"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

14 September 2013

Fenomena Air Penor

Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut. Pada post kali ini, aku ingin berkongsi sedikit maklumat dan pengetahuan berkenaan satu fenomena alam semulajadi untuk panduan korang. Fenomena yang aku maksudkan ialah "air penor".

Istilah ini mungkin asing bagi korang dan ia juga asing bagi aku. Aku bertemu dengan fenomena ini secara tidak sengaja di Pantai Kemasik dan Pulau Ular, Cherating. Pada malam ketika aku mencandat... air cukup cantik, tenang dan tidak bergelora. Selalunya... keadaan seperti ini mampu menghasilkan jumlah tangkapan di luar jangka.

Malangnya apa yang diharapkan tidak berlaku. Di Kemasik, aku hanya berjaya menjerat seekor sotong mabang bersaiz sederhana dan seekor lagi sotong besar berjaya melepaskan diri. Selepas itu tiada langsung sambaran dari sotong. Bahu pula semakin sakit kerana kerap membaling jig. Hari itu... aku pulang pada pukul 5.30 pagi dengan perasaan kecewa. Aku masih belum tahu sebabnya pada ketika itu.

Sotong tunggal yang berjaya dijerat di Kemasik

Pada hujung minggu berikutnya, aku mengikuti satu trip siri 4 ke pulau ular. Keadaan yang sama berlaku. Aku dan peserta trip gagal memperolehi sebarang tangkapan ketika malam hari walaupun keadaan air dan bulan cukup baik. Seorang dari peserta trip kami cuba membuat hipotesis tentang keadaan ini. Kami semua bersetuju dengan pendapat ini. Setelah tiada sotong yang ditangkap sepanjang malam.... kami mengambil keputusan untuk pulang ke khemah dan berehat. Rezeki kami hanya datang pada siang hari keesokannya.

Sampai di tanah besar... aku bertanya kepada pemandu bot kami. Pak Yahya mengesahkan fenomena ini dengan satu terminologi tempatan yang baru bagi aku iaitu "air Penor". Sampai di Rumah... aku sahkan pula penemuan ini dengan otai sotong di kawasan aku dan mereka memberikan jawapan yang sama iaitu "air penor". Carian di laman sesawang pula gagal menemui maklumat berkaitan penggunaan istilah ini.

Gambar "air penor" tidak jelas menunjukkan fenomena yang berlaku

Apakah "Air Penor"
Air penor ialah keadaan di mana air laut akan menghasilkan cahaya-cahaya bersinar putih kehijauan atau kebiruan apabila berlaku kocakan dan pelanggaran antara atau dengan molekul-molekul air laut. Selalunya fenomena ini berlaku ketika air jernih. Kilauan cahaya ini dapat dilihat dengan jelas ketika ombak memukul pantai atau ketika bot membelah lautan. 

Setiap kali tali pancing ditarik... garisan-garisan cahaya terbentuk dan dapat dilihat dengan jelas di waktu malam. Gewang atau umpan yang ditarik pula akan menghasilkan kilauan cahaya yang lebih besar dan memanjang apabila ditarik.

Kita mudah mengesan kedudukan umpan dan arah tali pancing kita sebaik sahaja tali dihenjut atau ditarik. Keadaan ini akan menakutkan sotong dan ikan untuk mendekati umpan yang dibaling. Fenomena ini adalah sesuatu yang tidak baik bagi pencandat sotong dan mereka yang menggunakan gewang atau rapala bagi memancing ikan. Jika fenomena ini berlaku tentu hasil akan kurang atau tiada langsung. Walaupun begitu, ikan dan sotong masih boleh ditangkap dengan mudah pada waktu siang hari kerana fenomena ini sukar dilihat pada siang yang terang.

Ketika mengambil air sembahyang... titik-titik cahaya berwarna bertaburan di lengan dan tangan dan hilang seketika kemudian. Keadaan ini mengingatkan aku tentang cerita fiksyen Avatar. Fenomena ini masih sukar untuk aku jelaskan puncanya. Mungkin kerana tindakbalas molekul air dengan air hujan atau bahan kimia asing ataupun mungkin juga ia terjadi disebabkan perbezaan kepekatan garam dalam air laut. Aku percaya sains ada jawapannya...cuma aku masih belum menemuinya.

Sekian dahulu untuk kali ini. Jumpa lagi.
Abe Din

6 comments:

  1. Bagus ya teknik ni.. Bestnya dapat candat sotong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PuteriAiry: Kalau nak mencandat boleh join team sotonglaut di pulau ular... hehe

      Delete
  2. salam abe din... dalam english dikenali sebagai bioluminescence. Dikaitkan dgn micro-organism di dalam air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhaimimd: 10Q atas maklumat. Ambe akan xplore maklumat secepat mungkin. Ready untuk siri 6. Bot dah sampai ke?

      Delete
  3. Menarik ni. Bila lagi ada trip candat kat pulau? Biasa trip berapa hari berape malam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni... trip pulau untuk mencandat sotong ditangguhkan sehingga tahun hadapan... memandangkan kehadiran sotong yang semakin kurang di pesisir. Selalunya trip dua hari satu malam.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing