Salam
kunjungan untuk semua. Pada post kali ini, ingin dikongsikan cara-cara
modifikasi jig yang dicipta oleh Ikhwan yang ketika bahan disiapkan ,
beliau berada di Johor. Beliau menggunakan jig yang biasa dijumpai di
kedai, marker pen warna coklat dan hijau. Berikut adalah steps yang dikirimkan melalui aplikasi Whatsapp.
Calit dakwat marker pen paa jari.
Sapukan warna dengan tebal
Sapu pada badan jig untuk gelapkan.
Warna sapuan itu berfungsi sebagai warna latar badan jig.
Gambar di atas adalah keadaan jig setelah selesai sapuan
Buat outline corak belang utama
Tebalkan corak utama
Tambah belang kecil seperti corak urat atau akar
Tambah sedikit garis hijau pada ruang kosong
antara corak-corak warna coklat
Ubahsuai sedikit dengan menyapu dakwat marker
menggunakan jari
Hasil terahir selepas ubahsuai dilakukan
Perbandingan jig original dan jig modified
-Abe Din-
No comments:
Post a Comment