"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

12 March 2016

Pembuka Tirai 2016

Salam untuk semua.. berjumpa lagi kita di siri 2016. Mencari pengalaman suka-duka eging sotong tahun baru. Senjata dah lama sedia... sotong masih belum nampak batang hidung lagi. Pagi tadi... Zul hantar gambar sotong yang pertama ditangkapnya pada tahun ini. Jangkamasa lesen sotong tahun ini mencecah sehingga awal bulan Mac.


                                                  Sotong Pertama Zul di Tahun 2016

 
 

 Saiz yang memang boleh tahan


Tangkapan lesen pertama kumpulan tegar sotonglaut dipecahkan oleh Zul. Lokasi eging di Tanjung Jara, Dungun. Saiz yang boleh dikira memuaskan hati. Tangkapan berkenaan sudah cukup memberi isyarat bahawa musim sotong telah bermula di Pantai Timur Semenanjung.Tangkapan ini seakan-akan bunyi semboyan mengajak semua peminat eging memperkemaskan peralatan dan turun ke pantai menyambut sang lembut.


 Ikhwan Dengan Lesennya


Saiz yang sesuai dibuat lauk

Selang beberapa jam, Ikhwan pula menghantar gambar sotong pertamanya. Memecahkan badi lesen sotong.. Ihkwan berjaya menipu dua ekor sotong mabang di Simpang Mengayau, Sabah. Nampak gayanya dua sahabat tegar dah bawa naik sotong dan lesen masing-masing... yang lain bila pula? Maklumlah... semua sibuk dengan tugas masing-masing. Trip pertama pulau akan diadakan pada minggu hadapan... diharapkan akan ada lesen-lesen dan rekod baru dicipta. Hingga berjumpa lagi-Abe Din

No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing