus hilang bersama jig saiz 2.5. Rupa-rupanya jig sudah ditarikh ke mulut sotong. Sotong seberat 835 gram menarik dengan kuat untuk melepaskan diri... dengan bantuan gaik, dua kali cangkuk barulah sotong menyerah diri.


Belakang sotong katak memang keras


Kebetulan pula Amir dan Suhaimi baru sampai tanpa tangkapan sotong. Suhaimi terus membaling jig bila diberitahu ada dua ekor lagi sotong terlepas... Amir dipaksa merakam gambar yang korang tengok ni. Memang puas... kuat rupanya perlawanan sotong katak ni. Ini sahaja tangkapan yang berjaya diperolehi dan menjadi buah tangan untuk Suhaimi bawa pulang ke rumah-Abe Din
Read more >>

Kejutan Di kemasik

Salam kunjungan untuk semua. Satu trip malam bersama Amir di Kemasik. Jumlah tangkapan 4 ekor. Saiz memang monsters belaka. Jig yang digunakan Yamashita Golden Bait warna Hijau modified. Keadaan air jernih dan tidak bergelora. Keadaan cuaca: bulan gelap.


Tiga monsters yang berjaya ditipu


Saiz yang boleh dibanggakan


Amir bersama sotong bapak tunggalnya

Sotong yang berjaya ditangkap oleh Amir


Biarlah gambar menceritakan semuanya. Kesimpulan yang boleh dibuat... Kemasik merupakan lokasi baru eging sotong yang mampu memberi kepuasan kepada peminatnya.-Abe Din
Read more >>

Perkongsian Dari Johor

Salam kunjungan untuk semua. Pada post kali ini, ingin dikongsikan cara-cara modifikasi jig yang dicipta oleh Ikhwan yang ketika bahan disiapkan , beliau berada di Johor.  Beliau menggunakan jig yang biasa dijumpai di kedai, marker pen warna coklat dan hijau. Berikut adalah steps yang dikirimkan melalui aplikasi Whatsapp.

Calit dakwat marker pen paa jari.
Sapukan warna dengan tebal


Sapu pada badan jig untuk gelapkan. 
Warna sapuan itu berfungsi sebagai warna latar badan jig.


Gambar di atas adalah keadaan jig setelah selesai sapuan


Buat outline corak belang utama


Tebalkan corak utama


Tambah belang kecil seperti corak urat atau akar


Tambah sedikit garis hijau pada ruang kosong
antara corak-corak warna coklat


Ubahsuai sedikit dengan menyapu dakwat marker 
menggunakan jari


Hasil terahir selepas ubahsuai dilakukan


Perbandingan jig original dan jig modified

-Abe Din-
Read more >>

Permata Kemasik

Pulang dari Teluk Kalong... kami singgah di Pantai Kemasik. Masih kecewa.. tambah lagi sotong tak dapat-dapat. Datang sini nak test power kononnya. Tinggal semua kotak candat dan bekas sotong dalam kereta, terus panjat bukit dan baling jig ke sasaran. Balingan bersambut... lawatan kali ini berjaya mendaratkan empat ekor mabang.



 Kawasan pesisir yang sangat berpotensi


 Lubang misteri

 Perlindungan selamat bagi anak kucing yang baru lahir

Jig yang paling killer Yamashita Biru. Amir punya. Aku bawa Yamashita Pink kurang mendapat sambutan. Nak patah balik ambil kat kereta jauh. Nampaknya terpaksa guna apa yang ada. Bekas sotong pun tinggal... hajat hati nak menduga sahaja tak sangka sotong sudi memegang jig udang. Sotong yang ditangkap terpaksa sorok celah batu bagi mengelak panas terik matahari.


Amir dengan saiz yang boleh tahan


 Antara tangkapan yang dibawa balik

 Jig Yamashita biru yang sangat menyengat



 Sorok celah batu sebab tak bawa bekas

Yamashita Pink kurang menyengat pada kali ini


Sotong mula berhenti meyambar jig sebaik sahaja angin dan air laut mula kuat. Kami terus angkat kaki balik. Tau dah sini ada sotong... ready untuk next trip.-Abe Din
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing