"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

08 January 2016

Modifikasi Jig 3

Salam kunjungan dan selamat datang untuk semua pelawat. Kita sambung perbincangan tentang modifikasi jig. Pada post kali ini ambe ingin berkongsi satu lagi jenis ubahsuai iaitu jig yang direka dengan meniru rupa bentuk ikan. Walaupun majoriti jig berbentuk udang... jig berbentuk ikan juga semakin popular di sesetengah tempat.

Seperti yang kita ketahui, ikan juga merupakan salah satu diet sotong. Peniruan bentuk ikan juga mampu menarik perhatian sotong untuk menghulurkan tangannya. Walaupun jig jenis ini masih baru di negara kita, tetapi jig jenis ini telah dijual beberapa tahun di dalam pasaran negara kita. Mungkin kurang yakin dengan keberkesanannya... jig ini tidak begitu mendapat tempat. Harga jig ini juga lebih mahal berbanding jig udang yang biasa digunakan oleh pencandat kita.





Rupa Bentuk Jig Ikan



Jig berbentuk ikan sebenarnya boleh dibuat dengan kos yang lebih murah. Anda boleh menggunakan rapala ikan yang tidak digunakan lagi. Buang semua mata tiga. Gunakan pemberat seperti gambar di atas. Pemberat dibuat menggunakan timah cair yang dibentuk di dalam acuan khas. Boleh juga jika kita tidak menggunakan timah pemberat tetapi mengekalkan sesudu pada mulut rapala. Saiz sesudu menunjukkan kemampuan dan kedalaman sesuatu rapala menyelam di dalam air.
Rapala Boleh Diubahsuai Bagi Menipu Sotong




Pada bahagian hujung ekor rapala.... pasang mata candat dan digam menggunakan gam yang kuat. Kos pembuatan adalah rendah. Anda juga boleh menggunakan mata jig yang lama. Mata jig boleh dibuka menggunakan teknik pemanasan dengan api.

Bagi tujuan modifikasi yang lebih extreme, anda boleh membuat jig hibrid. Jig hibrid dibuat dengan menggantikan mata tiga di bahagian ekor dengan menggunakan mata jig sotong... manakala mata tiga di bahagian tengah dikekalkan dan tidak dibuang. Jig hibrid adalah serampang dua mata yang mampu menangkap ikan dan sotong dalam masa yang sama. Cuma gaya renangan jig hibrid perlu diuji beberapa kali agar renangannya lebih realistik dan menarik. Sampai di sini dahulu perkongsian untuk kali ini. Jumpa lagi dalam siri modifikasi akan datang-Abe Din

No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing