"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

10 December 2013

Banjir Di Kemaman

Selamat datang untuk semua pengunjung. Semog anda semua sentiasa dirahmati oleh-Nya. Sudah lama ambe tidak menulis di blog sotonglaut. Maklumlah musim tengkujuh dah tiba. Aktiviti memancing terpaksa ditangguhkan dahulu. Baru-baru ini umum dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda Kemaman dan Kuantan. Memang mengejutkan... air naik dengan cepat menyebabkan banyak kerugian. Merupakan banjir yang terburuk dan diluar jangkaan sama sekali. Paras air naik melebihi paras air pada tahun lepas.

Beberapa orang rakan yang dihubungi memaklumkan telah mengetahui lebih awal berkaitan bencana banjir ni tetapi tidak sangka ia adalah bencana paling buruk. Barang-barang yang disimpan di tempat tinggi pun habis rosak kerana air banjir naik terlalu tinggi hinggakan ada rumah yang tenggelam.

Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul


Keadan banjir di Chukai


Bagi rakan dan sahabat-sahabat sotonglaut yang terlibat dengan banjir ambe harap mereka banyak-banyak bersabar menghadapi ujian dari-Nya. Memang apa yang dilihat tidak sama dengan mereka yang merasa. Ambe dah tiga hari berulang alik ke Kemaman melawat sahabat-sahabat yang terlibat dengan banjir. Sambil bertanya khabar, disamping membantu apa yang patut. Semalam air nampaknya sudah mula menyurut. Sudah ramai juga pulang ke rumah melihat keadaan rumah sambil membersihkan rumah yang dimasuki air selut. 


Tabahlah menghadapi dugaan-Nya


Khabarnya, gelombang kedua banjir diramal berlaku sekitar 11 Disember. Anda yang berada di kawasan berpotensi banjir diminta berjaga-jaga. Ambe sempat melihat keadaan mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan di Kawasan Mak Cili, Kemaman. Kebetulan ambe membawa seorang mangsa yang juga teman rapat melihat kereta yang ditinggalkan di sebuah masjid yang juga dijadikan pusat pemindahan banjir. Rata-rata kereta yang ditinggalkan di situ... lebih kurang 50 buah dari pengamatan ambe semua ditenggelami air banjir. Nasib baik air tidak memasuki masjid. Semua mangsa yang berlindung di masjid berkenaan selamat.

  Antara kereta yang terperangkap


Keadaan jalan yang dinaiki air menyukarkan bantuan makanan dihantar kepada mangsa banjir. Sehingga air surut, masih ada mangsa yang ditemui tidak mendapat apa-apa bantuan makanan sehinggalah mereka boleh keluar mengharung air membeli makanan sendiri. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketiadaan liputan telefon yang khabarnya terpaksa diputuskan sementara disebabkan banjir.

Hati ambe sungguh tersentuh melihat ada saudara-saudara kita secara individu mengeluarkan belanja sendiri membeli makanan-makanan di pasaraya berhampiran dan dihantar ke pusat-pusat penempatan mangsa banjir sementara menunggu bantuan tiba. Banyak pasaraya yang kehabisan stok makanan kerana telah dibeli dan dihantar kepada mangsa banjir. Ambe mendapat khabar, ada pemuda-pemuda yang bekerja di Petronas Kerteh membeli barang makanan dalam jumlah yang banyak untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Ambe sungguh terharu... atas dasar itulah ambe turun ke Kemaman untuk membantu setakat yang mampu samada tenaga atau wang ringgit. Walaupun sedikit... ambe harap usaha ambe ini diterima oleh-Nya.


Semoga bantuan anda mendapat pahala di sisi-Nya


Ambe sebagai orang Terengganu mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan yang sudi datang membantu. Ambe yang melihat sendiri keadaan di sini sungguh sedih di atas apa yang terjadi. Walaupun banjir di Kemaman ini dikatakan terburuk... tetapi khabarnya saudara-saudara kita di Kuantan juga mengalami nasib yang lebih teruk. Bagi semua individu yang perihatin datanglah dan hulurlah bantuan setakat yang mampu bagi membantu meringankan beban saudara-saudara kita di sini.



Semoga bantuan yang kita hulurkan dengan ikhlas akan menjadi timbangan amal baik yang berat di sana nanti. Terima kasih untuk semua yang membantu. Abe Din.
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing