Salam kunjungan untuk semua... semoga korang sume sihat-sihat belaka. Pada post kali ini... ambe nak perkenalkan pada korang, yang belum kenal le... satu tempat yang ambe selalu singgah iaitu Kuala Kemaman. Biasa-biasa ambe datang ke kawasan Kuala Kemaman melalui Geliga. Bagi anda yang ingin melihat suasana perkampungan nelayan boleh le datang berkunjung ke sini. Orang kata satar di sini sedap. Betul ke? Emm... memang sedap sebab ambe dah cuba. Perghh..
Pantai yang ditambak dengan batu bagi
menggurangkan kesan hakisan
Pernah satu ketika dahulu kuar paper cerita tentang hakisan di Kuala Kemaman. Sekarang ni nampak Kerajaan dah tambak dengan batu-batu bagi menahan hakisan ombak Laut China Selatan. Ambe memang sokong usaha murni ni... kalau tidak dah tentu Kuala Kemaman hanya tinggal namanya sahaja.
Sebilangan besar penduduk kat sini adalah nelayan. Kalau korang nak tengok kegigihan nelayan, buleh datang sini. Mereka susah payah bekerja nak sara keluarga. Kalau musim angin dan laut gelora tak boleh nak pergi laut. Susah le sikit nak cari rezeki. Sekarang ni dah ramai dah anak-anak nelayan yang mempunyai kerjaya yang lebih baik. Peratus yang masih menjadi nelayan telah menurun. Saing ambe yang berkerja di sini kabo... ada di antara anak-anak nelayan kat sini dah boleh berdikari tanpa bergantung kepada kerja-kerja sebagai nelayan. Bagus le macam tu..
Aktiviti mengorek pasir bagi mendalamkan kuala
Dari pemerhatian ambe... projek pembangunan yang begitu pesat di daerah Chukai pada masa ini sedikit sebanyak mengubah kualiti air sungai Kuala Kemaman. Masa ambe datang sini... sempat singgah di sebuah kedai makan tepi sungai... tengok air sungai cukup keruh. Air keruh ini akan mengalir ke laut. Jika korang perhati ke kawasan kuala... korang akan nampak perbezaan ketara warna air laut dan sungai yang bercampur. Percampuran air keruh dan air laut yang jernih sedikit sebanyak telah menjejaskan keindahan pantai Kuala Kemaman.
Di seberang sungai pula... aktiviti mengorek pasir sedang giat dijalankan. Jika keadaan seperti ini tidak dikawal, kawasan pesisir pantai akan tercemar teruk. Ikan dan batu karang tentu terjejas. Nelayan pantai terpaksa pergi jauh dari pantai untuk menangkap ikan dan mencari rezeki.
Kawasan yang berpotensi untuk memancing ikan
Pasar ikan Kuala Kemaman
Dari pengamatan ambe, Kuala Kemaman adalah salah satu kawasan yang sangat berpotensi untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong bagi tujuan perkelahan dan memancing. Pihak berwajib perlu pelihat potensi kawasan ini sebagai salah satu kelebihan yang sepatutnya diurus dengan baik dan berkesan. Mungkin satu masa nanti... bila ambe sampai lagi ke sini, diharapkan akan berlaku perubahan yang besar di kawasan ini. Penduduknya tidak lagi bergantung hanya semata-mata mencari rezeki sebagai nelayan tetapi diperluaskan, selari dengan potensi yang ada di kawasan ini.
Hingga berjumpa lagi.
Abe Din.