Selamat datang kepada semua pelawat, rakan-rakan blogger dan pencandat-pencandat tegar. Belum lewat lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidil fitri. Kalau ada salah dan silap aku kat korang... aku mintak maaf bebanyak.
Lepas raye nanti, boleh lah aktif balik mencandat sotong ni. Masa bulan puasa ni masa dan tenaga agak terhad sikit. Post kali ini nak bagi sedikit tips mencandat sotong di kawasan daratan untuk pencandat-pencandat baru. Kalau korang nak belajor mencandat, rajin-rajin lah korang baca post-post aku yang lepas. Kalau rajin, cuba korang praktik kat lapangan. Mana tau nanti korang boleh jadi pro? Niat kena ikhlas beb... baru dapat pahala. Cuba korang perhati gambar kat bawah tu..
Member Abe Din.. Cikgu Lan sedang
menahan asakan sotong mabang
Masa korang tarik-tarik jig, kalau ada tarikan keras dan kasar sambil membenam... haa. tahniah sotong dah bersalam raye dengan jig korang. Apa nak buat? Fisrt sekali jangan panik, jangan jerit-jerit pulak. Tengok abang kat atas tu.. releks je. Angkat joran korang tinggi-tinggi. Kalau boleh hingga 90 darjah. Kalau lebih... dah melampau le tu.. nak kena sekeh ke... nanti sotong terlepas. Satu lagi jangan ketatkan drag kekili korang. Aku selalu longgarkan drag dengan tegangan yang sesuai. Terlalu longgar pun boleh terlepas juga.
Korang kena tau... semakin kuat sotong menarik jig, maka semakin kukuhlah mata candat korang masuk dalam tantakelnya sotong. Kalau korang berani aplikasikan teknik PELUK JIG. Oppss.. aku belum ajar teknik ni. Nanti aku ajar lepas raye... Teknik PELUK JIG... sure sotong tak lepas.
Tahan joran dalam sudut 90 dan biarkan sotong tarik sorang-sorang sampai dia letih. Bila korang rase dia tak berapa nak melawan.. baru korang kayuh perlahan-lahan. Kalau dia lawan... korang bertahan. Jangan gopoh.. nanti terlepas. Sampai tepi ada beberapa cara untuk mengangkat sotong iaitu mengheret ke tepi, memegang bahagian leher, mencangkuk dengan gaik atau angkat terus macam member aku kat bawah tu. Haa... cara angkat terus tidak begitu digalakkan... hanya profesional saje leh wat macam tu. Kalau jig cougar leh wat cam ni... memang hebat.
Angkat stail profesional... dilarang tiru...
risiko tanggung sendiri. Cougar.. beb..
Cuba korang lihat kawasan yang dibulatkan
Tantakel sotong melekat pada jig caugar
Tantakel sotong melekat pada jig caugar
Jika korang perhati betul-betul imej dalam bulatan, ia menunjukkan bahagian yang terkena candat. Ada beberapa bahagian tantakel sotong yang selalu terlekat pada mata candat. Gambar di atas menunjukkan cara sotong memegang candat TAHAP 2. Nanti aku cerita lepas raye.. TAHAP 2 menggambarkan peratus kekuatan benaman mata candat pada tantakel sotong.... nanti aku cite ye..
Masa korang hendak angkat sotong kena hati-hati sikit... kerana sotong selalunya simpan sedikit ink power dia untuk ditanda pada korang. Kalau kena baju, muka, kaki atau kat mana-mana je nanti bini korang masam muka lak. Sendiri tanggung tau.. Paling kurang sotong akan tembak sekali semasa kat atas darat.
Rasenya cukuplah kali ni... nak gi cari buluh lemang dengan daun ketupat plak. Raye dah dekat ni. Di kesempatan ini... aku menyusun sepuluh jari jika ada wat salah kat korang sume. Mungkin tulisan aku tak best.. atau terkata korang atau apa je yang korang tak puas hati... mintak maaf bebanyak. Aku juga nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin. Moga-moga raye tahun ni lebih bermakna buat semua.
Berhati-hati semasa memandu... happy always.
Jumpe lagi...
Abe Din