Salam kunjungan kepada semua pelawat. Pada post kali ini, ambe ingin kongsikan beberapa tips eging yang tidak diambil peduli oleh eginger di luar sana. Ketika mula-mula keluar untuk menjejak sotong mabang, kita memang memasang sedikit niat untuk mendapat rezeki yang lebih baik dan memuaskan. Terkadang, kita hanya bergerak ke lokasi... sampai, baling jig, tarik beberapa kali.. jika tiada sambutan kita terus pulang hampa. Paling menyedihkan... kita tak dapat sebarang hasil, saing kat sebelah tarik lepas sekor, sekor dan lagi. Berbulu mata tengok.
Apabila kita hendak memulakan aktiviti eging, beberapa perkara utama yang perlu diperhatikan termasuklah keadaan air, kejernihan air, keamatan cahaya, pemilihan jig dan juga keselamatan sekeliling (telah dibincang dalam catatan terdahulu). Terdapat dua faktor lagi yang juga sangat penting untuk diambil tahu oleh eginger bagi memastikan hasil tangkapan tidak mengecewakan.
Faktor Pertama: Kedudukan Sotong Mengikut Paras Air Laut
Kita sangat perlu tahu, pada ketika itu dimanakah majoriti sotong berada? Bagi memudahakan perbincangan, ambe bahagikankan paras laut kepada tiga bahagian utama iaitu atas, tengah dan bawah. Kebolehan kita menganggar dengan tepat kedudukan sotong mampu melonjakkan hasil tangkapan. Kesan sentuhan sotong yang paling kerap di paras mana? maka pastikan jig anda dihantar dengan tepat ke lokasi yang dijangkakan.
Jika air terlalu masin sotong kerap berada pada paras pertengahan ke atas di waktu malam. Pada waktu siang pada paras tengah ke bawah. Jika musim hujan lebat, air bahagian atas lebih tawar dan sotong lebih cenderung untuk lepak di bahagian bawah hingga ke dasar. Faktor gangguan persekitaran juga mampu mengubah kedudukan sotong dengan cepat. Jika air keruh, sotong boleh berada di bahagian tengah ke atas berbanding air yang jernih, sotong lebih suka berada di bahagian bawah dan berstruktur.
Faktor Kedua: Pemilihan Jenis dan warna Jig
Baling beberapa jenis jig dan lihat tahap pelukan sotong pada jig. Fahami Scale dan petunjuk (Rujuk post sebelum ini-Fahami Gaya Makan Sotong) Semakin kecil nilai skala, semakin diterima jig berkenaan pada masa itu. Jika skala pegang sotong semakin kecil, korang dinasihatkan agar tidak menukar kepada jig yang lain. Walaupun begitu gaya makan ini boleh berubah dengan cepat bergantung kepada keamatan cahaya dan keadaan air. Jika skala semakin besar, sila tukar jig korang untuk mendapatkan bacaan skala yang lebih kecil.
Gabungan dua faktor yang dinyatakan ini perlu difahami dengan baik agar trip eging tidak menjadi sia-sia. Walaupun faktor yang mempengaruhi sangat luas dan pelbagai, diharapkan panduan yang sedikit ini dapat membantu. Setakat ini, skop perbincangan hanya merujuk kepada kedalaman air.. jika ada masa, ambe akan cuba pula untuk mengupas skop yang lebih luas iaitu jarak. Semoga apa yang ambe kongsikan ini bermanfaat kepada anda semua. jumpa lagi-Abe Din.
No comments:
Post a Comment