"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

04 July 2015

Petualang Di Kemasik

Salam kunjungan untuk semua pelawat dan pengunjung sotonglaut. Baru-baru ini... ambe sempat berkunjung ke sebuah pantai terkenal, di Kemasik. Berjalan mengharung kesejukan waktu subuh seorang diri. Lama sungguh tak singgah ke sini... mungkin ada sotong besar yang sedang menunggu tuannya. 
 
Sampai ke lokasi selepas subuh, ketika air pasang. Tanpa menunggu lama... dalam samar-samar cerah tanah, candat dibaling berkali-kali mengharapkan ada sotong yang sudi menyambut salam selamat datang di pagi hari. Rasa macam nak tercabut bahu sebelah kanan. Masih tiada sambutan sehingga matahari mula keluar hinggalah jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Kecewa dan hairan... memang frust juga. Air pagi tu memang cantik. Mustahil tiada sotong yang bermain.
 
Berkemas seminit dua terus mengatur langkah menghala ke tempat letak kereta... ketika pulang barulah semua kemusykilan yang bermain di dalam kepala terjawab. Beberapa tompok minyak disyaki minyak kapal terdampar merata-rata di kawasan batu dan pasir pantai. Patutlah sotong tak sudi menyambar jig yang dilontar. Sotong memang dah lari ke tengah laut. Pencemaran minyak merupakan satu faktor yang menyebabkan sotong tidak bermain di kawasan Pantai Kemasik. Ahli sains telah lama menggunakan sotong bagi meramal pencemaran air laut. Jika kawasan berkenaan banyak sotong... itu menunjukkan kawasan berkenaan tidak tercemar.
 






 
Apa yang peliknya... adakah perkara ini tidak disedari oleh pihak berwajib kerana tinjauan di kawasan Chagar Hutan juga menunjukkan kehadiran tumpahan minyak yang terdampar di kawasan pantai. Memang kawasan perairan Kemaman merupakan kawasan laluan kapal-kapal dagang dan kapal pengangkut. Kemaman juga mempunyai dua pelabuhan utama yang menjadi lokasi laluan dan persinggahan kapal. Tidak keterlaluan jika ambe katakan... minyak berkenaan adalah dari sisa buangan kapal. Di dalam media massa juga tidak dilaporkan sebarang kes tumpahan minyak yang berlaku ketika itu.
 
Kesan tumpahan minyak walaupun dalam skala kecil, sedikit sebanyak boleh mempengaruhi keindahan pantai, kehadiran pelancong dan kelangsungan hidup hidupan marin itu sendiri. Pemantauan dan tindakan segera perlu dilakukan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.-Abe Din
 
 
Read more >>

Trip Pulau 2-2015

Salam kunjungan untuk semua. Post kali ini berkisar tentang trip pulau kedua yang telah dijalankan seminggu selepas trip pertama. Trip kali ini kurang membuahkan hasil lumayan kepada kami. Kebetulan laut agak bergelora menyebabkan keadaan air agak keruh dan tidak begitu sesuai untuk casting mabang. Walaupun begitu... tangkapan kali ini didominasi oleh spesies ikan. Banyak ikan didaratkan manakala sotong menyepikan diri sehingga trip tamat. 

Walaupun begitu trip berikutnya akan diatur secepat mungkin dan tentunya keadaan cuaca dan laut akan dijadikan panduan utama. Trip pulau ke-3 berkemungkinan besar tidak akan dipaparkan di sini kerana perjalanan trip akan dirakam dan diterbitkan di dalam sebuah Majalah Pancing Popular di negara kita. Jika tiada aral yang melintang... besar kemungkinan trip yang dirancang dapat berjalan dengan baik. Sama-samalah kita tunggu saat dan ketikanya. Hingga berjumpa lagi-Abe Din
 
 
  Perserta baru yang ingin mencuba nasib



 Mempersiapkan kelengkapan perang

 Mengharap tuah di tempat orang


Sifu ikan... ingin menduga tarikan sotong mabang
Read more >>

Trip Pulau 1-2105

Salam kunjungan untuk semua pengunjung. Post sekitar trip pertama di kawasan pulau. Kunjungan hormat bagi tahun 2015 bertujuan meninjau kehadiran sotong mabang. Kebetulan pula malam pertama, kawasan pulau dilanda hujan lebat dan kilat. Sebelah malam memang tak boleh nak buat apa. Keesokannya barulah kami boleh mula casting sotong mabang. Rezeki kali ini tidak seberapa tetapi kesimpulan yang boleh dibuat... sotong mabang sudah mula bertandang ke kawasan ini. 

Trip pertama ini merupakan asas bagi mengatur trip yang berikutnya. Sehingga berjumpa lagi-Abe Din.

 Antara peserta trip 1-2015

 Hasil tangkapan siri 1

  Tangkapan terbesar trip kali ini
Read more >>

Sekitar April 2015

Salam kunjungan untuk semua sahabat-sahabat dan pengunjung sotonglaut.blogspot.com/. Pada post kali ini... ambe hanya muatkan kompilasi tangkapan sekitar April 2015. Maklumlah masa untuk berblogging semakin hari semakin kurang... banyak masa dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti rutin lain hinggakan tidak berkesempatan untuk update blog. Semoga paparan ini sedikit sebanyak mampu mengubat rindu pengikut-pengikut blog sotonglaut. Hingga berjumpa lagi-Abe Din.








 

 

Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing