Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung laman sotonglaut. blogspot.com/
Pada kesempatan ini, Abe Din ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelawat yang sudi melawat blog kecil ini. Pada post kali ini, Abe Din akan menyambung semula penerangan berkaitan teknik-teknik mencandat sotong. Tumpuan Abe Din pada kali ini ialah memancing sotong mabang di kawasan batuan atau daratan.
Pada kesempatan ini, Abe Din ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelawat yang sudi melawat blog kecil ini. Pada post kali ini, Abe Din akan menyambung semula penerangan berkaitan teknik-teknik mencandat sotong. Tumpuan Abe Din pada kali ini ialah memancing sotong mabang di kawasan batuan atau daratan.
Pada kebiasaannya, pencandat sotong mabang di kawasan daratan duduk sebelah menyebelah dan berdekatan antara satu sama lain (selalunya teman rapat le).. maka, apabila salah seorang bertarung dengan sotong maka ia mudah diketahui oleh rakan lain walaupun dalam keadaan gelap.
Kalau asyik orang yang sama sahaja yang menaikkan sotong, maka kadang-kala ia akan menimbulkan rasa iri hati di kalangan teman yang lain. Kalau naik seekor dua boleh kira lagi... tapi kalau lepas dia... dia.. kemudian dia lagi dan dia... dan dia... boleh tercabar juga kejantanan.
Maka mula le nak main jahat. Rakan sebelah dah mula keluar tanduk... dengki le tu... Mungkin rezekinya disebabkan oleh kemahirannya mencandat, jenis candat yang digunakan atau memang sotong banyak berkumpul di situ... patutlah asyik dia je yang dapat. Seperti yang diketahui, jika seekor sotong besar dinaikkan maka seekor lagi sotong yang besar akan mengekori rakannya dari belakang. Jika candat dibaling ke arah berkenaan, maka peluang untuk mendapatkan sotong kedua memang cerah.
Cuba lihat situasi di bawah (situasi A). Sepatutnya pencandat mengambil posisi yang betul dengan membaling candat ke arah hadapan. Jika arus bergerak ke kiri atau ke kanan, maka semua pencandat perlu sama-sama mengikut arah yang tidak memintas tali pencandat lain.
Situasi B pula menunjukkan keadaan di mana, dua orang pencandatA dan B telah tumbuh tanduk dan naik minyak. Kemungkinan pencandat C sedang bertarung dengan sotong. Pencandat A dan B tanpa membuang masa terus membaling candat ke arah pencandat C.
Tujuannya hanya satu iaitu untuk memikat sotong kedua yang mengikuti sotong pertama. Walaupun dalam suasana yang gelap, pencandat masih boleh mendengar bunyi semburan sotong yang sedang bertarung kerana tersangkut pada candat.
Adalah dibimbangi balingan pencandat yang merentang tali pencandat C boleh menyebabkan masalah candat tersangkut pada tali pancing rakan berkenaan. Sotong pencandat C boleh terlepas jika tali tersangkut dan bersilang. Kadang-kala banyak masa terbuang hanya untuk meleraikan tali dan candat yang tersangkut.
Semasa aktiviti mencandat sotong, perlu ada sikap bertimbang rasa agar semua pencandat dapat membawa pulang hasil tangkapan tanpa perlu bermasam muka. Jangan berhasad dengki dan jangan tamak. Nilai tindakan kita.. adakah ia disenangi oleh rakan pencandat lain?
Sekian untuk kali ini... selamat mencandat
Abe Din.