"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

03 May 2017

Siri 2: Jig Mata Hantu

Sambungan...

 Jig mata hantu yang telah aku siapkan

Selepas mata jig asal ditanggalkan, panaskan besi yang mempunyai saiz yang sesuai dengan tali dan mata yang ingin digunakan. Cucuk besi yang panas merentasi mata sehingga tembus ke sebelah mata yang satu lagi. Gunakan bekas mata yang dicabut sebagai panduan untuk menebuk. Perlu diingat mata yang digunakan perlu sesuai dengan tali dan lubang yang ditebuk bagi mendapatkan hasil yang baik. 



 Pandangan dalam gelap (atas)

Pandangan dalam gelap (bawah)

Perbezaan jig yang belum dan sudah disolek
 
Potong tali lebih kurang sejengkal dan buat simpulan pada salah satu hujung tali. Masukkan mata ke dalam tali dan cucuk hujung tali yang satu lagi ke dalam lubang mata. Masukkan mata kedua, buat simpulan kedua dan kemaskan simpulan. Korang boleh memotong rapat atau membiarkan sedikit juraian tali pada hujung kedua-dua belah mata.

Tinggalkan sedikit juraian
lebih baik jika tali lembut digunakan
Tali luminous mampu beri kesan berbeza

Pemilihan luminous beads perlu mengikut kesesuain warna badan jig. Korang bebas memilih warna yang digemari. Terdapat pelbagai warna beads di pasaran seperti putih, hijau, merah dan kuning. Bagi pemilihan tali pengikat, tali yang sesuai termasuklah tali tangsi, tali reket badminton, tali fly fishing dan pelbagai lagi tali yang bersifat kenyal. 

Tali disyorkan dari jenis yang  lembut dan berwarna gelap. Kelembutan tali diperlukan kerana semasa jig ditarik, tali yang lembut akan mudah berayun dan warnanya yang gelap akan menjadikan seolah-olah mata lumonius berkenaan berkelip dan bergerak apabila tali berayun berulang-alik melepasi luminous beads.


Pelbagai jenama Luminous Bean / Luminous Beads
terdapat dalam pasaran dengan harga yang murah

Pandangn yang lebih jelas

Lepas ini, bolehlah korang cari balik jig-jig lama dan berikan nafas baru agar jig berkenaan dapat berfungsi semula. Aku harapkan perkongsian kali ini akan memberi manfaat kepada kita. Semua yang baik datang dari Allah yang maha esa, sebarang kelemahan datang dari diri aku sendiri. Salah silap harap dimaafkan. Semasa artikel ini ditulis, aku masih berkelubung demam dah dua tiga hari. Doakan semoga aku cepat sembuh. Tunggu siri 3: ubahsuai kaedah yang sama pada jig torak. Hingga berjumpa lagi-Abe Din


Read more >>

Siri 1: Jig Mata Hantu

Salam kunjungan untuk semua sahabat PEN dan sabahat maya sotonglaut. Pada kesempatan kali ini, aku sekali lagi muncul untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang tuhan anugerah bagi manfaat kita semua. Perkhabaran yang diterima, ramai juga ahli PEN sudah pun mencatat rekod peribadi tangkapan sotong bagi tahun 2017. Dari statistik PEN yang dikumpul setakat ini, hasil tangkapan masih lagi tidak menentu di perairan Terengganu. Semoga rezeki akan lebih baik selepas ini.

Pada kali ini aku ingin berkongsi sedikit maklumat bagi mengubahsuai jig lama menjadi jig yang disukai sang lembut. Dari beberapa ujian yang aku lakukan, jig ini sememangnya mampu menipu sang jarum dan mabang. Kebekersanan jig lama mampu dikembalikan menggunakan teknik ubahsuai ini.

Aku namakan ubahsuai kali ini sebagai "mata hantu" kerana fokus utama ubahsuai adalah pada bahagian mata. Bahagian mata jig udang memainkan peranan penting bagi menarik perhatian sotong. Jika kita masih ingat, jig Yamashita pada peringkat awal dihasilkan dengan padanan mata hitam jig yang bergerak-gerak. Jig-jig moden ketika ini pula dihasilkan lebih kepada pantulan cahaya. Bahan yang digunakan termasuklah bahan luminous, dan cebisan plastik bercorak yang dilapisi dengan gam acrylic bagi menampakkan fungsi 3D.



Mata jig moden dilapisi dengan arcylic yang statik. Kepentingan pergerakan mata hitam jig telah lama disedari oleh Yamashita yang menggunakan konsep gerakan mata pada jig-jig keluaran pertama syarikat berkenaan. Seperti diketahui umum, mata ikan, sotong dan udang adalah jenis mata yang boleh bergerak dan boleh digoyangkan. Pengeluar jig memang sukar untuk meniru keadaan semulajadi itu. Yamashita sebagai syarikat yang mempunyai R&D yang kukuh merupakan antara syarikat yang mula-mula mempelopori kaedah ini.

Bagi proses pembuatan jig mata hantu, mata jig arcylic asal perlu dibuang terlebih dahulu menggunakan pisau atau pemutar skru bersaiz kecil. Berhati-hati agar kain jig tidak terkoyak. Bahan yang perlu korang sediakan terlebih dahulu termasuklah lilin, pemetik api, besi, tali tangsi dan luminous beads....bersambung.
Read more >>

Zul: Sotong 1 Mei

Salam kunjungan untuk semua sahabat maya. Selamat menyambut hari pekerja dan selamat bercuti untuk semua. Berita dari Zul dengan tangkapan 1 Mei. Hasil tangkapan sebanyak 2 ekor sotong saiz sederhana.

Lokasi tangkapan: Kampung Seberang Pintasan, Dungun
Jig : Asuka 2.5 Hijau
Masa tangkapan : 10.10 malam

 Saiz yang jauh berbeza dengan tuannya

 Bolehlah nak buat lauk

 Jig Asuka yang diubahsuai: 
sangat menggoda si sotong


Read more >>

25 April 2017

Torak Laut Kuantan

Salam Kunjungan semua ahli PEN dan warga maya sotonglaut. Laporan dari Otai Kuantan, saudara Zul. Trip beliau diadakan pada 15 April 2017, di sekitar laut Gebeng, Kuantan. Bertolak dari jeti pada pukul 12.15 tengahari dan tiba di unjam darat pertama pada 3.30 petang. Jenis bot yang digunakan: Bot kelas B lesen A berkelajuan 6-7 knot.

Sotong torak dilaporkan galak menyambar umpan sehingga waktu maghrib. Berubah tempat sebanyak 3 hingga 5 kali bagi mencari kedudukan kandang sotong yang sesuai. Hasil memang memuaskan. Sebanyak 2 tong minyak hitam lori dipenuhi dengan sang torak. Peserta bertolak pulang pada pukul 4.30 pagi dan tiba pukul 7 pagi di jeti.



Menunggu sotong menarik jig



Saiz kecil yang mengujakan


Sotong bermain di bawah cahaya lampu


Laluan bot yang mendamaikan


Sepanjang trip, peserta disambut dengan tiupan angin timur laut dengan bacaan gelombang level 1-2. Angin timur berhenti pada pukul 9 malam dan laut menjadi linang pada pukul 11.30 malam.





Hasil yang boleh tahan dan berbaloi



Senjata perang yang digunakan



 Peluru rahsia yang sangat menarik sotong



Candat killer selain candat umpan ialah candat mayat kepala merah berbadan putih. Yamashita egi calamari 1.5 corak ikan juga membuka selera sotong pada ketika itu. Bacaan air, ombak dan angin yang tepat memang mampu melonjak jumlah tangkapan. Persediaan rapi sebelum trip adalah salah satu faktor yang perlu diberi keutamaan selain ilmu.

Semasa artikel ini ditulis, sotong torak sudah mula menghampiri perairan Kemaman. Sotong torak dikesan ditangkap pada skala besar berhampiran Hotel Strawberry, Kijal. Kehadiran torak di perairan Kemaman memberi satu petunjuk yang jelas bagi kehadiran mabang di pantai. Lepas ini, masing-masing perlulah rajin-rajin meninjau pesisir berdekatan-Abe Din
Read more >>

Gathering PEN 2017

Salam kunjungan semua sahabat PEN dan sahabat maya sotonglaut. Paadakan perda 13 April 2017, beberapa orang warga PEN teleh mengadakan perjumpaan pertama bagi tahun 2107 di Pantai Sura berdekatan dengan UITM Dungun.

Perjumpaan disertai beberapa orang ahli PEN. Ada juga yang membawa bersama isteri dan anak-anak. Perjumpaan juga diadakan sempena lawatan Otai Eging Singapore, Apizz ke Terengganu.



Antara ahli PEN yang berkesempatan hadir

Zaim sibuk memusing-musing ayam panggang

Sambil bertanya khabar, berkongsi pengalaman, ahli juga sempat melihat senjata-senjata baru dari seberang. Sempat juga cuba-cuba joran mahal kepunyaan Apiz. Ahli-ahli Dungun sempat mengumpulkan sumbangan bagi membina unjam pantai sebagai persediaan menyambut kedatangan sotong.

Sambil bercerita dan berkongsi pengalaman

Lapar...boleh makan ramai-ramai

Damai sunggu, sotong je takde

 Sesi Menge"test" Squidlaw

Beberapa siri perjumpaan dijangka akan diadakan lagi pada masa akan datang bagi tujuan pengembangan ilmu dan perkongsian pengalaman eging. Diharapkan semoga perjumpaan berikutnya akan disertai lebih ramai lagi ahli PEN-Abe Din
Read more >>

24 April 2017

Amukan Awal di Dungun

Salam kunjungan semua warga PEN dan sahabat maya sotonglaut, Tarikh 18 March 2017, berita diterima dari Setiausaha PEN mengatakan sotong mabang mula mengganas di Tanjung Jara, Dungun. Masa aktif menyambar umpan sekitar pukul 8 hingga 9 pagi.

Saiz tak begitu besar tetapi ramai dan ganas. Berikut disertakan sekali spesifikasi alatan perang yang digunakan oleh saudara Zul:

Rod: vfox squid rod egi 8'6
Reel: Ryobi Applauses 2000 model 2016
Jig: Yamashita egi sutte redhead 2.2, Asuka Oren 2.5



Suka ngat boleh sotong

Group lari dari rumah
tak nak dengar asihat ibu


Hodoh tapi sotong kata cantik dan menarik
'

Kawasan kawanan bermain

Power tempat ni..
Read more >>

Sotong Pertama PEN 2017

Salam kunjungan semua Warga PEN dan pengunjung maya. Sotong pertama warga PEN Terengganu berjaya didaratkan dan direkodkan sekitar 18 March 2017. Tangkapan sotong mabang didaratkan di sekitar perairan Dungun pada malam hari.

Pendaratan pertama sudah tentu akan membakar semangat warga PEN khususnya untuk mendaratkan sotong berikutnya. Petanda awal kehadiran sotong di perairan Terengganu telah ada. Semangat mula dibakar.
 

Sotong Pertama didaratkan oleh Saudara Zaim. Admin blog sotonglaut telah menjanjikan hadiah jig kepada mana-mana ahli PEN yang mula-mula sekali mendaratkan sotong di perairan pantai timur tidak termasuk kasawan kepulauan dan juga Pesisir Singapura. Tahniah kepada Zaim..
 
Inilah rupa sotong pertama yang diidamkan

Hadiah sebagai perangsang 
daripada Admin sotonglaut.

Semasa artikel ini ditulis, ramai ahli PEN telah mendaratkan sotong masing-masing. Banyak sotong jarum didaratkan dari pesisir pantai. Manakala kaki laut telah mendaratkan berkilo-kilo sang torak. Ada juga mengabang didaratkan di kawasan Dungun dan Kemaman, Kota Singa tak payah cakap... setiap minggu ada tangkapan. Seekor Katak dikesan berjaya ditangkap di Kemaman oleh Saudara Kamal.

Walaupun Sotong sudah mula masuk... tangkapan bagi mengabang sangat sedikit. Tangkapan di pulau ular dari empat trip yang dijalankan masih lagi hampa. Tiada mabang dikesan. Semua warga PEN sedang giat berburu bagi mendapatkan mabang dalam skala besar. Masa akan tiba jua nanti-Abe Din
Read more >>

14 February 2017

Persahabatan Eging Nusantara (PEN)

Salam persahabatan kepada semua peminat-peminat eging di seluruh nusantara. Musim eging sudah semakin hampir. Dijangkakan paling awal pada bulan mac ini. Jadi rakan-rakan eging dah boleh mula mempersiapkan alatan perang masing-masing. Di kesempatan kali ini, saya ingin menyeru semua pemancing ikan dan peminat eging di luar untuk sama-sama bersatu di bawah satu wadah dan minat yang sama. Kami telah berjaya mewujudkan Group Whatsapp yang membincangkan secara santai berkenaan pancingan ikan dan eging sotong. Kami tidak membuka penyertaan secara self control link yang dikawal robot melalui facebook tetapi kami masih menggunakan cara lama iaitu pemohonan secara Whatsapp atau E-mail. Dasar ini kerana kami mencari SAHABAT dan bukan mereka yang mempunyai niat lain. Kami perlukan SAHABAT yang aktif.

Kami mengalu-alukan penyertaan semua rakan baru atau lama di bawah satu wadah perbincangan atas dasar PERSAHABATAN. Group PEN tidak dibina atas dasar perniagaan atau mencari keuntungan tetapi lebih kepada PERSAHABATAN. Inilah dasar yang membezakan kami dengan group yang lain. Kami seringkali bertemu jika ada kelapangan berbincang berkaitan teknik eging dan pancingan ikan. Insyaallah pelbagai aktiviti dan trip akan diadakan pada tahun 2017 ini. Jika diberi peluang berkemungkinan aktiviti pancingan ikan juga akan dianjurkan oleh PEN.

Harapan kami, kemahiran dan seni eging ini akan terus berkembang bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh nusantara termasuk Singapore, Indonesia, Thailand dan Filipina insyaallah. Besar harapan agar dapat bersahabat dengan ahli-ahli yang mempunyai visi dan misi yang jelas bagi memajukan lagi seni eging sotong. Jadilah ahli yang aktif dan menyumbang untuk group. Panjang umur kita semua akan bertemu jua. Insyaallah.

Whatsapp Admin : 018-9831244
E-mail : colourless_orchid@yahoo.com

Read more >>

23 January 2017

Fenomena Jig Vietnam

Salam kunjungan buat semua pelawat dan rakan-rakan blog sotonglaut. Selamat menyambut tahun baru 2017 untuk semua. Bila masuk tahun baru, persediaan menyambut musim eging dibuat dengan rapi. Ada yang tambah mesin baru, joran baru dan tak kurang juga yang mengumpul jig-jig terbaru sebagai persediaan menyambut musim eging di Pantai Timur yang dijangka bermula pada bulan Mac.




Rakan-rakan di Pantai Timur hanya mampu memandang gelombang kuat yang sedang melanda. Nak mancing ikan pun takde mood.. eging lagi le tak boleh. Pada post kali ini, aku nak berkongsi tentang kehadiran jig Vietnam yang secara senyap telah mula menembusi pasaran tempatan. Jig jenis ini banyak digunakan oleh nelayan-nelayan bagi menjerat sotong mabang. 

Dalam bulan Januari baru-baru ini, aku sempat merayau-rayau di kawasan pantai berdekatan dengan tempat kerja. Secara tidak sengaja bertemu beberapa ekor jig Vietnam yang hanyut ke pantai. Jig jenis ini sebenarnya digunakan secara meluas oleh nelayan pesisir. Salah satu punca jig ini menjadi pilihan adalah kerana harganya yang murah iaitu diantara RM5-6 bagi seekor jig bersaiz 3.5.








Walaupun jig ini tidak semahal jig Yamashita, kemampuannya menjerat sotong mabang tidak boleh dipandang ringan. Telah terbukti keberkesanannya hinggakan ada pencandat landbase yang sudah mula menggunakan jig jenis ini. Dari sedikit pemerhatian yang dijalankan, didapati jig jenis ini sangat ringan dan mempinyai daya apungan yang sangat tinggi. Mudah nak beritahu, jig Vietnam adalah jig dari kumpulan slow sink. Walaupun luarannya tidak begitu menarik, penambahan plastik warna di belakang kain mampu menarik pehatian sotong dengan cukup berkesan.






Aku berpendapat, jig ini memang sesuai digunakan oleh nelayan laut memandangkan harganya yang murah dan jika tersangkut masih berbaloi berbanding jig lain seperti Yamashita. Jig ini juga sesuai digunakan apabila kita berada seorang di lapangan eging. Jika eging dalam jumlah yang ramai, jig mahal masih berada di puncak pilihan sotong. Jig Vietnam akan lebih berkesan jika dibuat pengubahsuaian seperti penambahan luminous paint dan sticker yang sesuai. Kalau terjumpa.. cuba beli dan test di lapangan. Jika ada jig yang mampu menarik perhatian sotong dengan baik apa salahnya kita mencuba. Tambahan pula harga jig ini sangat murah. Selamat eging untuk semua-Abe Din.


Read more >>

Hujung 2016 Dari Kota Singa

Salam kunjungan untuk semua. Belum habis hidung berdarah tengok post Ikhwan dari Sabah. Masuk pula gambar racun dari Singapura. Apiz dan Suad tak habis-habis bawa naik sotong mabang. Nampaknya terus berdarah le hidung jawabnya. 

Pantai Timur bergabung eging, Singapore dan Sabah makin menjadi-jadi pula sotong kat sana. Mungkin sotong pantai timur menyorok di pulau-pulau kat sana.

Maklumat eging dari kota singa
Rod: Evergreen Poseidon Imperial Squidlaw 86L
Reel: Daiwa Luvias 2508PE-H
Line: Duel x-wire4
Leader: Unitika Snap
Jig: Daiwa dart II 3.0 Basic, Egimaru 3.5, Yamashita 3.0 Rattle.

Walaupun tak dapat nak eging, dapat tengok gambar hasil orang pun jadilah-Abe Din


Tarikh  Berita Masuk : 11 Desember 2016










Tarikh  Berita Masuk : 6 Januari 2017


Tarikh  Berita Masuk : 22 Januari 2017


Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing