"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

07 June 2016

Komplot Kemaman

Salam kunjungan kepada semua pelawat sotonglaut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menyokong usaha memperkenalkan eging sotong secara landbase di negara kita. Semoga semua yang masih ada hati untuk sama-sama mempromosi kaedah pancingan sotong secara landbase ini melalui apa juga medium agar ia terus berkembang seperti negara Jepun dan Australia. 

Pada kali ini ambe nak kongsi sedikit aktiviti eging landbase sepanjang Jun yang sempat dirakamkan. Semoga ia dapat memberi inspirasi kepada anda bahawa perairan kita ada spesies ini yang tidak ramai ambil peduli. Semoga sedikit sebanyak ia akan membuka minda kita semua.

Gang komplot sebelum masuk ke lapangan


Bersantai sambil berbincang


Lesen pertama yang sangat lama dinanti tuannya










Kumpulan tangkapan yang sempat dirakam


Kesemua tangkapan yang dipaparkan di sini hasil dari komplot eging sepanjang Jun. Sebenarnya ada lagi tangkapan yang tidak sempat diambil gambar. Lokasi komplot di perairan Kemaman. Kebiasaannya aktiviti dijalankan pada sebelah malam iaitu selepas isyak membawa ke tengah malam. Tahun ini boleh dikatakan hasil yang diperolehi sangat baik dan kerakusan sotong bermula lebih awal berbanding tahun-tahun lepas.

Kebiasanya sotong akan mengamuk selepas Hari Raya Aidil Adha. Tahun ini agak berbeza sedikit dan lebih awal. Mungkin faktor cuaca dan iklim mempengaruhi. Tahun lepas perairan kita banyak dipengaruhi oleh ribut dari Taiwan, Filipina dan Jepun... harap-harap tahun ini cuaca lebih stabil dan keadaan laut tidak bergelora. Semoga rezeki tahun ini lebih baik. Hingga jumpa lagi-Abe Din

No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing