Salam untuk
semua pengunjung sotonglaut. Terlebih dahulu, ambe memohon berbanyak
kemaafan di atas pemberhentian posting ke blog sejak hampir 9
bulan yang lalu. Ramai yang menghantar E-mail dan text mesej
bertanya tentang post terkini. Umum masih tidak mengetahui tentang duduk
perkara yang sebenarnya. Pada post kali ini, ambe akan memberi sedikit
penjelasan berkaitan masalah yang berlaku.
Tahun
suram dunia eging
Sebenarnya,
ambe terikat dengan komitmen terhadap group yang ditubuhkan.
Syarat telah menyatakan tiada sebarang posting ke media sosial yang
membenarkan imej berlatar belakang kawasan eging. Bahan yang
memenuhi syarat agak terhad dan ambe hanya simpan sebagai koleksi peribadi
sahaja.
Walaupun ambe
boleh membuat posting yang lain tetapi ambe rasa bertanggungjawab untuk memberi
lebih komitmen kepada group yang ditubuhkan. Ambe sedar ada sedikit rasa
kerugian kerana tidak dapat berkongsi dengan semua pengunjung seperti sebelum
ini. Selepas penulisan ini, blog sotonglaut akan diaktifkan seperti
biasa.
Group telah dibubarkan di atas beberapa sebab yang tidak
dapat dielakkan dan group baru telah ditubuhkan. Group terbaru
tidak mempunyai syarat yang ditetapkan secara terperinci. Ambe akan
melengkapkan tugas untuk memberi sebanyak mungkin maklumat berkaitan eging
sotong kepada umum.
Walaupun sedih
dengan apa yang berlaku, tuhan telah tunjukkan beberapa hikmah di atas tindakan
yang diambil. Ambe mula mengenali ramai orang dengan lebih dekat. Rupanya di
dalam tidak serupa dengan di luar. Ramai watak dan perangai yang ambe jumpa. Ada pelbagai watak yang
baik dan buruk. Ambe tidak bercadang untuk bercerita di sini, cukup sekadar
ianya menjadi sempadan dan panduan bagi ambe. Ambe harapkan mereka akan success
dengan bidang mereka.
Orang
kita kata, bagi betis hendak peha
atau Tikam belakang
Mungkin
lebih sesuai
Dunia eging
di Malaysia
masih baru dan kecil. Perlu diperkasakan. Kadang-kadang ambe rasa macam nak
berhenti sahaja dari semua ini tetapi apabila teringatkan kata Jack Ma,
rasa macam tak sanggup. Eging dah jadi sebahagian daripada ambe. Ambe
mesti kembangkan ke peringkat yang lebih baik. Masuk dalam group yang
ada tidak banyak membantu. Perkembangannya sangat perlahan dan beredar secara
dalaman sahaja. Ambe perlu bebas untuk meneruskan cita-cita mendidik, memaju
dan memperkenalkan eging seperti yang berlaku di negara luar. Ambe tidak
boleh paksa orang lain untuk bersama-sama. Ambe perlu lakukan walaupun seorang
diri.
"
Tidak ada putih atau hitam, Sekiranya kamu berkata "Tutup Laman
Itu"
ia
tidak adil kepada penjual yang ada. Kami perlu melindungi mereka
dan
bukan fokus kepada perniagaan berjenama sahaja. Kita
perlu
mengambil berat tentang semua orang dan hak mereka"
Forbes,
4 November 2015
Saya perlu adil
kepada orang baik di luar sana .
Sebelum menutup post kali ini ambe tinggalkan beberapa rangkap pantun
bagi renungan kita bersama. Panjang umur kita berjumpa lagi di ruang maya.
Salah silap ambe mohon seribu keampunan. -Abe Din
Sotong
datang hingga ke jeti,
Sambil
berenang lalu di tepi;
Sepatah
kias tidak mengerti,
Hati
tertutup jiwanya mati.
Sotong
gila datang menyerang,
Langkah
gaya macam
pencuri;
Adat
mencandat di tempat orang,
Jangan
biadap menyilang tali.
Tanah
ini memang bertuan,
Bersangka
baik mencari rezeki;
Jika
sumbang langkahku tuan,
Ajarkan
aku adat dan budi.
Syabas Abe Din. Teruskan usaha tuan.
ReplyDeleteYg benar
rekreasi eging
Terima kasih bro...
Delete